Susila (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Susila)
Susila
Kulit album kumpulan Susila
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Syarikat rakaman
P & C 1990 Hatty Production
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliZek
Joy

Naz
Farid
Bekas ahliBoy


Kumpulan Susila merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan Susila merupakan sebuah kumpulan rock yang berasal dari Kuala Lumpur.

Kumpulan Susila dikenali dengan lagu hit mereka Purnama Yang Rebah.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya Kumpulan Susila dikenali sebagai Media yang ditubuhkan pada tahun 1987 ketika mereka semuanya masih pelajar di sekolah menengah. Semua mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak, kecuali Farid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur.

Denghan sokongan keluarga dan minat yang sama, mereka mengisi masa yang terluang dengan aktiviti latihan di studio-studio sekitar Kuala Lumpur antaranya di Kompleks Wilayah dan Studio Sound Dimension Kampung Baru. Di studio Sound Dimension, mereka bertemu dengan arwah Atok (En.Sham) yang merupakan seorang pemuzik. Daripada Arwah Atok, mereka mendapat tunjuk ajar bagi mengasah kemahiran mereka bermain muzik. Mereka kemudiannya diperkenalkan dengan DJ radio Ainul Jamal yang seterusnya membawa kepada rakaman album Susila.

Pada awal penampilan Susila, sambutan yang diterima agak memberansangkan. Dua lagu hits mereka berentap dalam pencalonan Muzik-Muzik TV3 dan menduduki carta top 5 di radio Shah Alam. Mereka juga pernah membuat persembahan di Pesta Port Dickson pada 31 Ogos 1991 di mana artis Ruhil Amani merupakan antara artis yang berentap bersama Susila ketika itu.

Kumpulan Susila tidak aktif bermain di ekspo-ekspo kerana bimbang risiko ditipu oleh promoter ekspo yang hanya mahu mengaut keuntungan seperti yang telah dialami oleh band-band lain ketika itu. Bagaimanapun, mereka aktif sebagai band pengiring kepada artis-artis terkenal tanahair.

Kumpulan Susila menghasilkan album sulung mereka yang berjudul Menjulang Harapan. Ia diterbitkan pada 1991 di bawah label syarikat Jackson.

Seperti kumpulan rock lain, Susila tidak terlepas dari masalah cetak rompak. Setelah menghadapi krisis dengan syarikat rakaman, akhirnya kumpulan Susila berpecah membawa haluan masing-masing.

Anggota[sunting | sunting sumber]

  • Zulmandul (gitar utama),
  • Naz (bass),
  • Boy (vokal),
  • Zul (gitar kedua)
  • Farid (drum)

Penyanyi kumpulan Susila, Boy kemudiannya menyertai kumpulan Mercury untuk menghasilkan The Best Of Mercury (2004). Dia kemudiannya aktif sebagai pemuzik sambilan. Naz terbabit dengan orkestra DBKL dan terlibat dengan banyak aktivti belakang tabir. Farid pula menyertai kombo Putrajaya. Zul pula bekerja sebagai Pegawai Warant Penjara. dan Zulmandul pula mengekrut anggota baru untuk mengisi kekosongan kumpulan Susila

Line-Up Susila (tukar nama kepada Susilabambang Pamungkas)

  1. Zulmandor (gitar utama)
  2. Hanif (gitar kedua)
  3. Zulmandul (gitar utama)
  4. Ojie (vokal)
  5. Man Dogol (bass)
  6. Sham Botak (drum)
  7. Din Chemey (keyboard)
  8. Irfan (saxofone)
  9. Remy (trompet)
  10. Azman Terelap (bangsi)
  11. Yon (pergussion)

Zulmandor (gitar utama)





Album[sunting | sunting sumber]

Album pertama Susila, Menjulang Harapan diterbitkan pada 1991 di bawah label syarikat Jackson. FMC pula bertindak sebagai pengedar album Susila. Album ini diterbitkan oleh arwah Atok di mana semua susunan muzik dalam album ini adalah kerjasama antara Susila dengan arwah Atok. Susila ada mencipta beberapa buah lagu dalam album ini tetapi menggunakan nama arwah Atok sebagai Komposer. M. Nasir juga tidak ketinggalan menyumbang satu lagu dalam album ini. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah Sahara Bara Asmara, Dan Engkau Masih Dalam Ingatan, Menjulang Harapan, Jurang, 29 Jamadilakhir 1444, Kekasih Di Bumi Kenyalang, Mengharap Kilauan Cintamu, Susila dan dua lagu hits yang dipertaruhkan iaitu Purnama Yang Rebah dan Merpati Keasingan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Menjulang Harapan (1990)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Menjulang Harapan '90 - (1990)[sunting | sunting sumber]

  • Menjulang Harapan
  • 29 Jamadil Akhir 1444
  • Dan Engkau Masih Dalam Ingatan
  • Jurang
  • Kekasih Di Bumi Kenyalang
  • Purnama Yang Rebah
  • Susila
  • Mengharap Kilauan Cinta Mu
  • Sahara Bara Asmara
  • Merpati keasingan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]