Spring (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Spring)
Lompat ke: pandu arah, cari
Spring
Latar belakang
Berasal dari Negeri Sembilan Seremban, Negeri Sembilan; Malaysia Malaysia
Genre Balada rock dan pop komersil
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1987 - 2003
Label Sony Music Malaysia
Kegiatan berkait Berkumpulan
Ahli
Ameng (Vokal)
Acong (Dram)
MP (Gitar Bass)
Iskandar (Gitar Utama)
Zahar(Gitar Kedua)
Bekas ahli
Yunus (Gitar Bass)

Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan pop di Malaysia yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1980-an iaitu pada tahun 1987. Nama kumpulan yang berasal dari Negeri Sembilan[perlu rujukan] ini mula berada di puncak apabila single daripada album kedua mereka yang berjudul Sampai Hati merajai carta muzik Malaysia dan Indonesia pada tahun 1993. Setelah itu Spring melahirkan lebih banyak lagu nombor satu seperti Bourgeinvilla, Persada Cintaku, Butakah Cinta, dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Menerusi 8 buah studio album dan beberapa buah kompilasi, kumpulan ini berjaya menjual lebih 500,000 unit secara keseluruhan dan menjadi salah satu dari artis Malaysia dengan jualan album terbanyak dalam sejarah. Kumpulan ini pernah meraih anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular 1994 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Permulaan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat mereka mula dicungkil menerusi pertandingan muzik "War Rock 1" pada 1987 & "War Rock 3" pada 1989. Namun kumpulan Spring mula mencipta nama di dalam industri muzik tanah air pada awal 1990-an menerusi album pertama berjudul Spring yang mempertaruhkan lagu Sejiwa. Kumpulan Spring adalah kumpulan pop rock yang seangkatan dengan kumpulan Mega, Iklim & Ekamatra. Menerusi album pertama, kumpulan ini mencipta trademark tersendiri menerusi lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu berkonsepkan pop rock, balada & kebanyakkan rakaman juga dibuat dalam bentuk akustik.

Puncak gemilang[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Spring mula mendaki puncak populariti pada 1993 menerusi lagu Sampai Hati ciptaan bersama M. Nasir di mana lagu tersebut layak ke pertandingan akhir "Pujaan 10 Nescafe" dan "Anugerah Juara Lagu ke-8" dalam kategori balada. Sejak itu deretan hits seperti Bourgeinvilla, Cempaka Di Rembulan dan Romantis meniti corong-corong radio, Kumpulan ini juga turut mempopularkan rakaman menerusi lagu lagu yang bercorak akustik seperti Butakah Cinta, Sejujur Mana Kata Kata dan Persada Cintaku hingga memberi pengaruh kepada banyak kumpulan pop selepas mereka seperti Exist, Slam, Ukays dan Umbrella. Fenomena itu menyebabkan mereka merakamkan kembali lagu popular yang memperkenalkan nama Spring iaitu Sejiwa di dalam versi akoustik menerusi album kompilasi Balada Gemilang. Walaupun pada pertengahan dan penghujung tahun 1990-an banyak kumpulan-kumpulan muzik baru yang muncul di industri muzik Malaysia dengan genre muzik serupa, namun kumpulan Spring masih utuh sebagai salah sebuah kumpulan muzik yang popular di Malaysia. Buktinya Spring kembali mendaki puncak populariti pada penghujung 1990-an menerusi lagu popular mereka iaitu Kita Di Takdirkan Jatuh Cinta, Kerana Budi Ku Jatuh Hati dan Pesanan Buat Kekasih sedangkan beberapa kumpulan seangkatan tidak lagi mampu meraih jualan memberangsangkan.

