Kumpulan berfungsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam kimia organik, kumpulan berfungsi (atau moieti) adalah kumpulan atom tertentu dalam molekul yang bertanggungjawab terhadap sifat tindak balas kimia bagi molekul itu. Kumpulan berfungsi yang sama akan melalui tindak balas kimia yang sama atau serupa tanpa mengira saiz molekul.

Dengan menggabungkan nama kumpulan berfungsi dengan nama induk bagi alkana menjanakan satu penamaan bersistem bagi sebatian organik.

Kumpulan berfungsi bagi atom bukan hidrogen sentiasa disatukan dengan atom yang lain atau molekul yang lain melalui ikatan kovalen. Apabila kumpulan atom disatukan dengan molekul lain melalui daya ion, kumpulan itu akan dipanggil sebagai ion poliatom atau ion kompleks. Semua ini pula dipanggil radikal, yang menunjuk maksud seperti istilah radikal untuk radikal bebas.

Atom karbon yang pertama selepas karbon yang terikat dengan kumpulan berfungsi dipanggil karbon alfa.

Kumpulan berfungsi terikat kepada tulang belakang karbon bagi molekul organik. Mereka menentukan sifat dan tindak balas kimia suatu molekul itu. Kumpulan berfungsi adalah jauh kurang stabil berbanding tulang belakang karbon dan lebih cenderung untuk terlibat dalam tindak balas kimia.

Jadual umum kumpulan berfungsi[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai kumpulan berfungsi yang lazim. Dalam rumus, simbol R dan R' sering menyatakan hidrogen yang terikat, atau rantaian sisi hidrokarbon bagi sebarang kepanjangan, tetapi kadang-kala merujuk kepada sebarang kumpulan atom.

Hidrokarbon[sunting | sunting sumber]

Kumpulan berfungsi yang berubah berasaskan bilangan dan tertib ikatan π menunjukkan bahan kimia yang berbeza. Setiap penyenaraian di bawah mengandungi ikatan C-H, tetapi setiap satunya berbeza jenis tindak balas.

Kelas kimia Kumpulan Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
Alkana Alkil RH Alkil alkil- -ana metana
Metana
Alkena Alkenil R2C=CR2 Alkena alkenil- -ena etilena
Etilena
(Etena)
Alkuna Alkunil RC≡CR' Alkuna alkunil- -una asetilena
Asetilena
(Etuna)
Terbitan benzena Fenil RC6H5 Fenil fenil- -benzena Kumena
Kumena
(2-fenilpropana)
Terbitan toluena Benzil RCH2C6H5
RBn
Benzil benzil- 1-(gantian)toluena Benzil bromida
Benzil bromida
(1-Bromotoluena)

Kumpulan berhalogen[sunting | sunting sumber]

Haloalkana adalah satu kumpulan molekul yang ditakrifkan oleh ikatan karbon-halogen. Ikatan ini mampu menjadi lemah (dalam kes iodoalkana) atau agak stabil (seperti untuk fluoroalkana). Secara amnya, dengan pengecualian sebatian berfluorin, haloalkana melalui tindak balas penggantian nukleofilik atau tindak balas penyingkiran. Penggantian pada karbon, keasidan proton bersebelahan, keadaan pelarut, dll. semuanya mempengaruhi hasik tindak balas..

Kelas kimia Kumpulan Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
haloalkana halo RX Kumpulan halida halo- alkil halida Kloroetana
Kloroetana
(Etil klorida)
fluoroalkana fluoro RF Kumpulan fluoro fluoro- alkil fluorida Fluorometana
Fluorometana
(Metil fluorida)
kloroalkana kloro RCl Kumpulan kloro chloro- alkil klorida Klorometana
Klorometana
(Metil klorida)
bromoalkana bromo RBr Kumpulan bromo bromo- alkil bromida Bromometana
Bromometana
(Metil bromida)
iodoalkana iodo RI Kumpulan iodo iodo- alkil iodida Iodometana
Iodometana
(Metil iodida)


Kumpulan beroksigen[sunting | sunting sumber]

Sebatian yang mempunyai ikatan C-O yang masing-masing mempunyai kereaktifan yang berbeza bergantung kepada kedudukan dan penghibridan ikatan C-O bond, kerana kesan pelepasan elektron bagi oksigen sp² terkacuk dan kesan pendermaan oksigen sp³ terkacuk.

Kelas kimia Kumpulan Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
Asil halida Haloformil RCOX Asil halide haloformil- -oil halida Asetil klorida
Asetil chlorida
(Etanoil klorida)
Alkohol Hidroksil ROH Hidroksil hidroksi- -ol metanol
Metanol
Keton Karbonil RCOR' Keton keto-, okso- -on Butanon
Metil etil keton
(Butanon)
Aldehid Aldehid RCHO Aldehid aldo- -al asetaldehid
Asetaldehid
(Etanal)
Karbonat Ester karbonat ROCOOR Karbonat alkil karbonat
Karboksilat Karboksilat RCOO Karboksilat

Karboksilat

karboksi- -oat Natrium asetat
Natrium asetat
(Natrium etanoat)
Asid karboksilik Karboksil RCOOH Asid karboksilik karboksi- asid -oik Asid asetik
Asid asetik
(Asid etanoik)
Eter Eter ROR' Eter alkoksi- alkil alkil eter Dietil eter
Dietil eter
(Etoksietana)
Ester Ester RCOOR' Ester alkil alkanoat Etil butirat
Etil butirat
(Etil butanoat)
Hidroperoksida Hidroperoksida ROOH Hidroperoksi hidroperoksi- alkyl hidroperoksida Metil etil keton peroksida
Metil etil keton peroksida
Peroksida Peroksi ROOR Peroksi peroksi- alkil peroksida Di-tert-butil peroksida
Di-tert-butil peroksida

Kumpulan bernitrogen[sunting | sunting sumber]

Sebatian yang mempunyai Nitrogen dalam kategori yang mempunyai ikatan C-O, seperti kes Amida.

