Leon (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Leon)
Leon
Kulit album kumpulan Leon
Latar belakang
Nama lahirIpoh, Perak Perak Darul Ridzuan
Berasal dariMalaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
Tahun aktif1993-kini
Syarikat rakaman
Musical Sound Organisation Sdn Bhd
AhliMie - Vokal
Fancy - Gitar Utama
Aman - Keyboard
Reez - Bass
Sham - Drum
Bekas ahliK'pull - Gitar Kedua
Malik - Bass
Ariey - Dram
Atan - Dram
Ayie - Vokal
Aboy - Keyboard / Bass

Kumpulan Leon telah diasaskan pada tahun 1993 oleh ketua kumpulannya yang berasal dari Ipoh, Perak iaitu Fancy yang juga bekas pemain gitar utama kumpulan Angel Hearts, SOFEA dan G.E.T. (Gabungan Empat Tenaga). Fancy yang terkenal sebagai salah seorang gitaris kidal selain Man Kidal, Joe Wings dan Opie Bloodshed telah berjaya mengumpulkan tiga orang pemuzik untuk membentuk line-up pertama Leon iaitu Mie (vokal), Malik (bass) dan Atan (dram).

Nama Leon tercetus semasa vokalisnya, Mie bertanyakan nama sebenar Fancy iaitu Ramlie bin Adnan. Apabila Mie memberitahunya "Lie, on la", Fancy tertarik dengan ayat tersebut dan wujudlah Leon yang masih diguna pakai sehingga kini.

Kemudian mereka menghasilkan album pertama yang berjudul Rindu Merindu pada tahun yang sama. Album tersebut telah melonjakkan nama Leon dalam industri muzik tanah air dengan lagu popular mereka iaitu Saling Merindu yang sehingga kini masih menjadi siulan ramai.

Pada tahun 1996, Leon muncul dengan album kedua yang bertajuk Merisik Rindu yang juga merupakan lagu hitnya. Pada ketika ini, tempat Atan sebagai pemain dram telah digantikan oleh Ariey. Leon juga menerima anggota baharu dengan kemasukan K'pull sebagai pemain gitar kedua.

Leon sekali lagi muncul dengan album ketiga mereka yang berjudul Silauan Mengilau. Seperti album sebelumnya, perubahan anggota berlaku apabila vokalis asalnya, Mie meninggalkan kumpulan tersebut dan tempatnya digantikan oleh Ayie yang mula dikenali dengan lagu hitnya, Balasan Janji Palsumu. Lagu tersebut juga masih diingati peminat sehingga kini.

Setelah LEON menyepi selama hampir 11 tahun, akhirnya mereka muncul sekali dengan album keempat yang berjudul Kejora. Pada kali ini, Mie kembali menggalas tanggungjawabnya sebagai vokalis dan Leon diserikan dengan kemasukan anggota baru iaitu Tuah (gitar/keyboard), Muiz (bass), Fariq (dram) & Aboy selaku pemuzik undangan. Biarpun pemain gitar utama asalnya, Fancy tidak terlibat dalam line-up tersebut, nama Leon masih dikekalkan kerana sumbangan beliau sebagai pengasas kumpulan tersebut. Vokalisnya, Mie mengatakan bahawa anggotanya masih mengekalkan hubungan baik dengan Fancy sehingga kini dan Fancy masih memberikan lagu ciptaannya kepada Leon.

Pada tahun 2012, mereka muncul dengan album kelima yang berjudul Usah Kau Sangsi. Leon kemudian menyepikan diri kerana sibuk dengan komitmen masing-masing sehingga tahun 2015, Mie selaku vokalis berhasrat untuk mengembalikan Leon khas untuk peminat. Anggota Leon yang lain tidak dapat menyertai Mie atas komitmen dan tanggungjawap mereka terhadap tugas, jadi Mie dan Fancy meneruskan hasrat bersama anggota baru Leon iaitu Reza (bassist), Aman (keyboard) dan Sham (drum). Leon muncul bersama single terbaru berjudul "Lara" ciptaan Rudy Nastia pada 2018. Rudy Nastia adalah anak kepada saudara Fancy.

