Kumpulan V.E

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
V.E
Ahli kumpulan VE
Latar belakang
Juga dikenali sebagai Voices of Euphonious
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre R&B soul, Hip hop
Pekerjaan Penyanyi / Pemuzik / Pencipta lagu / Penerbit album
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1997 - 2008
Label Positive Tone
Kegiatan berkait Innuendo, Ruffedge, Too Phat, Kumpulan Al-Mawleed
Ahli
Shahrin Azmir bin Mohd. Shaharudin (Shah)
Abdullah bin Ahmad (Lah)
Charma Adizalilullah bin Abdul Khalik (Cham)
Zafri bin Nazarudin (Zaf)
Damian Mikhail (Damian)


Kumpulan V.E merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang pernah aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

V.E ditubuhkan sekitar tahun 1997 sewaktu tiga dari anggotanya iaitu Lah, Shah dan Zaf masih bersekolah.

V.E yang membawa maksud Voices of Euphonious, pada mulanya hanya menamakan kumpulan mereka sebagai Euphonious yang kemudian diringkaskan menjadi V.E untuk memudahkan orang mengenali mereka.

Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan V.E terdiri daripada lima orang anggota. Mereka adalah :-

  1. Shahrin Azmir bin Mohd. Shaharudin (Shah)
  2. Abdullah bin Ahmad (Lah)
  3. Zafri bin Nazarudin (Zaf)
  4. Charma Adizalilullah bin Abdul Khalil (Cham)
  5. Damian Seet (Damian ShortySoul) - menyertai V.E pada tahun 2003

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi Ilham (1999)[sunting | sunting sumber]

  1. Abadi
  2. Melodi Kasih
  3. Sehati, Sejiwa
  4. Dian Nubari (bersama Composed Poetry)
  5. Ilham (bersama Taheera, Composed Poetry & Silent Noize)

Extreme Pleasure (2002)[sunting | sunting sumber]

Album ini dianggap sebagai album pertama V.E dan juga Ruffedge. Kedua-dua kumpulan ini berkongsi satu album dengan lima lagu setiap kumpulan. Album yang mula berada di pasaran pada bulan September 2012 ini telah melonjakkan nama kedua-dua kumpulan ini berikutan tidak banyak kumpulan vokal seperti mereka yang masih aktif dalam dunia muzik tempatan pada waktu itu.

  1. Touch, Kiss, Hug, Love
  2. U Can’t Change Me (feat. Saint of M.O.B & Atom da’ Bomb of Phlowtron)
  3. Ayu
  4. Creep
  5. Izinkan

Extreme Pleasure Extra (2003)[sunting | sunting sumber]

Album ini merupakan album Extreme Pleasure yang dibuat pembungkusan semula dan telah dilancarkan dengan tambahan beberapa lagu baru termasuk lagu lama yang digubah semula, Khayalan. Lagu ini berjaya menempatkan V.E dan Ruffedge sebagai antara bakat baru paling mendapat perhatian penggemar muzik tanahair pada ketika itu.

  1. V.E & Ruffedge - Saat Bahagia
  2. V.E & Ruffedge - Khayalan
  3. V.E - Touch, Hug, Kiss, Love (Chynahouse Remix)

Single Party Like This (2004)[sunting | sunting sumber]

Single ini dikeluarkan sebagai buah tangan kepada peminat sementara menantikan kemunculan album solo V.E yang mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.

  1. Party Like This
  2. Party Like This (ShortySoul Remix) (feat. Altimet of Teh Tarik Crew)
  3. Kau
  4. Party Like This (Instrumental)

For You (2004)[sunting | sunting sumber]

Ini merupakan album solo V.E yang pertama setelah berpisah dari gandingan bersama Ruffedge. Hampir kesemua lagu ditulis dan diterbitkan oleh anggota-anggota V.E sendiri.

  1. Good Morning
  2. For You
  3. Gimme Your Love
  4. Feel Good feat. Reefa
  5. Kerna Sayang
  6. Something For The People
  7. Get On Up
  8. Pop Ye Ye
  9. Message Girl feat. MC Syze
  10. Baby
  11. Don't Go
  12. Party Like This (New Era Mix)
  13. Detik Bersama
  14. V.E Lullaby Goodnight Acapella

Specially For You (2006)[sunting | sunting sumber]

Album ini merupakan album For You yang dibuat pembungkusan semula. Beberapa lagu baru ditambah seperti Oh! No..Kamu dan Rozana (lagu kumpulan Search yang diberi nafas baru).

  1. Pop Ye Ye
  2. Party Like This
  3. Detik Bersama
  4. Gimme That
  5. Don't Let Go
  6. Lullaby
  7. Baby
  8. Don't Go
  9. Rentak Disko
  10. Gimme Your Love
  11. Message Girl
  12. Feel Good
  13. Pop Ye Ye (remix)
  14. Oh! No...
  15. Kerna Sayang
  16. Oh! No..Kamu
  17. Rozana

V.E & Friends (2007)[sunting | sunting sumber]

Album ini boleh dikatakan album terakhir V.E sebelum kesemua anggotanya membawa haluan masing-masing selepas tahun 2008.

