Tulisan Kanji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kun'yomi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Dua aksasara bagi Kanji.Dua karakter ini bermaskud "Karakter Han".
漢 untuk han dan
字 untuk karakter.

Kanji (漢字?) secara harafiahnya bermaksud "huruf-huruf Han" adalah tulisan cina yang digunakan dalam bahasa Jepun. Kanji dikenali sebagai hànzì dalam bahasa Cina, hanja atau hanmun dalam bahasa Korea dan chữ nho (字儒) dalam bahasa Vietnam. Kanji merupakan satu daripada empat sistem penulisan yang terdapat di dalam bahasa Jepun (yang lain adalah Hiragana, Katakana dan Romaji).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Aksara Cina
Cina Tradisional
Aksara kelainan
Cina Ringkas
Cina Ringkas pusingan kedua
Kanji
- Kyujitai
- Shinjitai
Hanja
- Gugyeol
- Hyangchal
Chu Nom
- Han Tu
Seni khat Asia Timur
- Skrip Tulang Ramalan
- Skrip Gangsa
- Skrip Mohor
- Skrip Kerani
- Skrip Biasa
- Skrip Separa Kursif
- Skrip Kursif
Kaedah Input

Terdapat percangahan pendapat mengenai permulaan penggunaan huruf Cina di Jepun, namun pakar bahasa bersepakat menerima pendapat bahawa sami Buddha membawa tulisan Cina ke Jepun sekitar abad ke-5, dan ia dibaca dalam bahasa Cina. Secara beransur-ansur, sistem yang dikenali sebagai kanbun (漢文) muncul: ini merupakan teks Cina dengan tanda diacritical untuk membenarkan penutur bahasa Jepun untuk membacanya menurut peraturan tatabahasa Jepun.

Bahasa Jepun itu sendiri tidak mempunyai bentuk tulisan. Akhirnya sistem tulisan yang dikenali sebagai manyogana (digunakan dalam anthologi sastera silam Manyoshu) berubah yang menggunakan bentuk set kanji terhad untuk nilai phonetik sahaja, bukannya untuk nilai semantik, yang diperlukan untuk menulis sastera Jepun. Manyogana yang ditulis dalam gaya kursif menjadi hiragana, sistem tulisan yang digunakan oleh wanita (yang dinafikan pengajian tinggi). Hasil karya kesasteraan wanita era Heian ditulis menggunakan hiragana. Katakana muncul melalui laluan yang sama: pelajar monasteri memudahkan manyogana kepada unsur kandungan constituent tunggal. Hiragana dan katakana dirujuk bersama sebagai kana.

Apabila sistem penulisan Jepun matang dan berkembang, kanji mula digunakan untuk menulis bahagian pertuturan tertentu seperti kata benda, kata sifat dan kata kerja sementara kana digunakan untuk akhiran kata kerja, perkataan yang hanya terdapat di Jepun dan perkataan asing (sebelum ini perkataan asing dieja secara fonetik dengan huruf Kanji).

Pembacaan[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab cara tulisan kanji diserap ke dalam bahasa Jepun, sesuatu kanji boleh digunakan untuk menulis satu atau lebih perkataan (atau morfem) yang berbeza. Dari sudut pandangan pembaca, kanji boleh mempunyai satu atau lebih "sebutan". Sebutan aksara itu bergantung kepada konteks, maksud, kegunaan dalam gugusan, dan juga kedudukan dalam ayat. Sesetengah kanji kegunaan am mempunyai sepuluh atau lebih sebutan yang berbeza. Bacaan-bacaan ini biasanya terbahagi kepada on'yomi atau kun'yomi.

On'yomi (Bacaan berdasarkan Bahasa Cina)[sunting | sunting sumber]

On'yomi (音読み?), iaitu bacaan Cina-Jepun, merupakan anggaran Jepun terhadap sebutan bahasa Cina sesuatu aksara sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sesetengah aksara kanji diperkenalkan dari tempat-tempat berbeza di China pada masa-masa yang berlainan, maka mempunyai banyak sebutan on'yomi dan selalunya pelbagai maksud. Kanji yang dicipta di Jepun biasanya tidak mempunyai on'yomi, kecuali aksara "bekerja", yang disebut dalam kun'yomi sebagai hataraku dan on'yominya , serta aksara "kelenjar", yang hanya disebut dalam on'yomi iaitu sen.

Biasanya, on'yomi dibahagikan kepada empat jenis:

Contoh (sebutan jarang dalam tanda kurungan)

Kanji Maksud Go-on Kan-on Tō-on Kan'yō-on
terang myō mei (min) -
berjalan gyō (an) -
terlalu goku kyoku - -
mutiara shu shu ju (zu)
darjah do (to) - -
pengangkutan (shu) (shu) - yu
anak shi shi su -
jelas shō sei (shin) -
ibu negara kyō kei (kin) -
askar hyō hei - -
kuat kyō - -

On'yomi didapati terutamanya dalam kata majmuk pelbagai kanji (熟語 jukugo?), kebanyakannya merupakan hasil penerapan perkataan bahasa Cina (beserta kanji-kanjinya) bagi konsep yang sebelumnya tidak pernah wujud dalam bahasa Jepun atau tidak dapat disebut dengan rapi melalui perkataan tempatan. Satu pengecualian kepada hukum ini didapati terutamanya dalam nama keluarga, yang mana sebutan kun'yomi lebih kerap digunakan (lihat bawah).

Kun'yomi (sebutan Bahasa Jepun)[sunting | sunting sumber]

Kun'yomi (訓読み?), merupakan bacaan berdasarkan perkataan bahasa Jepun yang asli, atau yamatokotoba (大和言葉?), yang menganggarkan maksud aksara Cina dengan setepat mungkin sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sepertilah on'yomi, adanya kes pelbagai sebutan kun bagi satu kanji yang sama, dan sesetengah kanji langsung tiada kun'yomi.