Pada tahun 2023, mereka muncul sekali lagi single terbaru bertajuk Damaikan Jiwa keluaran MVM.

Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Album Rindu Merindu 1995[sunting | sunting sumber]

  • Mie - Vokal
  • Fancy - Gitar
  • Malik - Bass
  • Atan - Dram

Album Merisik Rindu 1996[sunting | sunting sumber]

  • Mie - Vokal
  • Fancy - Gitar
  • Malik - Bass
  • K'pul - Gitar
  • Ariey - Dram

Album Silauan Mengilau 1997[sunting | sunting sumber]

  • Ayie - Vokal
  • Fancy - Gitar
  • K'pull - Gitar
  • Malik - Bass
  • Erie - Dram

Album Kejora 2008[sunting | sunting sumber]

  • Mie - Vokal
  • Fancy - Gitar
  • Wary - Gitar
  • Aboy - Bass
  • Is - Dram

Album Usah Kau Sangsi 2012[sunting | sunting sumber]

  • Mie - Vokal
  • Tuah - Gitar
  • Muiz - Bass
  • Fariq - Dram
  • Aboy - Keyboard

Single Album Lara 2018[sunting | sunting sumber]

  • Mie - Vokal
  • Fancy - Gitar
  • Reez - Bass
  • Sham - Drum
  • Aman - Keyboard

Album[sunting | sunting sumber]

  • Rindu Merindu '95 - (1995)
  • Merisik Rindu '96 - (1996)
  • Silauan Mengilau '97 - (1997)
  • Kejora '08 - (2008)
  • Usah Kau Sangsi '12 - (2012)
  • Single Album Lara - (2018)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Rindu Merindu (1995)[sunting | sunting sumber]

Album Pertama

  • Mengapa Harus Kau Membisu
  • Insaflah
  • Mekar Di Gurun Sahara
  • Di Rimba Duka
  • Biar Ada Batasnya
  • Saling Merindu
  • Selamat Malam Kekasih
  • Kesan Kesaorangan
  • Alpa
  • Memendam Rasa

Merisik Rindu 1996[sunting | sunting sumber]

  • Merisik Rindu
  • Bercanda Di Mimpi
  • Semurni Kasih
  • Ribut
  • Bisa
  • Rindu Nirmala
  • Negara Ku Malaysia
  • Jawapanmu Ku Nanti
  • Rindu Ini Kasih Ini
  • Kejamnya Hatimu

Silauan Mengilau '97 - (1997)[sunting | sunting sumber]

  • Kita Saling Memerlukan
  • Bila Bunga Dilaman Orang
  • Kau Tetap Diingatanku
  • Memori Melamar Rindu
  • Getar Makin Terasa
  • Air Mata Kekasih
  • Prinsip
  • Meneguk Di Air Keruh
  • Milah Anak Pak Dolah
  • Balasan Janji Palsumu
  • Saling Merindu

Kejora 2008[sunting | sunting sumber]

  • Antara Mata Dan...
  • Kamu
  • B.A.K.U.L
  • Bintang Terpilih
  • Setia
  • Pilihan Terpaksa
  • Linda
  • Teruna Dan Dara
  • Di Dasar Fantasi
  • Saling Merindu 2008

Usah Kau Sangsi 2012[sunting | sunting sumber]

  • Usah Kau Sangsi
  • Tusukan Cinta
  • Bunga Mawar
  • Nyanyian Hati
  • Dan...
  • Cerita Tentang Cinta
  • Percayalah
  • Cinta Kita
  • Jangan Ganggu Linda
  • Pilihan Terakhir

Single Album Lara 2018[sunting | sunting sumber]

  • Lara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]