Lactobacillus casei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lactobacillus casei
Yakult, minuman yang mengandungi Lactobacillus casei
Pengelasan saintifik
Alam: Bakteria
Divisi: Firmicutes
Kelas: Bacilli
Order: Lactobacillales
Keluarga: Lactobacillaceae
Genus: Lactobacillus
Spesies: L. casei
Nama binomial
Lactobacillus casei
(Orla-Jensen 1916)
Hansen & Lessel 1971

Lactobacillus casei merupakan satu spesies dari genus Lactobacillus yang terdapat dalam usus dan mulut manusia. Sebagai penghasil asid laktik, ia didapati mampu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik. Spesies lactobacillus ini mampu hidup pada banjaran pH dan suhu yang luas, serta melengkapkan pertumbuhan L. acidophilus, penghasil enzim amilase (enzim pencerna karbohidrat). Ia dikenali kerana mampu meperbaiki sistem pencernaan serta mengurangkan ketidakserasian laktosa dan masalah sembelit.

Aplikasi paling lazim bagi L. casei adalah dalam bidang industri, khususnya bagi pengeluaran produk tenusu. Walau bagaimanapun, sepasukan saintis dari Universiti Simón Bolívar di Caracas, Venezuela mendapati bahawa semasa penggunaan bakteria Lactobacillus casei dalam penapaian semulajadi kacang, kandungan sebatian di dalam kacang tersebut adalah lebih rendah, menyebabkan masalah kembung perut semasa pencernaan.

Lactobacillus casei secara lazimnya adalah spesies dominan bagi bakteria asid laktik bukan pemula (NSLAB) yang wujud semasa pemeraman keju Cheddar, dan, baru-baru ini, jujukan genom lengkap L. casei ATCC 334 sudah boleh didapati. L. casei juga adalah spesies dominan dalam buah zaitun hijau Sicily yang diperam secara semulajadi.[1]

Satu minuman komersial yang mengandungi L. casei strain Shirota didapati dapat menghalang pertumbuhan H. pylori dalam tabung uji. Namun demikian, apabila minuman sama diambil oleh manusia dalam satu percubaan kecil, pembiakan H. pylori hanya berkurangan sedikit, dan trend tersebut tidak begitu ketara secara statistik.[2] Sesetengah L. casei dianggap sebagai probiotik serta berkesan dalam mencegah penyakit patogenik perut dan usus. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sifat tersebut perlu didemonstrasikan pada setiap strain khusus — termasuklah kajian klinikal manusia — untuk disahihkan.[3]

Antara probiotik L.casei yang didokumentasikan secara meluas ialah L. casei DN-114001, dan L. casei Shirota yang telah dikaji secara ekstensif serta boleh didapati secara meluas dalam makanan seperti Yakult.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Randazzo CL, Restuccia C, Romano AD, Caggia C (January 2004). "Lactobacillus casei, dominant species in naturally fermented Sicilian green olives". Int. J. Food Microbiol. 90 (1): 9–14. doi:10.1016/S0168-1605(03)00159-4. PMID 14672826. 
  2. Cats A, Kuipers EJ, Bosschaert MA, Pot RG, Vandenbroucke-Grauls CM, Kusters JG (February 2003). "Effect of frequent consumption of a Lactobacillus casei-containing milk drink in Helicobacter pylori-colonized subjects". Aliment. Pharmacol. Ther. 17 (3): 429–35. doi:10.1046/j.1365-2036.2003.01452.x. PMID 12562457. 
  3. [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Apa Itu Probiotik? - penerangan mengenai probiotik dan bakteria Lactobacilllus casei strain Shirota di laman web rasmi Yakult Malaysia.