Kumpulan jadual berkala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kumpulan, atau dikenali sebagai keluarga, merupakan lajur menegak dalam jadual berkala unsur kimia. Terdapat 18 kumpulan dalam jadual berkala yang piawai.

Penerangan moden bagi corak jadual berkala adalah unsur dalam sesebuah kumpulan mempunyai konfigurasi elektron yang sama di cangkerang terluarnya: memandangkan ciri kimia dikuasai oleh kedudukan orbit elektron terluar. Terdapat tiga cara menomborkan kumpulan jadual berkala, satu dengan menggunakan angka Hindu-Arab dan dua lagi menggunakan angka Roman. Nama angka Roman merupakan nama asal bagi kumpulan; nama angka Arab pula disarankan oleh Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC) untuk mengantikan yang lama untuk mengurangkan kekeliruan yang dibuat oleh dua skema yang terdahulu yang saling mengelirukan.

Terdapat kekeliruan yang dipetimbangkan melibatkan dua sistem lama (IUPAC lama dan CAS) yang menggabungkan penggunaan angka Roman dengan huruf. Dalam sistem IUPAC lama, huruf A dan B digunakan untuk ke bahagian kiri (A) dan kanan (B) jadual berkala, manakala sistem CAS, huruf A dan B digunakan untuk kumpulan unsur utama (A) dan unsur peralihan (B). Sistem terdahulu sering digunakan di Eropah manajala yang terkemudian sering digunakan di Amerika. Skema IUPAC bartu dibentuk untuk menggantikan sistem yang mengelirukan memandangkan mereka menggunakan nama saya tetapi untuk perkara yang berbeza.

Kumpulan jadual berkala adalah seperti berikut (dalam kurungan ditunjukkan sistem, lama: Eropah dan Amerika):