Kumpulan kalkogen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kumpulan → 16
↓ Kala
2 8
O
3 16
S
4 34
Se
5 52
Te
6 84
Po
7 116
Uuh
Chalcogens

Unsur kumpulan 16 juga dikenali sebagai kumpulan oksigen atau kumpulan kalkogen merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-16 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Nama lama kumpulan ini ialah VIB atau VIA. Kumpulan ini terdiri daripada oksigen (O), sulfur (S), selenium (Se), telurium (Te), unsur radioaktif polonium (Po), dan unsur sintetik ununheksium (Uuh).

Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini juga menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka.

Z Unsur Bilangan elektron/petala
8 oksigen 2, 6
16 sulfur 2, 8, 6
34 selenium 2, 8, 18, 6
52 telurium 2, 8, 18, 18, 6
84 polonium 2, 8, 18, 32, 18, 6
116 ununheksium 2, 8, 18, 32, 32, 18, 6

Sebatian kalkogen yang lebih berat (terutamanya sulfida, selenida, dan telurida) secara umumnya dikenali sebagai kalkogenida. Oksida tidak dikategorikan sebagai kalkogenida melainkan jika ia bersebati dengan kalkogen berat yang lain. .[1] Nama kalkogen secara amnya berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud “pembentuk bijih” (chalcos bererti bijih dan -gen bererti pembentukan). [2]

Oksigen dan sulfur adalah unsur bukan logam, manakala polonium, selenium dan telurium merupakan semikonduktor separa logam (bermaksud sifat elektriknya di antara logam dan penebat). Namun, telurium dan selenium sering dianggap sebagai logam apabila dalam keadaan asas.

Kalkogen biasanya merupakan mineral seperti pirit (FeS2) yang merupakan bijih besi.

Nombor pengoksidaan kalkogen secara umumnya -2 dalam kalkogenida tetapi nilai lain seperti -1 dalam pirit juga boleh diperolehi. Nombor pengoksidaan tertingginya pula ialah +6 (ditemui dalam sulfat, selenat dan telurat, seperti asid sulfurik atau natrium selenat (Na2SeO4)).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]