Lahad Datu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lokasi bandar dan daerah Lahad Datu

Lahad Datu, timur Sabah merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Lahad Datu, semasa pemerintahan Chartered Company, merupakan tempat persinggahan datu-datu dari kesultanan Sulu. Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah. .

Isi kandungan

[sunting] Ekonomi

Lahad Datu merupakan kawasan perdagangan dan pemerintahan, sebelum pembangunan giat dijalankan, Lahad Datu menjalankan perniagaan kelapa dan kopra atau kelapa kering. kini, ekonominya lebih tertumpu kepada penanaman kelapa sawit, selain dari ekonomi lain.

[sunting] Kedudukan

Lahad Datu dari segi geografi, terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau. Ia terletak pada kedudukan latitud 5° 1' Utara dan longitud 118° 19' Timur pada jarak lebih kurang 500 km dari Bandar Utama Sabah iaitu Kota Kinabalu dan berhampiran dengan beberapa tempat seperti Sandakan, Tawau, Kinabatangan, Kunak dan Felda Sahabat. Manakala, keluasan daerah Lahad Datu ialah 6,635.2 km2.

Lahad Datu mudah dikunjungi melalui jalan darat, air mahupun udara. Melalui jalan darat, Lahad Datu mempunyai sistem jalanraya yang menghubungkannya dengan bandar-bandar yang lain.

Jumlah penduduk Lahad Datu setiap tahun meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan (%) iaitu 10.01 bagi tahun 1980-1991 dan 3.10 bagi tahun 1991 – 2000. Manakala bagi jumlah penduduk ialah pada tahun 39,262(1980) , 118,096(1991) , 156,059(2000).

Lahad Datu mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti pelancongan alam sekitar. Kawasan hutan lahad datu yang masih kurang diteroka telah mendorong kerajaan mewujudkan hutan simpan. Antara kawasan menarik yang terletak di sini ialah Hutan Simpan Lahad Datu ,Lembah Danum, Taman Hidupan Liar Tabin dan Gua Madai.

Di dalamnya terletak daerah kecil Tungku.

[sunting] Lapangan terbang

Pada 23 April 2010, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan lapangan terbang baru akan dibina di sini kerana lapangan terbang sedia ada tidak memenuhi piawaian keselamatan lapangan terbang antarabangsa atau 'Aviation Certification and Interoperability Office' (ACIO). Penduduk Lahad Datu kini melebihi 300,000 orang.

Alternatif ialah di Silabukan, kira-kira 25 kilometer dari bandar Lahad Datu. Pilihan lain ialah Sandau, kira-kira 35 kilometer dari bandar Lahad Datu. Silabukan merupakan kawasan ladang kelapa sawit milik agensi kerajaan negeri Sabah dan lebih mudah proses tukar milik dilakukan. Silabukan juga terletak di antara Tungku, bandar Felda Sahabat dan bandar Lahad Datu, berhampiran kawasan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) serta Hutan Simpan Tabin dan dihubungkan dengan sistem jalan raya yang baik.[1]

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain