The Sangam Boys

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan The Sangam Boys)
The Sangam Boys
The Sangam Boys mengiringi S. Roha
Latar belakang
Berasal dariSingapura
PekerjaanKugiran Pop Yeh Yeh dan Irama Hindustan
Pengkarya berkait
Kumpulan pemuzik

Kugiran The Sangam Boys adalah salah satu pancaragam muzik dari Singapura di zaman Pop Yeh Yeh sekitar tahun 1960an dahulu. Ia ditubuhkan oleh penyanyi Allahyarham Halim Yatim dan pemimpin pertamanya ialah A. Aziz Abdullah. Nama kugiran ini diilhamkan dari tajuk sebuah filem Hindi iaitu Sangam, yang pernah memecah panggung di Malaysia dan Singapura sekitar tahun 1964.

1967 - 1969

Rakaman pertama oleh The Sangam Boys ialah bersama Halim Yatim di bawah label Olympic Record sekitar tahun 1967. Lagu nyanyian Halim Yatim iaitu Janda-Ku dan Jaoh Pandangan telah melonjakkan kolaborasi ini di kalangan sidang penggemar lagu-lagu Pop Yeh Yeh menerusi media elektronik dan media cetak. Akibat populariti yang meningkat naik, Halim Yatim dan The Sangam Boys telah menjadi artis jemputan untuk filem Pop Muda (1968) terbitan studio Cathay Keris di Singapura. Kugiran ini turut merakam EP iklan untuk Tonik Chop Gajah edaran oleh pengeluarnya, A.S. Mohamed Kassim & Co.

Penyanyi-penyanyi seterusnya yang pernah diiringi oleh The Sangam Boys di bawah label Olympic ialah S. Roha, R. Selamat dan S. Hashim Abdullah, pemimpin kedua kugiran ini. Bermula dengan S. Roha, kugiran ini menukar corak persembahannya daripada irama Pop Yeh Yeh kepada irama Hindustan di mana S. Roha mula menyanyikan lagu-lagu saduran Hindi dengan senikata Bahasa Melayu. Kali terakhir mereka merakam bersama ialah pada tahun 1969.

1970 - 1972

Mulai tahun 1970, The Sangam Boys mula dilamar oleh syarikat rakaman Ngee Fat/Playboy untuk menjadi kugiran pengiring untuk rakaman lagu-lagu saduran Hindi nyanyian Hussein Marican (Allahyarham), Sharifah Noor (Allahyarhamha), Kamariah Ahmad dan Yusof Senawi. Rakaman terakhir kugiran ini ialah pada tahun 1972 bersama Hussein Marican di bawah label MMI/Royal.

Kebangkitan semula

Setelah sekian lama menyepi di persada muzik Melayu. akhirnya kugiran The Sangam Boys dihidupkan semula oleh ahli-ahli baru. Namun begitu, genre muzik kugiran ini telah dipelbagaikan dengan rentak yang lebih kontemporari. Bermula dengan persembahan di Perkampungan Melayu Geylang Serai pada 2012, kugiran ini mengembangkan lagi penampilan mereka di pelbagai majlis keramaian masyarakat Melayu di sekitar Singapura hingga sekarang.


Senarai album oleh The Sangam Boys[sunting | sunting sumber]

  • Di bawah Olympic Record
  • Di bawah Ngee Fat/Playboy
  • Di bawah MMI/Royal