Laban Rata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laban Rata merupakan suatu kawasan perkemahan berbangunan yang dibangunkan pada ketinggian 3,272 meter dari paras laut. Ianya terletak di kawasan lereng Gunung Kinabalu, Sabah, Malaysia. Di Laban Rata para pendaki Gunung Kinabalu dan para pekerja Taman Kinabalu biasanya akan berehat disini selepas seharian mendaki. Laban Rata dilengkapi dengan pelbagai unit bangunan rehat seperti Rumah Rehat Laban Rata dibina dalam satu unit bangunan yang dilengkapi dengan alat pemanas (heater), bilik tidur dorm yang bercadar bersih dan mewah, makanan panas yang dihidang secara bufet, bilik air dan anjung tinjau. Selain itu terdapat juga pondok (hut) lain di Laban Rata seperti Gunting Lagadan Hut, Panar Laban Hut dan Waras Hut.

Laban Rata juga turut menawarkan kemudahan fasiliti seperti tangki simpanan air, helipad, bilik gerakan kecemasan, mesin penjana elektrik dan kemudahan signal telefon bimbit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]