Stonebay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Stonebay)
Stonebay
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock and roll, Mod Revival
PekerjaanVokal / Pemuzik
Syarikat rakaman
Spoonman Records
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliOjie, Ashroff, Ronny, Afiq
Bekas ahliVelan, Roy, Shahrul, Leo Felix, Akhai


Kumpulan Stonebay merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia. "Stonebay" telah ditubuhkan sejak tahun 1996, dimana Ojie(vokalis/gitaris)merupakan pengasas kumpulan ini ketika masih menuntut di sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Setelah tamat persekolahan, Ojie telah melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur dan pada tahun 2003 telah menubuhkan kembali kumpulan Stonebay yang di barisi oleh teman teman sekolej. Dalam selang tahun berikutnya "Single" pertama kumpulan ini yang bertajuk "Name" juga telah dihasilkan. Setelah berpuluh puluh "Gigs" sekitar Kl dan Selangor dan juga perubahan anggota kumpulan, tahun 2007, kumpulan ini dianggotai oleh Ojie, Ashroff, Velan dan Ronny. Pada tahun 2008, Velan telah di gantikan oleh Afiq, dan pada masa yang sama mereka juga telah menghasilkan "single" kedua yang bertajuk "Sangsi". Februari 2009 akan menyaksikan cubaan pertama kumpulan ini dalam penghasilan EP pertama mereka yang akan di'release' berserta dengan single "Si Murai Penipu'. Ini juga akan disertakan dengan klip video pertama kumpulan ini dalam pertengahan tahun 2009.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Kumpulan ini di barisi pemuda pemuda yang berasal dari negeri negeri yang berlainan, di satukan melalui penghijraan mereka ke Kuala Lumpur. Ojie (Vokalis/Gitar) dan Afiq (drum) merupakan dua anggota kumpulan yang berasal dari borneo di mana Ojie berasal dari Kota Kinabalu,Sabah dan Afiq dari Kuching, Sarawak. Ashroff (Gitar utama) berasal dari Kuala Lumpur manakala Ronny (Bass) satu satunya anggota kumpulan yang berasal dari luar negara, iaitu dari Jakarta, Indonesia.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Feel (demo) 1999
So Good (demo) 2005
Name (single) 2005
Sangsi (single) 2008
Si Murai Penipu (EP) Feb/Mac 2009

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Name (2005) : Lagu/lirik - Ojie
Sangsi (2008): Lagu/Lirik - Ojie
Si Murai Penipu (2009): Lagu/lirik - Ojie
Drama Di Petang Hari (2009) : Lagu - Ashroff/Ojie Lirik - Ojie
From The Black to The Blue of The Night (2009) : Lagu/lirik - Ojie
Paku Hiba (2009) : Lagu - Ashroff / Lirik - Ojie
Jiwa Ole Ole (Feat. Noh Hujan & Radhi OAG - to be released in 2010) : Lagu - Ashroff / Lirik - Ashroff/Ojie
Kami Anak Malaysia (Feat. Shila OIAM - to be released in 2010) : Lagu - Ashroff / Lirik - Eka Shereen