Laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang
| KTM Komuter | |
|---|---|
| Maklumat | |
| Kawasan | Rawang, Seremban, Port Klang, KL Sentral, dan Sentul |
| Jenis transit | Komuter |
| Jumlah laluan | 2 |
| Jumlah stesen | 42 |
| Operasi | |
| Mula beroperasi | 1995 |
| Pengendali | Keretapi Tanah Melayu (KTMB) |
| Teknikal | |
| Panjang sistem | 153 km |
Laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang adalah salah satu daripada dua perkhidmatan KTM Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu. KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik yang dilancarkan pada 1995, dan amat laris digunakan oleh komuter (pengguna kenderaan awam) yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Kesemua kenderaan yang disediakan adalah canggih dan dilengkapi penyaman udara. Bagi yang memandu ke stesen atau hentian, kemudahan 'Park & Ride' disediakan pada kadar yang ditentukan.
[sunting] Stesen-stesen
Stesen diatur dari timur ke barat.
-
- Batu Caves
- Taman Wahyu
- Kampung Batu
- Batu Kentonmen
- Sentul
- Putra (pertukaran ke Aliran Rawang-Seremban, berjalan kaki ke Stesen PWTC bagi Aliran Ampang and Aliran Sri Petaling)
- Bank Negara (pertukaran ke Aliran Rawang-Seremban, berjalan kaki ke Stesen Bandaraya bagi Aliran Ampang and Aliran Sri Petaling)
- Kuala Lumpur(pertukaran ke Aliran Rawang-Seremban
- Kuala Lumpur Sentral (pertukaran ke Aliran Rawang-Seremban, KTM Antarabandar, Aliran Kelana Jaya dan 100m berjalan kaki ke KL Monorail)
- Angkasapuri
- Pantai Dalam
- Petaling
- Kampung Dato' Harun
- Seri Setia
- Setia Jaya
- Subang Jaya
- Batu Tiga
- Shah Alam
- Padang Jawa
- Bukit Badak
- Klang
- Teluk Pulai
- Teluk Gadong
- Kampung Raja Uda
- Jalan Kastam
- Pelabuhan Klang (jarak berjalan kaki ke terminal kapal cruise di Pelabuhan Selatan)
Pertukaran ke Aliran Rawang-Seremban boleh dilakukan di stesen KL Sentral, Stesen Kuala Lumpur, Stesen Komuter Bank Negara dan Stesen Komuter Putra . Penggunaan tangga mungkin diperlukan di KL Sentral dan Putra, manakala pertukaran antara platform boleh dilakukan dengan mudah di stesen Kuala Lumpur
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan Luar
- Laman Rasmi Keretapi Tanah Melayu
- KTM Modern Locomotives
- Keretapi.com - Laman Peminat Tren
- Laman Kelab Peminat Keretapi Tanah Melayu Railway
|
||||||||||||||||