KRU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan KRU)
Lompat ke: pandu arah, cari
KRU
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web http://www.krustudios.com
Ahli
(Norman) Norman bin Abdul Halim
(Yusry) Yusry bin Abdul Halim
(Edry) Edry bin Abdul Halim

Kumpulan KRU merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Ia mempunyai anggota seramai 3 orang yang kesemuanya adalah lelaki[1]. Senarai anggotanya adalah :-

  1. (Norman) Norman bin Abdul Halim
  2. (Yusry) Yusry bin Abdul Halim
  3. (Edry) Edry bin Abdul Halim

Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat penerbit rekod Malaysia yang dikenali sebagai KRU Records.

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRUSelangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

Diskografi [sunting]

  • Canggih (1992)
  • reKRUed (1993)
  • Awas (1994)
  • Beware: Awas da Soundtrack (1995)
  • Oh La La (1996)
  • Krumania – album kompilasi (1997)
  • The Way We Jam – album Inggeris sepenuhnya yang sulung (1998)
  • Formula Luar Biasa (1999)
  • Tyco – ditampilkan sebagai Tyco, pemuzik animasi pertama di Malaysia (2000)
  • Krujaan (2000)
  • Empayar Krujaan V 2.0 (2002)
  • Relax (2004)
  • KRUnisme (2005)
  • 10 di Skala Ritcher (2006)
  • Krunomena (2013)


Single [sunting]

Tahun Tajuk Album Posisi
2011 Ganas - 13
2011 Tiga Kata - -

Pencapaian [sunting]

  • 1994:
    • Anugerah Bintang Popular - Penghibur TV Paling Popular (Lelaki)
  • 1995:
    • Anugerah Bintang Popular - Penyanyi Berkumpulan Popular
  • 1998/99:
    • Anugerah Bintang Popular - Penyanyi Berkumpulan Popular

Rujukan [sunting]


Pautan luar [sunting]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.