Kundasang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kundasang

Kundasang
Coat of arms of Sabah.svg
Geografi
Status Daerah
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Daerah Daerah Ranau
Mukim
Keluasan N/A

Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.

Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis, Tator, Timor, Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan home stay bagi member keselesaan kepada kepada pelancong.

Pecahan kampung[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa buah pecahan kecil kampung yang terdapat di Kundasang di antaranya ;

  • Pekan Kundasang
  • Lembah Permai
  • Cinta Mata
  • Kouluan
  • Masilou
  • Menteki
  • Bambangan
  • Desa Aman
  • Kinasaraban
  • Bundu Tuhan
  • Dumpiring
  • Desa Sunyi (Kundasang Lama)
  • Mohimboyon
  • Nosorob
  • Pinousok
  • Giman
  • Sinisian
  • Keranaan