M.O.B

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan M.O.B)
M.O.B
Juga dikenali sebagai
Members of Blood
Berasal dariMalaysia
GenreHip hop
Tahun aktif1999–2004
Pengkarya berkait
Bekas ahliSyed Hussein (Saint)
Shaheizy Sam (Sam)
Shear Khan (Shear)

M.O.B (disingkat dari Members of Blood) merupakan sebuah kumpulan hip hop Malaysia. Ahli klasik kumpulan ini terdiri daripada Syed Hussein (Saint), Shaheizy Sam (Sam)[1] dan Shear Khan (Shear). Mereka ialah antara yang tergolong dalam kumpulan hip hop yang sering mengadakan persembahan untuk gig underground, namun tidak berpeluang merakamkan album.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

M.O.B ditubuhkan pada 1999 oleh Syed Hussein (Saint), Shaheizy Sam (Sam) dan Shear Khan (Shear). Aminudin Zahil (Zack), Amirul Asuad (SWAT) dan Darawee (Dara) juga pernah menganggotai kumpulan ini dalam tempoh jangka masa pendek.

Perancangan awal M.O.B untuk bernaung dibawah A to Z Productions tidak kesampaian. Mereka mendapat peluang untuk bekerjasama bersama Syafinaz Selamat menerusi lagu "Rinduku Rindumu" nyanyian asal Broery Marantika. Lagu itu berjaya menduduki carta radio pada tahun 2001 sekaligus memperkenalkan M.O.B sebagai salah sebuah kumpulan hip hop yang sedang mencipta nama.

Pada tahun 2002, M.O.B bersama-sama dengan ramai artis hip hop termasuk Too Phat, Phlowtron, Muchachaz dan Teh Tarik Crew membentuk satu kesatuan yang dikenali sebagai Phat Family dan menerbitkan album kompilasi senama dengan mempertaruhkan lagu "Phat Family Anthem" sebagai single utama. Sebuah muzik video juga diterbitkan bagi mempromosikan single ini. M.O.B menyumbangkan dua lagu dalam kompilasi itu, iaitu "Don't Cha Worry" dan "Foo".

Pun begitu sinar M.O.B tidak cerah seperti yang diharapkan. Setelah berpeluang merakamkan projek-projek kerjasama bersama kumpulan-kumpulan hip hop yang lain, M.O.B tidak berpeluang merakam album studio sendiri. Mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan. Sein dan Sam kemudian mencipta nama dalam bidang lakonan.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Ahli utama[sunting | sunting sumber]

Ahli lain[sunting | sunting sumber]

  • Aminudin Zahil (Zack)
  • Amirul Asuad (SWAT)
  • Darawee (Dara)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Phat Family

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Don't Cha Worry" 2002
"Foo"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kemalia Othman (28 Februari 2013). "Shaheizy Sam Hidupkan Semula Kumpulan Rap M.O.B". mSTAR Online. Dicapai pada 26 March 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]