Kuswadinata
| Kuswadinata | |
|---|---|
| Lahir | Kuswadi bin Bujang 8 September 1938 Jalan Thomson, Singapura |
| Meninggal | 16 Februari 2013 (umur 74) Ampang, Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Terkenal kerana | Antara Dua Darjat |
| Pasangan | Kamariah |
| Anak | 4 orang |
Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bin Bujang adalah seniman filem Melayu. Beliau dilahirkan pada 8 September 1938 di Jalan Thomson Singapura. Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantan seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau, Negeri Sembilan.
Beliau juga merupakan bekas rakan rapat kepada Syed Mehdzar yang kini tingal di Subang Jaya. Hubungan yang rapat ini amat berkekalan sehingga sekarang dan keluarga Kuswadinata dan Syed Mehzar saling berhubungan sehingga beliau sendiri amat rapat dengan anak sulong Syed Mehzar iaitu Syed Mussidiq.[perlu rujukan]
Isi kandungan |
Penglibatan dan kerjaya seni [sunting]
Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film Production, Jalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah Datuk L. Krishnan dan Datuk Mahmud Jun pada tahun 1957. Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman Datuk S. Roomai Nor. Beliau melakonkan watak seorang pembunuh. Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama Tan Sri P. Ramlee, Saadiah dan Ahmad Nesfu pada tahun 1959. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan.
Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin, Sarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1961.
Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure, Pretty Girls dan Beyond Rangoon.
Hingga hari tuanya, beliau aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.
Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam filem Abang.
Lain-lain filem lakonan beliau ialah KLU (1999), Kaki Bakar (1995), Tarik-Tarik (1993), Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak (1980an), Kaca Permata, Aku Mahu Hidup (1970) dan Jalang (2008).
Filem lakonan [sunting]
- Gentayangan - (Pelakon Pembantu)
- Apa Tengok-Tengok - (Pelakon Tambahan)(2011)
- Sini Ada Hantu - (Pelakon Pembantu) (2011)
- Janin - (Pelakon Utama) (2010)
- 2 Alam - (Pelakon Pembantu) (2010)
- Kanta Serigala - (Artis Jemputan) (1991)
- Jalang - (Pelakon pembantu) (2009)
- Lembing Awang Pulang Ke Dayang - (Pelakon Pembantu) (2009)
- Kala Malam Bulan Mengambang - (Pelakon Pembantu) (2008)
- 1957 Hati Malaya - (Artis Jemputan) (2007)
- GK3 The Movie - (Artis Jemputan) (2005)
- Di Ambang Misteri - (Pelakon Pembantu)(2004)
- Lang Buana - (Pelakon Pembantu) (2003)
- The Deadly Disiple - (Artis Jemputan) (2001)
- Kaki Bakar - (Pelakon Pembantu) (2001)
- Batu Durhaka - (Pelakon Pembantu) (1962)
- KLU - (Pelakon Pembantu) (1999)
- Tarik-Tarik - (Pelakon Pembantu) (1993)
- Sikit Punya Gila - (Pelakon Pembantu) (1982)
- Jejak Bertapak - (Pelakon Utama) (1981)
- Serampang Tiga - (Pelakon Utama) (1981)
- Detik 12 Malam - (Pelakon Pembantu) (1979)
- Satu Titik Di Garisan - (Pelakon Utama) (1973)
- Kacha Permata - (Pelakon pembantu) (1966)
- A-Go-Go '67 - (Pelakon pembantu) (1967)
- Kasih Tanpa Sayang - [Pelakon utama] [1963]
- Ibu Mertuaku - (Pelakon Pembantu) (1962)
- Seniman Bujang Lapok - (Pelakon Tambahan) (1961)
- Indera Bangsawan - (Pelakon Utama) (1961)
- Antara Dua Darjat - (Pelakon Pembantu) (1960)
Anugerah dan pencapaian [sunting]
- Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 (2007).
Meninggal dunia [sunting]
Pada 16 Februari 2013 beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat masalah buah pinggang dan kanser usus.[1]
Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zohor pada hari ahad 17.2.2013.
Rujukan [sunting]
- ↑ Veteran Actor Kuswadinata Dies :: Bernama.com 16 Feb 2013.
Pautan luar [sunting]
- Kuswadinata Cinema Malaysia