Laksamana Upin & Ipin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laksamana Upin & Ipin
Pengarah Muhammad Usamah Zaid Yasin[1]
Penerbit Burhanuddin Md Radzi
Negara  Malaysia

Laksamana Upin & Ipin ialah filem animasi kedua yang diterbitkan oleh syarikat animasi Malaysia, Les' Copaque Production, dibintangi oleh dua watak animasi tempatan terulung di negara, iaitu Upin & Ipin yang sebelum ini merupakan watak pembantu dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula. Filem ini dikatakan merupakan susulan kepada episod-episod "Kembara di Pulau Harta Karun" dalam siri TV Upin & Ipin, di mana Upin dan Ipin direka semula sebagai wira bernama Hang Upin dan Hang Ipin dalam pengembaraan di pulau harta karun bersama kawan-kawan Upin & Ipin yang 'berlakon' sebagai lanun, nelayan, orang asli dan sebagainya.

Filem ini dijangka keluar pada tahun 2012.

Am[sunting | sunting sumber]

Pengumuman filem Laksamana Upin & ipin mula-mula dibuat di sebuah sidang media pada 27 Mei 2010[1]. Setahun sebelumnya, projek filem Upin & Ipin: Angkasa yang bertema penerokaan angkasa lepas diperkenalkan kepada umum, tetapi akhirnya dibatalkan dan diganti dengan projek Laksamana. Menurut penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi, pihaknya tidak dapat meneruskan projek Angkasa kerana dirasakan tidak dapat memenuhi citarasa penonton di Indonesia, gara-gara "jalan ceritanya mungkin terlalu moden dan tidak sesuai dengan budaya di Indonesia".[1]

Filem ini juga dijanjikan akan muncul dalam format filem 3D yang diterbitkan dengan kaedah teknologi stereoskopik seperti yang diamalkan untuk filem Avatar.[2] Seramai 70 orang tenaga produksi tempatan di bawah arahan pengarah Muhammad Usamah Zaid Yasin akan memulakan projek filem itu pada Ogos ini.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]