Kurt Zouma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kurt Zouma
Maklumat peribadi
Nama penuh Kurt Happy najib razak Zouma[1]
Tarikh lahir (1994-10-27) 27 Oktober 1994 (umur 29)
Tempat lahir Lyon, Perancis
Ketinggian 1.90 m (6 ka ​2 1316 in)
Posisi permainan Pertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
West Ham United
Nombor 4
Kerjaya remaja
2003–2009 Vaulx-en-Velin
2009–2011 Saint-Étienne
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Saint-Étienne B 10 (2)
2011–2014 Saint-Étienne 51 (4)
2014–2021 Chelsea 99 (6)
2014Saint-Étienne (pinjam) 12 (0)
2017–2018Stoke City (pinjam) 34 (1)
2018–2019Everton (pinjam) 32 (2)
2021– West Ham United 55 (4)
Pasukan kebangsaan
2010 Perancis B16 6 (0)
2010–2011 Perancis B17 17 (1)
2012 Perancis B19 1 (0)
2013– Perancis B20 9 (1)
2013– Perancis B21 7 (1)
2015– Perancis 11 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:22, 16 November 2021 (UTC)

Kurt Happy Zouma (lahir 27 Oktober 1994) merupakan pemain bola sepak Perancis yang bermain sebagai pertahanan tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United dan pasukan kebangsaan Perancis.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Saint-Étienne[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Lyon, Zouma telah bermain untuk Saint-Étienne sejak tahun 2009. Pada 2 April 2011, Zouma menandatangani kontrak professional pertamanya dan bersetuju dengan perjanjian tiga tahun.[2] Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke pasukan senior oleh pengurus, Christophe Galtier menjelang musim 2011-12. Zouma membuat penampilan professional pertamanya pada 31 Ogos 2011 ketika perlawanan Coupe de la Ligue menentang Bordeaux. Beliau bermain keseluruhan perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 3–1 kelabnya.[3]

Pada 7 November 2013, Zouma telah digantung was 10 perlawanan seleps kekasaran ke atas pemain Sochaux, Thomas Guerbert yang menyebabkan kaki kanannya patah dan buku lalinya terkehel.[4]

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2014, Zouma menyertai Chelsea dengan yuran dipercayai sekitar £12 juta (€14.6 juta). Beliu kekal di Saint-Étienne secara pinjaman untuk baki musim 2013–14.

Zouma pertama kali bermain untuk Chelsea sebagai pemain pertukaran ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Wycombe Wanderers. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea ketika perlawanan persahabatan menentang Olimpija yang berakhir dengan kemenangan 2–1, pada 27 Julai 2014.[5] Beliau telah diberi jersi nombor 5, yang sebelum ini dipakai oleh Michael Essien.[6]

Pada 24 September, Zouma membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk Chelsea, ketika kemenangan 2–1 menentang Bolton Wanderers semasa pusingan ketiga Piala Liga.[7]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Zouma merupakan pemain antarabangsa belia Perancis. Beliau telah mewakili negaranya untuk pasukan bawah-16 dan bawah-17. Beliau bermain untuk pasukan bawah-17 ketika Kejohanan Eropah B-17 UEFA 2011 dan Piala Dunia B-17 FIFA 2011. Pengurus Perancis, Didier Deschamps menyatakan dalam satu temu bual pada bulan April 2013 yang beliau melihat Zouma sebagai berpotensi untuk menjadi kapten pasukan Perancis pada masa hadapan.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Saint-Étienne

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Zouma mempunyai seorang abang, Lionel, yang juga merupakan seorang pemain bola sepak professional.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 February 2014. m/s. 9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-16. Dicapai pada 9 February 2014.
  2. ^ "Kurt Zouma signe pro à Saint-Etienne". Foot Transferts (dalam bahasa French). 2 April 2011. Dicapai pada 31 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Saint-Étienne v. Bordeaux Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 31 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-16. Dicapai pada 31 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ http://www.goal.com/en/news/90/france/2013/11/07/4391643/zouma-given-10-match-ban-following-horror-tackle
  5. ^ "Match report: NK Olimpija Ljubljana 1 Chelsea 2". Chelsea.com. 27 July 2014. Dicapai pada 27 July 2014.
  6. ^ "Squad number changes". Chelsea F.C. Dicapai pada 15 August 2014.
  7. ^ "Chelsea 2-1 Bolton". BBC Sport. 24 September 2014. Dicapai pada 24 September 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]