Contohnya, aksara kanji bagi timur, , disebut secara on sebagai . Namun, bahasa Jepun juga ada dua perkataan bagi "timur": higashi dan azuma. Maka aksara kanji disebut dalam kun'yomi sebagai higashi atau azmuma. Lain pula bagi kanji , iaitu suatu unit ukuran Cina (sedikit lebih seinci), oleh sebab tiadanya persamaan dalam bahasa Jepun, maka cuma ada on'yomi iaitu sun.

Kun'yomi disifatkan melalui struktur sukukata (C)V yamatokotoba yang ketat. Kebanyakan kun'yomi kata nama atau adjektif panjangnya dua atau tiga sukukata, manakala kun'yomi kata kerja selalunya satu atau dua sukukata panjangnya (tanpa mengira hiragana ekoran bergelar okurigana, itupun dianggap sebahagian daripada bacaan).

Dalam sesetengah kes, pelbagai kanji diberi untuk meliputi satu perkataan bahasa Jepun. Biasanya apabila berlakunya kes sebegini, kanji yang berbeza menyentuh perbezaan maksud yang tertentu. Contohnya, perkataan なおす (naosu), jika ditulis 治す, bererti "menyembuh penyakit"; jika ditulis 直す maksudnya "membaiki atau memperbetulkan sesuatu" (seperti basikal atau rencana Wikipedia yang tidak bermutu). Adanya perbezaan maksud sedemikian yang amat ketara; bagi kes yang lain pula perbezaan maksudnya tidaklah ketara. Kadang-kadang terjadinya perselisihan pandangan di kalangan hasil rujukan—sesebuah kamus mungkin menyatakan bahawa kanji-kanji tesebut sama maksudnya, tetapi sesebuah kamus yang lain mengetengahkan perbezaan kegunaannya. Oleh sebab kekeliruan ini, orang Jepun mungkin menghadapai masalah kanji yang mana wajar dipakai. Salah satu jalan penyelesaian ialah untuk menulis perkataan tersebut dalam hiragana, iaitu kaedah yang kerap digunakan untuk kes-kes yang lebih rumit seperti もと moto, yang mempunyai sekurang-kurangnya lima bentuk kanji berlainan: , , , , , tiga daripadanya tidak ketara beza maksudnya.

Bacaan dialek tempatan bagi kanji juga dikelaskan di bawah Kun'yomi, terutamanya sebutan bagi perkataan dalam Bahasa-bahasa Ryukyu.

Bantuan sebutan[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab kekeliruan yang boleh terjadi, kadang-kadang kanji disertakan panduan sebutan bagi konteks yang diberi yang dieja dalam furigana (kana kecil yang ditulis pada bahagian atas atau kanan aksara) atau kumimoji (kana kecil yang ditulis sejurus selepas aksara). Bantuan sebutan ini banyak diamalkan dalam teks bagi kanak-kanak atau pelajar bahasa ini dari negara asing serta juga dalam komik manga. Bantuan sebutan juga diaplikasi dalam akhbar untuk bacaan yang tidak biasa atau ganjil dan juga untuk aksara yang tidak termasuk dalam set rasmi kanji am.

Perkembangan tempatan[sunting | sunting sumber]

Meskipun kanji ialah aksara Cina (hanzi) yang digunakan dalam penulisan bahasa Jepun, terdapat juga perbezaan ketara antara kanji dan hanzi, termasuk kegunaan aksara yang direka di Jepun, aksara yang diberi maksud berbeza dalam bahasa Jepun, dan pemudahan kanji selepas Perang Dunia II.

Kokuji[sunting | sunting sumber]

Kokuji (国字; "aksara negara") adalah aksara-aksara yang digunakan khususnya di Jepun. Kokuji juga bergelar wasei kanji (和製漢字, iaitu "aksara Cina buatan Jepun"). Terdapat beratus-ratus kokuji, kebanyakannya jarang dipakai, tetapi sebilangannya menjadi bahagian penting dalam penulisan bahasa Jepun. Ini termasuk:

  • (とうげ tōge "genting")
  • (さかき sakaki "pokok sakaki, genus Cleyera")
  • (はたけ hatake "sawah", "ladang pertanian")
  • (つじ tsuji "persimpangan")
  • (どう , hatara(ku) "bekerja")

sesetengah kokuji seperti "" telah diperkenalkan ke China.

Kokkun[sunting | sunting sumber]

Selain kokuji, terdapat kanji yang diberi maksud dalam bahasa Jepun yang berbeza daripada maksud bahasa Cinanya. Kanji-kanji sedemikaian bukanlah kokuji, sebaliknya bergelar kokkun (国訓). Contoh:

Aksara lama dan baru[sunting | sunting sumber]

Ada kalanya sesuatu kanji yang sama boleh ditulis dalam dua bentuk berbeza, iaitu Kyūjitai (旧字体/舊字體? "gaya aksara lama") dan Shinjitai (新字体? "gaya aksara baru"). Berikut merupakan contoh-contoh aksara Kyūjitai bersama bentuk Shinjitai masing-masing:

  • 國 国 kuni, koku ("negara")
  • 號 号 ("nombor")
  • 變 変 hen, ka(waru) ("berubah")

Kebanyakan aksara Cina langsung tidak diserap dalam bahasa Jepun. Namun begitu, secara teori, mana-mana aksara Cina boleh dijadikan aksara Jepun—Daikanwa Jiten, salah sebuah kamus kanji terbesar pernah dikompilasi, mengandungi kira-kira 50,000 entri, itupun kebanyakannya tidak pernah digunakan dalam bahasa Jepun.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]