L3/35

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carro Armato L3/35
JenisKereta kebal kecil
Tempat asalItali Itali
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatanfrom 1935
Digunakan olehItali, Austria, Brazil, Bulgaria, China, Croatia, Hungary, Sepanyol Nasionalis, dll
PerangPerang Saudara Austria, Perang China-Jepun Kedua, Perang Itali-Abyssinia Kedua, Perang Saudara Sepanyol, Perang Slovak–Hungary, Penjajahan Albania, Perang Inggeris-Iraq, Perang Dunia Kedua
Sejarah pengeluaran
Dihasilkan1933–36
Jumlah dibinacirca 2,000–2,500
AnekaL3/33, L3/38, L3 cc, L3 Lf,
Spesifikasi
Berat3.2 tan
Panjang3.17 m (10 ft 5 in)
Lebar1.4 m (4 ft 8 in)
Tinggi1.3 m (4 ft 3 in)
Krew2 (komander dan pemandu)

Armor6–14 mm
Senjata
pertama
2 mesingan 8 mm
EnjinFIAT-SPA CV3 sejukkan air
43 hp (32 kW)
Sistem ampaianbogie
Jarak
operasi
125 km (78 bt)
Kelajuan42 km/j (26 bsj) jalan

L3/35 atau Carro Veloce CV-35 merupakan kereta kebal Itali yang digunakan sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Sungguhpun dikelaskan sebagai kereta kebal ringan oleh Tentera Itali, tatarajahnya tanpa turet, berat dan kuasa bedilannya menjadikannya lebih kepada kereta kebal kecil semasa.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

L3/35 telah dibangunkan dari empat kereta kebal kecil Carden Loyd Mark VI yang diimport dari Britain pada tahun 1929. Kenderaan pertama dibangunkan oleh Itali dari kereta kebal kecil Carden Lloyd telah dinamakan sebagai CV-29; "CV" merupakan ringkasan Carro Veloce (bahasa Itali: "kereta kepal pantas") dan "29" merupakan tahun penerimaan. Hanya dua puluh satu CV-29 telah dibina.

L3/33[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1933, reka bentuk baru telah dibangunkan secara bersama oleh Syarikat Fiat dari Turin dan Syarikat Ansaldo dari Genoa. Kenderaan ini diperkenalkan sebagai Fiat-Ansaldo CV-33. Sekitar 300 CV-33 telah dibina.

L3/35[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1935, model CV-33 yang dipertingkatkan sedikit telah diperkenalkan sebagai CV-35. Perbezaan utama adalah perisainya dipasak ("bolted") dan bukannya dipetri dan mesingan 6.5 mm tunggal digantikan dengan mesingan berkembar 8 mm. Kebanyakan CV-33 terdahulu dipertingkatkan bagi memenuhi spesifikasi CV-35. Pada tahun 1938, kenderaan ini dinamakan semula sebagai L3/33 ("L" for Leggero atau 'ringan') dan L3/35.

L3/38[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1938, pembangunan lanjut bagi kenderaan L3 dicipta dan dinamakan sebagai L3/38. Kelihatannya tidak banyak kenderaan ini dibina atau memasuki perkhidmatan. L3/38 memiliki sistem gantungan torsion bar dan mesingan Madsen 13.2 mm tunggal.

Tatarajah[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal kecil L3/35 Tentera Brazil - pandangan belakang.

L3/35 adalah kenderaan dua orang berperisai ringan biasanya memiliki senjata mesingan 8 mm berkembar, sungguhpun variasi dibangunkan dengan pelbagai persenjataan lain. Selain daripada bilangan dan jenis mesingan, tidak banyak perbezaan antara L3/35 dan L3/33. Kedua-dua memiliki ciri pembinaan rivet dan petri.

Komander/jurumeriam kenderaan duduk di sebelah kiri dan pemandu duduk di sebelah kanan. Enjinnya dipasang melintang [1] di belakang. Radiator bulat dipasang belakang enjin. Transmisi disambung kehadapan kepada pemanduan akhir. Sistem gantungan jenis Vickers-Carden-Lloyd memiliki dua bogie tiga roda pada spring daun dan satu roda kekal pada setiap sebelah. Di bahagian atas trek berantai melalui pemegang rel kayu Acacia.

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Sejarah pertempuran[sunting | sunting sumber]

L3/35 Itali di Balkan, Ogos 1943.
L3/35 Itali di Albania, September 1943.
Gambaran dekat L3/35 Itali di Balkan, Ogos1943.

Tambahan kepada beraksi dalam Perang Italo-Abyssinian Kedua, Perang Sino-Jepun Kedua, Perang Saudara Sepanyol, Perang Slovak-Hungarian, dan Perang Anglo-Iraqi, L3 digunakan hampir dikesemua tempat di mana tentera Itali bertempur semasa Perang Dunia Kedua. L3 boleh didapati dalam sempadan Itali/Perancis, Afrika Utara, Afrika Timur Itali, Kempen Balkan, USSR, Sicily, dan Itali.

Sejarah tempur L3 semasa tempoh antara perang tidak begitu bagus. Sekurang-kurangnya dua keadaan ketika Itali menjajah Ethiopia, L3 dimusnahkan oleh serangan infantri pukal. Di Sepanyol, L3 kepunyaan Kor Tentera Sukarela (Corpo Truppe Volontarie, atau CTV) jauh ketinggalan berbanding kereta kebal T-26 dan BT-5 yang dibekalkan kepada Pasukan Republik by the Soviet Union. Fortunately for the Hungarians, the L3s were not a factor in their brief war with Slovakia.

Pada 10 Jun 1940, apabila Itali menyertai Perang Dunia Kedua, Tentera Diraja Itali (Regio Esercito) memiliki hanya sekitar seratus kereta kebal serdahana M11/39 dalam dua batalion kereta kebal. kereta kebal kecil L3 masih melengkapi kesemua tiga division perisai Itali, mereka meletakkan batalion kereta kebal dalam dividion bermotor, mereka melengkapi skuardon kereta kebal ringan dalam setiap division "Fast" (Celere), dan mereka memberi kelengkapan pelbagai batalion kereta kebal bebas.

Pada 22 March 1941, dua L3 Iraq dilaporkan telah dimusnahkan berhampiran Fallujah semasa Perang Anglo-Iraqi.


Variasi lain[sunting | sunting sumber]

Prototaip kenderaan jambatan dan kenderaan pemerintah beradio juga telah dibangunkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Franco, Lucas Molina (2005). Panzer I: El inicio de una saga (dalam bahasa Spanish). Madrid, Spain: AF Editores. m/s. 64. ISBN 84-96016-52-8.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Externalimage