Kuprum (II) asetat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hidrat dari kuprum (II)asetat

Kuprum (II) asetat, tembaga (II) asetat atau Kuprum asetat adalah sebatian kimia dengan rumus Cu2(CH3COO)4, atau disingkat Cu2(OAc)4 iaitu AcO- adalah ion asetat (CH3CO2-). Secara komersial sebatian ini biasanya tersedia dalam bentuk hidratnya, yang mengandung dua molekul air. Cu2(OAc)4 berwujud pepejal hablur berwarna hijau gelap, sedangkan hidratnya Cu2(OAc)4.2H2O berwarna hijau-kebiruan. Sejak dahulu, beberapa sebatian kuprum asetat digunakan sebagai pembunuh kulat dan pigmen hijau. Kini Cu2(OAc)4 digunakan dalam sintesik takorganik dan sebagai mangkin mahupun agen pengoksidaan pada sintesik organik. Sebatian ini memiliki warna nyala biru-hijau.

Sintesis[sunting | sunting sumber]

Dulunya sebatian ini disintesis di tempat pembuatan wain, kerana asid asetat merupakan salah satu produk sampingan penapaian. Namun kaedah ini menghasilkan produk yang tidak begitu tulen. Kuprum (II) asetat dengan ketulenan tinggi dapat disintesiskan di makmal melalui serangkaian tindak balas (3 tahap). persamaan keseluruhannya adalah sebagai berikut:

CuSO4 + 4 NH3 + 4 CH3COOH → Cu2(OAc)4(H2O)2 + (NH4)2SO4

(CuSO4 (kuprum sulfat) juga biasanya terdapat dalam bentuk hidrat)

Tindak balas ini menghasilkan kuprum (II) asetat dalam bentuk hidrat. Untuk mendehidrasinya, hasil reaksi dipanaskan dalam suhu 100 °C di vakum. [1]

Cu2(OAc)4.2H2O → Cu2(OAc)4 + 2 H2O

Penggunaan dalam sintesis kimia[sunting | sunting sumber]

Kuprum (II)asetat lebih banyak digunakan sebagai mangkin atau agen pengoksidaan dalam sintesis-sintesis organik. Contohnya Cu2(OAc)4 digunakan untuk memasangkan dua alkuna terminal (alkuna yang memiliki ikatan rangkap 3 pada atom C hujung) untuk membentuk 1,3-diuna[2]:

Cu2(OAc)4 + 2 RC≡CH → 2 CuOAc + RC≡C-C≡CR + 2 HOAc

Reaksi tersebut berjalan melalui zat antara kuprum (I) asetilida (Cu2C2), yang kemudian teroksida menjadi kuprum (II) asetat menghasilkan radikal asetilida.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Struktur dwinukleus kuprum (II)asetat

Molekul Cu2(OAc)4.2H2O memiliki struktur "lampion Tiongkok", seperti halnya Rh(II) dan Cr(II) tetraasetat.[3][4] Atom kuprum terikat pada satu atom oksigen dari tiap asetat dengan panjang 1.97 Å (angstrom). Bola koordinasi ini dilengkapi dengan dua ligan air, dengan jarak Cu-O 2.20 Å. Dua atom kuprum yang memiliki 5 koordinasi berjarak 2.65 Å, yang hampir sama dengan jarak Cu-Cu pada logam kuprum.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. S. J. Kirchner, Q. Fernando "Copper(I) Acetate" Inorganic Syntheses, 1980, volume XX, hal. 53-55.
  2. P. Vogel, J. Srogl "Copper(II) Acetate" in "EROS Encyclopedia of Reagents for Organic Synthesis" Copper(II) Acetate, 2005 John Wiley & Sons.
  3. van Niekerk, J. N. Schoening, F. R. L. “X-Ray Evidence for Metal-to-Metal Bonds in Cupric and Chromous Acetate” Nature 1953, volume 171, pages 36-37. doi:10.1038/171036a0.
  4. Wells, A.F. (1984). Structural Inorganic Chemistry, Oxford: Clarendon Press.