Kusyari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kushari dihidangkan di sebuah restoran di Kaherah.

Kusyari (Arab Mesir: كشري kusyarī) ialah sejenis makanan kebangsaan Mesir. Kusyari ialah campuran nasi, makaroni, kacang dal, kacang kuda dan bawang goreng, biasanya disediakan di dalam mangkuk dan dihidangkan bersama cuka, salsa tomato dan sambal cili. Makanan ini boleh didapati di restoran-restoran yang menjualnya secara khusus, dengan harga yang amat murah.

Beberapa jenis makanan lain yang biasanya dijual di restoran kusyari ialah puding nasi (b. Arab Mesir: رز باللبن ruzz bil-laban) dan tajin (b. Arab: طاجِن ṭājīn).