La Usurpadora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
La Usurpadora
Genre Drama
Selang Masa 40-50 minit
Penerbit Salvador Mejía
Pengarah Beatriz Sheridan
Karina Duprez
Dibintangi Gabriela Spanic
Fernando Colunga
Chantal Andere
Negara Asal Mexico
Penyiar Asal XEW-TV, Televisa
Penyiar Malaysia ntv7
Tempoh Penyiaran 5 Jun - 29 Oktober 2001
26 Mei 2002 (Más Allá de La Usurpadora)
Bilangan Episod 102 + 1

La Usurpadora (Penyamar) merupakan salah satu telenovela romantis dari Mexico yang diterbitkan oleh Salvador Mejia Alejandre dan mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia malah mengalahkan drama TV terbitan Hollywood di Amerika Syarikat. Telenovela ini diterbitkan dan disiarkan di XEW-TV, salah satu saluran televisyen bernaung dibawah Televisa, pada tahun 1998 dan menaikkan nama Gabriela Spanic sebaris dengan pelakon Mexico yang lain termasuk bintang drama TV Mexico Maria Mercedes iaitu Thalia.

Drama bersiri televisyen ini dikenalpasti adalah drama terakhir dilakonkan oleh Libertad Lamarque, salah seorang pelakon Amerika Latin terkenal, yang menjadi watak sebagai nenek Abuela Piedad Bracho, sebelum berlakon hanya satu episod dalam Carita de ángel, dan kini beliau telah meninggal dunia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler La usurpadora menceritakan kisah antara dua adik beradik kembar. Paulina Martinez merupakan perempuan miskin yang baik hati yang tinggal di Cancún bersama ibunya yang sedang melarat sakit. Paola pula merupakan seorang isteri jejaka ahli perniagaan yang tampan dan dan ibu tiri kepada anak-anaknya. Paola mempunyai cita-cita tinggi dan meminati kemewahan serta keseronokan malah melindungi kezaliman dan kepura-puraannya di balk kecantikan yang dimilikinya.

Pertemuan kali pertama Paola dan Paulina membuatkan Paola terfikir untuk menyuruh Paulina mengambil alih tempatnya di rumah sementara dia berfoya-foya. Walau bagaimanapun, Paulina menolak yang membuatkan Paola terdesak untuk membuat perancangan untuk memerangkapnya. Pada suatu malam, Paola memasukkan barang kemasnya ke dalam beg Paulina dan menuduhnya mencuri. Gara-gara itu, Paulina diberhentikan kerja dan dibawa ke muka pengadilan tetapi Paola mengambil alih untuk meneruskan rancangannya dengan mengugut Paulina sama ada menurut perintahnya atau dimasukkan ke dalam penjara. Paulilna terpaksa akur kehendak Paola dan dia mempelajari segala-galanya tentang Paola sebelum pergi menyamar di rumah keluarga Bracho.

Paulina hanya pergi buat sementaratetapi dia mendapati Paola amat dibenci oleh ahli keluarganya sendiri. Kehadiran Paola membuatkan orang sekelilingnya syak dan mula berubah pendangan tentang "Paola yang baru". Kehadiran 'Paola baru' yang bertentangan dengan sikap Paola malah membantu nenek Piedad pulih dari ketagihan arak yang disebabkan 'Paola lama' membuatkan nenek Piedad yakin 'Paola yang baru' itu bukanlah Paola yang dikenali sebelum itu. Identiti Paulina hampir diketahui malah dia berjaya melarikan diri dari rumah keluarga Bracho sebaik sahaja nenek Piedad mengetahui yang dia bukanlah Paola yang dikenalinya.

Konflik cerita ini berterusan apabila Paola dan Paulina keluar masuk rumah Bracho dan Paola meneruskan penipuan dan helahnya terhadap keluarga Bracho hinggakan kes mereka dibawa ke muka pengadilan dan Paulina dipenjarakan. Paulina yang telah memiliki segala yang Paola kecapi dahulu seperti kasih sayang dan kepercayaan keluarga Bracho membuatkan Paola marah dan berdendam dengannya. Walau bagaimanapun, Paulina tidak ingin semua itu memandangkan dia telahpun mengetahui daripada ibunya yang Paola adalah kakak kembarnya yang hilang lalu membuatkannya serba salah untuk menerima layanana baik itu malah tidak langsung memarahi dan berdendam dengan Paola. Plot cerita dan konflik berlarutan dengan babak saspens dan merangkumi rempah kehidupan seperti kekeluargaan, cinta, harapan, permusuhan, dan banyak lagi. Seperti biasa, cerita ini membawa kepada penamatan yang bahagia setelah banyak kesukaran berlaku dan kecemburuan berleluasa.