  1. V.E Feat. Datuk A Rahman Hassan - Tak Mengapa.mp3
  2. V.E - Ikhlas Tapi Jauh.mp3
  3. V.E - Ayu.mp3
  4. V.E Feat Ruffedge - Khayalan.mp3
  5. V.E feat Shakirah - Party Like This.mp3
  6. V.E Feat Urban Xchange & Zain Ruffedge - Sabarlah.mp3
  7. V.E Feat. Nur Fatima - Gadis.mp3
  8. Lah (V.E) Feat Shazzy - Kenapa.mp3
  9. V.E Feat. Too Phat - Just A Friends.mp3
  10. V.E Feat. Reefa - Feel Good.mp3
  11. V.E Feat. Saint & Atomda Bomb - U Can't Change Me.mp3
  12. V.E Feat. Vince (AF 1) - Andai Ia Tahu.mp3
  13. V.E Feat Too Phat - The Most Beautiful Girl.mp3
  14. V.E Feat Joe Flizzow (Too Phat) & Daly (Ahli Fiqir) - Pop Ye Ye.mp3
  15. V.E Feat. Quadrose - Kerana Cintamu.mp3
  16. V.E Feat. Ella, KRU, Too Phat, Ruffedge, Shazzy & Phlowtron - Standing In The Eyes Of The World.mp3

Penampilan lain[sunting | sunting sumber]

2001 - Lagu "Just A Friend" - Too Phat feat. V.E dalam album Plan B (Too Phat)

2001 - Lagu "Nanti" - Innuendo feat. V.E dan Ruffedge dalam album BrandNuEndo (Innuendo)

2002 - Lagu "Sabarlah" - Urban Xchange feat. Zaf V.E dan Zain Ruffedge dalam album Urban Xchange (Urban Xchange)

2003 - Lagu "Tell Shorty" - Too Phat feat. V.E dan Ruffedge dalam album 360 Degrees (Too Phat)

2004 - Lagu "Gadis" dalam album Gadis (Nur Fatima)

2004 - Lagu "Jangan Simpan Rindumu" duet bersama Fran

2006 - Lagu "Ikhlas Tapi Jauh" dalam OST Cinta

2006 - Lagu "Kenapa" - Shazzy feat. Lah dalam album Aku Melayu (Shazzy)

2006 - Lagu "Sepi Sekuntum Mawar Merah" dalam album Urban Strike - Tribute to Ella

2006 - Lagu "Standing in The Eyes" (bersama KRU, Too Phat, Ruffedge, Shazzy & Phlowtron) dalam album Urban Strike - Tribute to Ella

2007 - Lagu "Kau Tercipta" - Lah (Single)

2008 - Lagu "Aku Bukan Untukmu" - Lah & Zaf dalam OST Sepi

2009 - Lagu "Jelita" - Damian (Single)

2010 - Lagu "Adinda" - Lah (Single)

Syarikat Rakaman[sunting | sunting sumber]

2002 - 2004: The Promised Clan/Positive Tone

2004 - 2008: EMI

Laman Web[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi kumpulan V.E

Kelab Peminat[sunting | sunting sumber]

Kelab peminat V.E dikenali sebagai GrooVE Phamily dan mempunyai forum iaitu di http://www.ve-groove.com/forum

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Menerusi album Extreme Pleasure yang pertama, V.E dan Ruffedge masing-masing menerima pencalonan dalam kategori Artis Harapan Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Walaupun nama Ruffedge yang diumumkan sebagai pemenang namun kejayaan itu tetap mereka kongsi bersama.
  • V.E telah digandingkan dengan penyanyi Misha Omar untuk membuat persembahan di Anugerah Era ke-3 pada bulan Oktober tahun 2003, menyampaikan lagu Ayu yang digabungkan dengan lagu Bunga-bunga Cinta. Persembahan mereka telah mendapat 'standing ovation' dari bukan saja dari para penonton malah artis-artis yang hadir di majlis tersebut. Banyak pihak mula membuka mata terhadap bakat yang dimiliki oleh V.E dan peluang demi peluang mula menghujani mereka selepas acara tersebut.
  • Menerusi album For You pula, V.E telah dinobatkan sebagai Artis Inggeris Tempatan Pilihan di Anugerah Era ke-5 pada tahun 2005. Ini adalah kemenangan pertama V.E setelah dua tahun berturut-turut tewas kepada Too Phat.
  • Lagu Pop Ye Ye telah berjaya memasuki peringkat akhir kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu ke-20, juga pada tahun 2005. Bagaimanapun rezeki berpihak kepada penyanyi Hazami yang mempertaruhkan lagu Kata.
  • V.E menggungguli kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-13 yang diadakan pada tahun 2006 menewaskan pesaing-pesaing hebat iaitu Ruffedge (album Ruffera), Too Phat (album Rebirth Into Reality), Rabbani (album Suara Takbir) dan Raihan (album Ameen).
  • V.E telah diberi peluang untuk berduet dengan Amy Search menyampaikan lagu Rozana di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006.
  • Pada tahun 2007, Lah terpilih menggantikan penyanyi Indonesia, Rio Febrian sebagai pasangan duet Jaclyn Victor di Anugerah Juara Lagu ke-22 untuk lagu Ceritera Cinta (bertanding dalam kategori Balada) dan berjaya memenangi trofi Persembahan Vokal Terbaik.
  • Zaf dan Lah pernah menyertai program realiti TV3, Mentor sebagai mentor kepada protege yang dilatih sebagai penyanyi. Zaf pada tahun 2006 (musim kedua) dan Lah tahun 2009 (musim ketiga).
  • Damian pernah menjadi penasihat vokal untuk program realiti TV3, Gangstarz musim kedua pada tahun 2008. Beliau juga turut menjadi juri ujibakat Akademi Fantasia 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.allmusic.com/artist/ve-ruffedge-mn0001578817/discography