Laxmana Do Re Mi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Laksamana Do Re Mi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Laksamana Do Re Mi
Pengarah P. Ramlee
Pengarang Lakon layar:
Sinematografi Hitam-putih
Mula ditayang 1972
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Laksamana Do Re Mi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1972. Filem Laksamana Do Re Mi diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Laksamana Do Re Mi diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 1972.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Filem Laksamana Do Re Mi (atau diterbitkan sebagai Laxmana Do Re Mi) merupakan sebuah filem terakhir P. Ramlee terbitan Studio Merdeka. Ia merupakan filem hitam-putih dan diarah oleh P Ramlee sendiri.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini berkisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada kerja dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buluh Betung. Puteri tersebut mengurniakan tiga ganjaran untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dikehendaki. Re pula mendapat teropong sakti yang mampu melihat mana-mana tempat, mana-mana peristiwa yang berlaku pada bila-bila masa di seluruh dunia. Mi pula mendapat bangsi (atau harmonika) hikmat yang akan mendapatkan benda yang diingini setelah berniat dan meniupnya.

Mereka bertiga menuju ke negara Pasir Berdengung untuk mencari kerja sebagai pendekar. Di sana, mereka menyertai perlawanan untuk mencari pendekar. Mereka bertiga berjaya mengalahkan pendekar negara setelah memakan ubat kuat (ma'jun) lalu mereka dilantik menjadi Laksamana Negara. Mereka diminta untuk memberi bantuan kepada Negara Pasir Dua Butir yang telah diserang Menteri FaSoLa. Menteri FaSoLa merupakan bekas menteri pertahanan negara Pasir Dua Butir (memberontak terhadap negara disebabkan pinangannya kepada Puteri Punchak Mahligai ditolak baginda Sultan Pasir Dua Butir). Pengembaraan mereka berterusan untuk mencari Puteri negara itu dan mengalahkan Raja Fasola dengan alatan yang mereka ada.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. P. Ramlee sebagai Do
  2. A. R. Tompel sebagai Re
  3. Ibrahim Din sebagai Mi
  4. Hussein Abu Hassan sebagai Raja Fasola
  5. Dayang Sulu sebagai Puteri
  6. Mak Enon sebagai Dayang Istana

Lagu[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]