Lacertilia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lacertilia
Julat zaman: Awal Jura – Kini, 199–0Jtl
Kemungkinan rekod Lewat Trias.
Pogona vitticeps
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Superkelas: Tetrapoda
Kelas: Reptilia
Subkelas: Diapsida
Order: Squamata
Suborder: Lacertilia*
Günther, 1867
Famili

Banyak, rujuk Pengelasan.

Taburan semua spesies cicak dan biawak

Lacertilia merupakan suborder yang terdiri daripada sejumlah 5600 spesies[1] reptilia Squamata yang terdapat di semua benua kecuali Antartika, dan juga kebanyakan gugusan pulau di tengah lautan. Suborder ini ditakrifkan sebagai semua ahli Lepidosauria (reptilia yang bertindih-tindih sisiknya) yang bukan Sphenodontia (iaitu tuatara) atau ular, yakni gred evolusi.[2]

Lacertilia, iaitu cicak, biawak dan sebagainya, lazimnya berkaki dan bertelinga luaran, sedangkan ular pula ketiadaan dua sifat tersebut. Akan tetapi, oleh sebab ditakrifkan secara negatif sebagai mengecualikan ular, Lacertilia ketiadaan ciri yang unik sebagai satu kumpulan. Cicak, biawak dan ular berkongsi tulang kuadrat boleh gerak yang membezakan mereka dengan Sphenodontia yang mempunyai tengkorak diapsid yang lebih primitif dan keras. Kebanyakan (bukan semua) cicak dan biawak boleh memutuskan ekornya untuk melarikan diri dari pemangsa, iaitu autotomi. Penglihatan, termasuk penglihatan warna, juga agak berkembang maju bagi kebanyakan haiwan ini yang lazimnya berkomunikasi dengan bahasa gerak-geri atau warna-warni yang cerah pada tubuhnya, di samping secara feromon.

Kepanjangan dewasa spesies-spesies dalam suborder ini adalah sependek beberapa sentimeter seperti sumpah-sumpah seperti Brookesia micra dan cicak seperti Sphaerodactylus ariasae hingga sepanjang 3 m ([convert: unit mismatch]) yang dimiliki oleh biawak Komodo. Yang pupus pula ada yang jauh lebih panjang, misalnya mosasaur akuatik yang mencapai 17 m ([convert: unit mismatch]), dan biawak gergasi Megalania yang dianggarkan menecah 7 m ([convert: unit mismatch]).

Evolusi dan perhubungan[sunting | sunting sumber]

Mosasaur purba Prognathodon

Pemeliharaan tubuh amniot 'reptilia' asas oleh Lacertilia membuat orang senang menganggap sebarang haiwan yang seumpamanya, baik yang hidup mahupun yang pupus, sebagai cicak atau biawak juga. Itu sebenarnya tidak benar kerana Lacertilia sebagai ahli Squamata merupakan sebahagian kumpulan yang ditakrifkan dengan sebaiknya.

Makhluk-makhluk amniot purba dari luaran seakan-akan biawak, tetapi mempunyai tengkorak yang keras dan seakan kotak dengan bukaan untuk mata dan lubang hidung, iaitu keadaan anapsid. Bentuk tengkorak ini dikekalkan oleh tuntung. Anapsid-anapsid purba kemudiannya menimbulkan dua kelompok baru dengan lubang-lubang tambahan pada tengkoraknya untuk membuka ruang untuk dan menambat otot rahang yang lebih besar. Golongan sinapsid yang berfenestra tunggal juga menimbulkan pelikosaur seakan-akan biawak yang merangkumi Dimetrodon, dan terapsid yang merangkumi sinodon dari mana berevolusinya mamalia moden.

Tuatara moden mengekalkan tengkorak lepidosaur asas yang membezakannya dengan Lacertilia walaupun banyak persaman luaran. Squamata, termasuk ular dan semua Lacertilia, meringankan lagi tengkorak dengan menghapuskan margin bawah pada bukaan bawah tengkorak.

Tinggalan fosil terawal yang diketahui akan Lacertilia adalah milik iguania Tikiguania estesi yang ditemui di Bentukan Tiki di India, yang berasal dari peringkat Karnia dalam usia Trias sekitar 220 juta tahun dahulu.[3]

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Di dalam suborder Lacertilia terdapat empat suborder yang umum dikenali, iaitu: Iguania, Gekkota, Amphisbaenia dan Autarchoglossa, dengan "bengkarung buta" dalam famili Dibamidae yang tidak tentu kedudukannya. Biarpun lazimnya terkecuali dari Lacertilia, ular biasanya dikelaskan sebagai klad dengan pangkat suborder yang seumpamanya.[4]

Iguania[sunting | sunting sumber]

Anoles mengawan, Gainesville, Florida

Gekkota[sunting | sunting sumber]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Gekko gecko di Thailand

Suborder Lacertilia (Sauria) – (cicak dan biawak)


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Reptile Database. Retrieved on 2012-04-22
  2. Gibbons, J. Whitfield; Gibbons, Whit (1983). Their Blood Runs Cold: Adventures With Reptiles and Amphibians. Alabama: University of Alabama Press. ms. 164. ISBN 978-0-8173-0135-4. 
  3. Datta, P.M. and Ray, S. (2006). "Earliest lizard from the Late Triassic (Carnian) of India". Journal of Vertebrate Paleontology 26 (4): 795–800. doi:10.1671/0272-4634(2006)26[795:ELFTLT]2.0.CO;2. 
  4. Squamata Oppel, 1811. the Integrated Taxonomic Information System. ITIS.org

Pautan luar[sunting | sunting sumber]