Isu narkotik dan perpecahan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Spring terutama vokalisnya, Ameng tidak surut dari dikaitkan dengan kontroversi berkaitan penyalahgunaan dadah. Kumpulan ini mengambil keputusan untuk berpecah pada tahun 2004 biarpun jualan album terakhir mereka Hati Mahu Baik disifatkan memberangsangkan. Sejak itu Ameng meneruskan karier sebagai penyanyi solo.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Ameng (Vokal), Iskandar (Gitar elektrik), Zahar (Gitar akoustik), Yunus (Gitar bass asal) dan diganti dengan MP(Gitar bass) dan Acong (Dram) kekal sebagai ahli kumpulan Spring sejak awal penubuhan pada tahun 1987 hingga tahun 2003. Mereka semua berasal dari Besut, Terengganu kecuali Bassist berasal dari ipoh dan Drummer berasal dari Jelebu,Negeri Sembilan. Ahli kumpulan yang paling popular adalah Ameng yang juga pernah berkahwin dengan dramatis / penerbit terkenal Zaidah Awang ataupun A.Aida pada tahun 1993 hingga 2002. Mereka pernah bercerai sekali dan rujuk semula sebelum kembali bercerai pada 2004.

Aktres Sofia Jane, Zizie Ezette dan pelawak Sharifah Shahora adalah antara artis wanita yang pernah muncul dalam muzik video kumpulan Spring.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Kulit album Spring

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Kemunculan lain[sunting | sunting sumber]

  • War Rock 1 (1987)
  • War Rock 3 (1989)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1991 "Sejiwa" Spring
"Coretan Terbiar"
1992 "Sampai Hati" Sampai Hati
1993 "Kemarau Kasih"
"Sinar Abadi"
1994 "Butakah Cinta" Bourgenvilla
"Bourgenvilla"
"Wakaf"
"Sepi Tanpa Cinta"
"Tamu Beradu" Pasti Hits
1995 "Cempaka Di Rembulan" Pujaan Gemilang
"Kasih Yang Tak Pasti"
menampilkan Opie
"Sejujur Mana Kata-kata" Jujur
"Jinak Merpati"
"Keadaan Memaksa"
1996 "Jurang Kasih"
"Hampa"
"Romantis" 5
"Persada Cintaku"
"Sesekali Terlupa"
"Nirwana"
"Sejiwa" (Akustik) Balada Gemilang
1997 "Asmara Palsu"
"Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta"
"Dulu dan Sekarang"
"Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta" Luahan
"Luahan"
1998 "Ku Lepaskan Kau Pergi"
"Kerana Budi Ku Jatuh Hati " Kerana Budi
"Utusan Lama"
"Semoga Cinta Kita Bahagia"
1999 "Diam Merindu"
"Pesanan Buat Kekasih" Galeri Gemilang
"Inginku Takluki Hatimu"
"Terangi Kembali" Terus Gemilang
2000 "Menggapai Sinarmu"
2001 "Sambutlah Cintaku" Hati Mahu Baik
"Hati Mahu Baik"
2003 "Teringat Kembali" Kegemilangan Spring

Pencapaian & Anugerah[sunting | sunting sumber]

JUARA LAGU

  1. 1993 - FINALIS AKHIR JUARA LAGU - LAGU / SAMPAI HATI
  2. 1995 - FINALIS AKHIR JUARA LAGU - LAGU / ROMANTIS


SEMI FINAL MUZIK - MUZIK

  1. 1998 - KITA DI TAKDIRKAN JATUH CINTA - SPRING
  2. 1999 - PESANAN BUAT KEKASIH - SPRING


ANUGERH INDUSTRI MUZIK ( AIM )

1993

  1. - MENANG - VIDEO MUZIK TERBAIK ( SAMPAI HATI )
  2. - TOP 5 ( VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album SAMPAI HATI )
  3. - TOP 5 ( KULIT ALBUM TERBAIK album SAMPAI HATI )

1995 - TOP 5 ( VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album BOURGENVILLA )

1996 - TOP 5 ( ALBUM ROCK TERBAIK / JUJUR - SPRING )


ANUGERAH BINTANG POPULAR

  1. 1993 - TOP 5 ( PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR - SPRING )
  2. 1994 - MENANG - PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR - SPRING
  3. 1995 - TOP 5 ( PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR - SPRING )


ANUGERAH PLATINUM -

ALBUM -

  1. BOURGENVILLA ( 1994 )
  2. LUAHAN ( 1997 )
  3. GALERI SPRING ( 1999 )

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]