Kelas kimia Kumpulan Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
Amida Karboksamida RCONR2 Amida karboksamido- -amida asetamida
Asetamida
(Etanamida)
Amina Amina primer RNH2 Amina primer amino- -amina metilamina
Metilamina
(Metanamina)
Amina sekunder R2NH Amina sekunder amino- -amina dimetilamina
Dimetilamina
Amina tertier R3N Amina tertier amino- -amina trimetilamina
Trimetilamina
Ion ammonium 4° R4N+ Kation ammonium kuaterner ammonio- -ammonium Kolina
Kolina
Imina Ketimina primer RC(=NH)R' Imina imino- -imina
Ketimina sekunder RC(=NR)R' Imina imino- -imina
Aldimina primer RC(=NH)H Imina imino- -imina
Aldimina sekunder RC(=NR')H Imina imino- -imina
Imida Imida RC(=O)NC(=O)R' Imida imido- -imida
Azida Azida RN3 Organoazida azido- alkil azida Fenil azida
Fenil azida
(Azidobenzena)
Sebatian azo Azo
(Diimida)
RN2R' Azo.pngl azo- -diazena Metil oren
Metil oren
(asid p-dimetilamino-azobenzenasulfonik)
Sianat Sianat ROCN Sianat sianato- alkil sianat
Isosianida RNC Isosianida isosiano- alkil isosianida
Isosianat Isosianat RNCO Isosianat isosianato- alkil isosianat Metil isosianat
Metil isosianat
Isotiosianat RNCS Isotiosianat isotiosianato- alkil isotiosianat Alil isotiosianat
Alil isotiosianat
Nitrat Nitrat RONO2 Nitrat nitrooksi-, nitroksi-

alkil nitrat

Amil nitrat
Amil nitrat
(1-nitrooksipentana)
Nitril Nitril RCN Nitril siano-

alkananitril
alkil sianida

Benzonitril
Benzonitril
(Fenil sianida)
Nitrit Nitrosooksi RONO Nitrit nitrosooxy-

alkil nitrit

Amyl nitrite
Amil nitrit
(3-metil-1-nitrosooksibutana)
Sebatian nitro Nitro RNO2 Nitro nitro-   Nitrometana
Nitrometana
Sebatian Nitroso Nitroso RNO Nitroso nitroso-   Nitrosobenzena
Nitrosobenzena
Terbitan piridina Piridil RC5H4N

kumpulan 4-pyridyl
kumpulan 3-pyridyl
kumpulan 2-pyridyl

4-pyridyl
(pyridin-4-yl)

3-pyridyl
(pyridin-3-yl)

2-pyridyl
(pyridin-2-yl)

-piridina Nikotina
Nikotina

Kumpulan bersulfur dan berfosforus[sunting | sunting sumber]

Sebatian yang mengandungi sulfur dan fosforus menunjukkan sifat kimia yang unik kerana kebolehannya untuk membentuk lebih ikatan berbandiing nitrogen dan oksigen, analog yang lebih ringan dalam jadual berkala.

Kelas kimia Kumpulan Rumus Rumus struktur Awalan Akhiran Contoh
Fosfina Fosfino R3P Fosfina tertier fosfino- -fosfana Metilpropilfosfana
Metilpropilfosfana
Fosfodiester Fosfat HOPO(OR)2 Fosfodiester asid fosforik di(gantian) ester di(substituent) hidrogenfosfat DNA
Asid fosfonik Fosfono RP(=O)(OH)2 Kumpulan fosfono fosfono- asid gantian fosfonik Asid benzilfosfonik
Asid benzilfosfonik
Fosfat Fosfat ROP(=O)(OH)2 Kumpulan fosfat fosfo- Gliseraldehid 3-fosfat
Gliseraldehid 3-fosfat
Sulfida atau tioeter RSR' Kumpulan sulfida di(gantian) sulfida Dimetil sulfida
Dimetil sulfida
Sulfon Sulfonil RSO2R' Kumpulan sulfonil sulfonil- di(gantian) sulfon Dimetil sulfon
Dimetil sulfon
(Metilsulfonilmetana)
Asid sulfonik Sulfo RSO3H Kumpulan sulfonil sulfo- Asid gantian sulfonik Asid benzenasulfonik
Asid benzenasulfonik
Sulfoksida Sulfinil RSOR' Kumpulan sulfinil sulfinil- di(substituent) sulfoksida Difenil sulfoksida
Difenil sulfoksida
Tiol Sulfhidril RSH Sulfhidril merkapto-, sulfanil- -tiol Etanatiol
Etanatiol
(Etil merkaptan)
Tiosianat Tiosianat RSCN Tiosianat tiosianato- alkil tiosianate
Disulfida Disulfida RSSR' Disulfida alkil alkil disulfida Difenil disulfida
Difenil disulfida
1,2-difenildisulfana

Pautan luar[sunting | sunting sumber]