Ladang wiki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ladang wiki ialah sejenis pelayan atau kelompok pelayan yang menyediakan peralatan kepada pengguna untuk memudahkan penciptaan dan wiki individu yang bebas. Ladang wiki jangan dikelirukan dengan "keluarga wiki", iaitu istilah yang lebih umum untuk mana sahaja kelompok yang terletak dalam pelayan yang sama.[1]

Sebelum ladang wiki dicipta, sesiapa yang ingin mengendalikan wiki perlu memasang perisian dan menguruskan pelayannya sendiri. Dengan ladang wiki ini, pihak pentadbiran ladang memasang kod wiki teras dalam pelayan sendiri sekali, menyelenggara pelayannya secara pusat, dan menyediakan ruang khusus untuk kandungan setiap wiki individu yang diisikan dalam pelayan itu dengan kod teras kongsian yang melaksanakan fungsi-fungsi setiap wiki.

Tak kira yang komersil atau sebaliknya, ladang wiki disediakan untuk semua pengguna dan komuniti Internet. Sedangkan kebanyakan ladang wiki membenarkan sesiapa sahaja membuka wiki sendiri, namun ada juga yang mengenakan syarat-syarat ketat. Kebanyakan syarikat ladang wiki menjana pendapatan melalui penyisipan iklan, tetapi selalunya menerima pembayaran yuran bulanan sebagai alternatif kepada iklan.

Antara ladang-ladang wiki yang terkemuka pada masa kini ialah Wikia, PBWorks, Wikispaces, Wetpaint dan Wikidot.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]