La Amistad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satu lukisan pada tahun 1840 yang menggambarkan pemberontakkan Amistad.

La Amistad (Sepanyol: "Persahabatan") merupakan sebuah kapal terkenal yang menjadi tempat kejadian satu pemberontakkan oleh tawanan Afrika yang diangkut daripada Havana ke Puerto Principe, Cuba. La Amistad adalah sebuah skuner bertiang dua yang dibina di Amerika Syarikat pada kurun ke-19. Kapal ini dimiliki oleh seorang warganegara Sepanyol yang tinggal di Cuba. Tawanan Afrika telah mengambil alih kapal pada bulan Julai 1839 dan ditangkap di luar pantai Long Island oleh USS Washington. La Amistad menjadi satu simbol pergerakan penghapusan perhambaan. Kapal ini diambil alih oleh Amerika Syarikat, menyebabkan satu kes Mahkamah Agung Amerika Syarikat (1841) ke atas status tawanan Afrika, di sebabkan pengimportan hamba ke dalam Amerika Syarikat telah dilarang sejak tahun 1808.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Unidentified Young Man". World Digital Library. 1839-1840. Diperolehi pada 2013-07-28. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]