Kyūshū

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kyushu)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kyūshū
Nama asli: 九州
Japan kyushu map small.png
Kawasan Kyūshū di Jepun dan wilayah-wilayah semasa di pulau Kyūshū
Geografi
Lokasi Asia Timur
Kepulauan Kepulauan Jepun
Luas 35,640 km2 (13,760 sq mi) (37th)
Titik tertinggi Kujū-san[1] (1,788 m or 5,866 ka)
Negara
Wilayah Fukuoka, Kagoshima, Kumamoto, Miyazaki, Nagasaki, Ōita, Saga
Bandar raya terbesar Fukuoka
Demografi
Jumlah penduduk 13,231,995
Kepadatan 332.38/km2 (860.9/sq mi)
Kelompok etnik Jepun

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kyūshū (九州 Sembilan Wilayah?) ialah pulau ketiga terbesar di Jepun, dan terletak paling barat daya di kalangan empat pulau utama negara tersebut. Kyūshū juga pernah dikenali dengan nama Kyūkoku (九国?, Sembilan Negeri), Chinzei (鎮西 Barat Tanah Damai?), dan Tsukushi-no-shima (筑紫島?, Pulau Tsukushi). Pulau Kyūshū dan pulau-pulau sekelilingnya tergolong dalam rantau bersejarah Saikaidō (西海道?, Litar Laut Barat).

Pulau Kyūshū diduduki oleh 13,231,995 orang (2006) dan berkeluasan 35,640 square kilometres (13,760 sq mi).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pulau yang bergunung-ganang ini merupakan tempat terletaknya gunung berapi paling hidup di Jepun, iaitu Gunung Aso yang berukuran 1,591 meters ([convert: unit mismatch]). Selain itu, banyak lagi juga tanda-tanda kegiatan tektonik yang lain seperti berbilang kawasan kolam air panas, khususnya di Beppu di pantai timur, dan juga di sekeliling Gunung Aso, di tengah-tengah Kyūshū.

Nama Kyūshū berasal dari sembilan wilayah kuno Saikaidō yang terletak di pulau ini, iaitu Chikuzen, Chikugo, Hizen, Higo, Buzen, Bungo, Hyūga, Osumi, dan Satsuma.

Kini, Kawasan Kyūshū ( 九州地方 kyūshū-chihō) merupakan sebuah bahagian pentadbiran yang terdiri daripada tujuh wilayah di pulau Kyūshū dan juga Wilayah Okinawa di selatan:

Kyūshū ialah pulau ke-37 terbesar di dunia, iaitu lebih kecil berbanding Spitsbergen tetapi lebih besar daripada New Britain dan Taiwan. Pulau ini juga yang ke-13 teramai penduduk di dunia, iaitu kurang berbanding Borneo atau Sulawesi, tetapi melebihi bilangan penduduk Salsette atau Cuba.

Ekonomi dan iklim[sunting | sunting sumber]

Peta kawasan Kyūshū dengan wilayah-wilayahnya.

Sesetengah kawasan di Kyūshū beriklim subtropika, khususnya wilayah Miyazaki dan Kagoshima. Hasil pertanian utamanya ialah beras, teh, tembakau, keledek, dan kacang soya; tidak lupa juga hasil sutera. Pulau ini terkenal kerana pelbagai jenis hasil tembikar, termasuk Arita, Imari, Satsuma, dan Karatsu. Perindustrian berat seperti kimia, kereta, semikonduktor dan pemprosesan logam, tertumpu di bahagian utaranya, sekitar Fukuoka, Kitakyushu, Nagasaki, dan Oita.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Universiti dan maktab utama di Kyūshū:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 33°00′N 131°00′E / 33.000°U 131.000°T / 33.000; 131.000