Laksamana Armada Kesatuan Soviet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksamana Armada Kesatuan Soviet
Admiral flota Sovietskogo Soyuza

Lencana papan bahu (1955-1990)


Bintang Marsyal - Besar

Negara Kesatuan Soviet
Cabang perkhidmatan Bendera tentera laut Kesatuan Soviet Tentera Laut Soviet
Singkatan
Pangkat Pangkat lima bintang
Diperkenalkan Mac 1955
Persamaan
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya Generalisimo Kesatuan Soviet
Pangkat rendah seterusnya

Laksamana Armada (Soviet)

Persamaan pangkat tentera darat Marsyal Kesatuan Soviet

Laksamana Armada Kesatuan Soviet atau Admiral of the Fleet of the Soviet Union (Rusia: admiral flota Sovietskogo Soyuza, aдмирал флота Cоветского Cоюза) ialah pangkat tentera laut tertinggi Soviet Union. Ia setanding dengan pangkat lima bintang NATO (gred OF-10).

Pangkat ini sebahagian besarnya adalah kehormat dan boleh dianggap bersamaan dengan Laksamana Armada di negara-negara lain. Ia secara rasmi telah ditubuhkan oleh Majlis Menteri-Menteri Kesatuan Soviet pada 3 Mac 1955 dan menggantikan pangkat nama yang sama, Laksamana Armada (aдмирал флота) yang bersamaan dengan Marsyal Kesatuan Soviet sejak tahun 1945. Pemegang berhak menerima Bintang Marsyal.

Setelah kewujudannya, hanya dua laksamana armada, Nikolai Kuznetsov dan Ivan Isakov, telah "dicadangkan" untuk pangkat ini. Kurang daripada setahun kemudian Kuznetsov telah diturunkan pangkat kepada Laksamana Madya atas sebab-sebab politik pada tahun 1956 dan Isakov kekal satu-satunya Laksamana Armada Kesatuan Soviet sehingga kematiannya pada tahun 1967. Penggantinya, Laksamana Sergei Gorshkov, kemudian menjadi laksamana armada ketiga dan terakhir Kesatuan Soviet. Gorshkov meninggal dunia pada tahun 1988 dan tidak ada perlantikkan lagi telah dibuat sebelum kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

Dari tahun 1962 dan seterusnya, ia adalah satu gred lebih tinggi daripada Laksamana Armada, yang telah diwujudkan semula sebagai pangkat pertengahan, setaraf dengan Jeneral Ketumbukan.

Senarai Admiral of the Fleet of the Soviet Union[sunting | sunting sumber]

  • Nikolai Kuznetsov (1902–74); dilantik 3 Mac 1955; diturunkan pangkat 17 Februari 1956; dinaikkan semula selepas mati 26 Julai 1988
  • Ivan Isakov (1894–1967); dilantik 3 Mac 1955
  • Sergei Gorshkov (1910–88); dilantik 28 Oktober 1967

Lihat juga[sunting | sunting sumber]