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

Muzik bagi filem ini dilakukan oleh José Antonio 'Potro' Farías yang memberikan kesan kepada setiap babak. Lagu temanya pula bertajuk yang sama iaitu "La Usurpadora" dinyanyikan oleh Pandora. Lagu tersebutu sedikit sebanyak menceritakan kisah antara Paola dan Paulina dan keadaan ketika Paulina mula-mula menjadi 'ahli keluarga' Bracho.

La Usurpadora Perampas
Un día llegaré Suatu hari kutiba
Con un disfraz Dengan samaran
Distinto el color Bezanya warna
La misma faz Wajah yang serupa
Te desarmaré Akan ku menundukkanmu
Ni cuenta te darás Walaupun dirimu tidak rela
Para entregar te el corazón Untuk menyerahkan hati
Despacio te iré amando mas Lambat laun, kau membuatkanku bercinta jua
Y te cuidaré en el bien y el mal Dan kau akan dijaga dalam baik dan buruk
El cielo te daré Syurgamu akan terurus
Tu abrigo yo seré Akan ku jadi pelindungmu
A ti me entregaré Lalu kumenyerah
La usurpadora Perampas
Esperando por tu amor Kudambakan kasihmu
La usurpadora Perampas
Me haces daño corazón Kumeruntunkan hati
Descubre me Kenali diriku
Recuerda me Ingatilah aku
La usurpadora Perampas
Yo... Itulah aku...

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Watak Peranan
Gabriela Spanic Paola Bracho / Paulina Martinez Penyamar
Isteri Carlos Daniel Bracho
Fernando Colunga Carlos Daniel Bracho Cucu kedua Piedad Bracho
Limbertad Lamarque Nenek Piedad Orang tua Bracho
Pengerusi Kilang Bracho
Chantal Andere Estefania Bracho Anak angkat keluarga Bracho
Isteri Willy Montero
Juan Pablo Gamboa Willy Montero Suami Estefania yang berhasrat ingin merampas harta Bracho
Dominika Paleta Gema Duran Pesaing Paola untuk merampas Carlos Daniel
Jessica Jurado Patricia Bracho Isteri Rodrigo
Marcelo Buquet Rodrigo Bracho Abang Carlos Daniel
Mario Cimarro Luciano Alcantara Salah satu kekasih Paola
Enrique Lizalde Alessandro Farrina Salah satu kekasih Paola
Miguel de León Douglas Maldonado Salah satu kekasih Paola
Gioran D'Angelo Donato D'Angelli Salah satu kekasih Paola
Arturo Peniche Edmundo Aerrano Peguambela Paulina
Kekasih lama Gema Duran
Alejandro Ruiz Leandro Mandur Kilang Bracho
Kekasih Veronica
Suami Viviana
Anastasia Viviana Bekas kekasih Willy
Isteri Leandro
Adriana Fonseca Veronica Soriano Bekas kekasih Leandro
Kekasih Osvaldo
Antara pengurus Kilang Bracho
Paty Diaz Lalita Pembantu rumah
Magda Guzmán Fidelina Ketua pembantu rumah
Rakan Nenek Piedad
Ibu kandung Estefania
Ninón Sevilla Cachita Tukang masak rumah keluarga Bracho
Sergio Miguel Carlitos Bracho Anak sulung Carlos Daniel
Digelar "Grumete" oleh Chabela Rojas
Maria Solares Lisette Bracho Anak kedua Carlos Daniel
Emiliano Lizárrage Pedro Pemandu bagi keluarga Bracho
Renata Flores Estela Pembantu Estefania untuk mengintip Willy
Tito Guizar Panchito Tukang kebun rumah keluarga Bracho
Sylvia Derbez Dona Chabela/Isabel Rojas Penjaga Grumete ketika sesat
Rene' Munos El Mojarras Jiran Chabela
Silvia Caos Cenobia Rojas Kakak Chabela
Meche Barba Abigail Ibu pembaptisan Viviana
Nuria Bages Paula Martinez Ibu kandung Paulina dan Paola
Andrea Garcia Celia Aronso Rakan Paulina di Cancun
Antonio Osvaldo Bekas kekasih Paulina
Kekasih Veronica
Irán Eory Lourdez Bekas Isteri Osvaldo
Miguel Córcega Braulio Pembantu Maldonado
Jaime Garza Merina Polis
Mario Caballido Amador Polis
Humberto elizando Silvano Pina Warden penjara wanita
Azela Robinson Elvira Jururawat Paola di Clinica San Lorenzo
Maria Luisa Alcala Filomena Tamiyo Jiran Paulina di Cancun
Laura Zapata Fiscal Zoraida Zapata Pihak pendakwaraya bagi kes Paulina
Yadira Carrillo Raquel Pengasuh anak Paulina
(Dalam Más Allá de La Usurpadora)
Rebeca Manriquez Tamales Rakan sepenjara Paulina
Javier Herranz Dr. Valera Doktor yang sering melawat keluarga Bracho termasuk Paulina

Produksi[sunting | sunting sumber]

Gabriela Spanic mempunyai kakak kembarnya yang sebenar iaitu Daniela Spanic, seorang model Venezuela yang menjadi pelakon khas dalam drama ini. Daniela Spanic dipanggil oleh pihak produksi untuk berlakon dalam satu babak dimana Paola dan Paulina sedang bergaduh. Walaupun drama ini mempunyai banyak babak yang menggunakan teknik kamera yang profesional, babak kedua-dua kembar ini bergaduh adalah terlalu sukar dengan menggunakan teknik ini.

Gabriela Spanic kemudiannya berlakon dalam drama bersiri yang juga popular di Malaysia, La Intrusa, yang juga hampir sama dengan La Usurpadora, tetapi kedua-dua watak kembar itu adalah watak yang baik.

Más Allá de La Usurpadora[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Más Allá de La Usurpadora atau Lanjutan La Usurpadora merupakan sekuel mini tentang kehidupan Paulina setelah setahun menjadi isteri Carlos Daniel Bracho. Beliau telah dikurniakan cahaya mata yang bernama Paulita. Raquel pula digajikan untuk menjaga anak-anaknya tetapi Raquel mempunyai muslihat yang lain. Raquel, yang sebenarnya menaruh hati dan perasaan secara rahsia kepada Carlos Daniel Bracho, ingin merampas beliau daripada Paulina dengan apa cara sekalipun walaupun ingin membunuhnya. Lebih teruk lagi, Paulina didapati mengidap kanser yang menyebabkan hayatnya hanya tinggal kurang enam bulan sahaja lagi. Hal itu membuatkannya sedih lantas terus mencari penggantinya setelah dia tiada.

Tentang penyakitnya, Paulina berusaha untuk merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan keluarga, kecuali nenek Abuela Piedad Bracho, yang berkeras supaya perkara ini perlu diketahui oleh seluruh ahli keluarga. Setelah Carlos Daniel Bracho dapat mengenalpasti penyakit Paulina, beliau menenangkan Paulina dan meminta untuk melakukan yang terbaik dalam perhubungan bersama sepanjang masa yang beliau ada. Selain itu, Paulina juga dihantui bayangan Paola yang muncul di cermin dan menuduh Paulina merampas identitinya lalu ingin bertemu Paulina di neraka.

Berkenaan Raquel, Raquel menjadi pilihan Paulina dengan menanyakan kepada beliau tentang persetujuan untuk mengahwini Carlos Daniel Bracho sesudah Paulina tiada. Mendengar akan hal itu, Raquel menjadi teruja malah ingin menyebabkan kematian Paulina disegerakan dengan meracunnya.

Kisah ini memberikan penamatan yang gembira di mana keseluruhan keluarga Bracho kembali bersatu termasuk Estefania yang sudah kembali siuman. Paulina pula telah mengetahui yang dia tidak sakit kerana diagnosis kesihatannya telah tertukar dan dia sebenarnya didapati mengandung. Raquel yang ingin meracuni Paulina terkena jerat sendiri apabila dia meminum racun yang diletakkan di dalam gelas Paulina akibat dibuat main oleh Carlitos dan Lisette. Raquel yang menyesal akan perbuatannya telah mendapat keampunan dan beliau pulih seperti sediakala.

Kisah ini hanya mempunyai satu cerita mini yang tiada sambungan dan telah ditayangkan di Malaysia pada hari Sabtu, 26 Mei 2002.