Kumpulan Scarecrow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Scarecrow
Tiga album Kumpulan Scarecrow
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1988- 2000-an
Kegiatan berkait Berkumpulan
Ahli
(Zul) Zulkifli Mat Amin
Roslan
Madi
Saiful


Kumpulan Scarecrow merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan Scarecrow bermula pada tahun 1986 oleh lima pemuzik muda dari Taman Sepakat, Kuantan. Kumpulan Scarecrow mula dikenali semenjak tahun 1988 setelah menyertai Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88 pada tahun 1988.

Memandangkan pada masa tersebut kerajaan melalui RTM menggalakkan penggunaan nama dalam Bahasa Malaysia, kumpulan ini telah menukarkannya kepada nama MASA. Sebelum merakamkan album pertama kumpulan ini terlebih dahulu menimba pengalaman bermain muzik disekitar Kuantan.

Kumpulan Masa Scarecrow menghasilkan tiga album di bawah naungan Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd. Ketiga - tiga album tersebut berjaya menambat hati peminat muzik tanahair.

Album kedua, Doktrin Metos, memuatkan lagu hit berjudul Patahnya Sayap Malam. Lagu ini telah membawa Masa Scarecrow ke peringkat akhir pertandingan Muzik - Muzik 1991 di PWTC Kuala Lumpur.

Di puncak populariti mereka, ahli band terdiri dari Zul ( vokal utama ), Mazwan ( gitar ), Lan ( gitar - ahli asal ), Madi ( bass - ahli asal ) dan Shaiful ( drums ).

Setelah Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd bergulung tikar pada tahun 1993, ahli band mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair.

Pada 1992, pemain gitar asal, Lan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya. Vokalis utama, Zul pula meninggal akibat dipukul pada tahun 1996.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  1. (Zul) Zulkifli Mat Amin - Vokal
  2. Roslan - Gitar
  3. Madi - Bass
  4. Saiful - Drum

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Masa Scarecrow (1989)
  • Doktrin Metos (1990)
  • Masa III (1992)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]