Kurtosis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kurtosis, dalam statistik dan teori kebarangkalian, adalah kedataran lengkung taburan kekerapan.[1] Ia berasal daripada perkataan Greek iaitu κυρτός, kyrtos atau kurtos, bermaksud lengkung yang memuncak). Ia bertujuan mengukur 'puncak' bagi taburan data sampel. Kurtosis positif (leptokurtik) menunjukkan banyak puncak berbanding jangkaan pada taburan normal, manakala kurtosis negatif (platikurtosis) menunjukkan kurang puncak berbanding taburan kenormalan. 0 pula menunjukkan bahawa puncak seperti yang dijangkakan untuk taburan normal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kurtosis. PRPM.