Lagu Negaraku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Negaraku
نݢاراکو
Coat of arms of Malaysia.svg
Lambang negara Malaysia
Maklumat am
Negara  Malaysia
Penulis Pelbagai (Penulis asal: Saiful Bahri) (25 Ogos 1957)
Penggubah Pierre-Jean de Béranger (31 Ogos 1957)
Diterima pakai 1957
Sehingga kini
Sampel muzik

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

"Negaraku" (Jawi: نݢاراکو) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.

Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.

Sejarah

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.

Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.

Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.

Lirik

Rumi Jawi
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta.
نݢاراکو
تانه تومڤهڽ دارهکو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو
رحمة بهاݢيا
توهن کورنياکن
راج کيت
سلامت برتختا
رحمة بهاݢيا
توهن کورنياکن
راج کيت
سلامت برتختا

Lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sirkus. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.

Peraturan

Peraturan memainkan lagu "Negaraku" adalah termaktub dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Sindiran

Konfrontasi

Ketika Indonesia melancarkan Konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1963, Sukarno selalu menyindir lagu "Negaraku" dengan menyanyikan lagu "Terang Bulan" di majlis-majlis yang beliau hadiri.[perlu rujukan]

Negarakuku

Untuk bacaan lanjut sila ke:

Rencana utama: Wee Meng Chee

Pada tahun 2007, sebuah video di Youtube telah memaparkan sebuah video parodi lagu Negaraku yang dijadikan bahan utama bagi sebuah lagu rap kontroversi bertajuk Negarakuku oleh seorang pelajar Malaysia berkaum Cina bernama Wee Meng Chee yang ketika itu belajar di Taiwan.

Lagu ajukan tersebut mengandungi lirik-lirik berbahasa Cina yang kelihatan menyinggung perasaan orang Melayu umat Islam dan memburuk-burukkan kerajaan. Sungguhpun begitu, namun Wee menafikan adalah niatnya untuk menghina golongan berkenaan, sebaliknya hendak mengajak kaum Cina Malaysia menghayati "keunikan yang ada di negara ini."[1]

Tajuk video Negarakuku mungkin bermaksud "Negaraku-ku", kependekan perkataan -ku merujuk kepada kata ganti nama individu iaitu "Saya" dalam bahasa Melayu. Secara alternatifnya, ia mungkin juga bermaksud Negara kuku dimana "kuku" berbunyi seperti perkataan "cuckoo", bermaksud "gila" dalam bahasa Inggeris. Maka, Negara kuku mungkin bermaksud negara gila. Dalam bahasa Melayu, kuku merujuk kepada binaan keratin protein dibahagian atas kulit dihujung jari. Oleh itu, mana mungkin Wee memaksudkan Negara kuku atau tepat lagi negara dihujung jari. Kuku dalam bahasa Hokkien bermaksud zakar.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar