Laluan Kelana Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
      Laluan Kelana Jaya

Tren 2-kereta ART Mark II di KJ19 Universiti
Umum
Jenis Aliran ringan
Status Beroperasi
Lokasi Lembah Klang
Terminal Kelana Jaya
Gombak
Stesen 24
Perkhidmatan Gombak - Kuala Lumpur - Petaling Jaya
Laman web myrapid.com.my/rail/routes
Operasi
Dibuka September 1, 1998 (1998-09-01)
Pemilik Syarikat Prasarana Negara
Pengendali RapidKL
Depoh Lembah Subang
Stok kereta api Mark II Bombardier ART
Teknikal
Panjang aliran 29 km (18 bt)
Panjang landasan 0 km (0 bt)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8½ in) standard gauge
Landasan elektrik Third Rail
Kelajuan operasi 60 km/j (37 bsj)
Peta laluan
Unknown BSicon "uhKBHFa"
KJ1 Gombak Parking kereta
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ2 Taman Melati
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ3 Wangsa Maju
Unknown BSicon "uBRÜCKEe"
Urban station on track
KJ4 Sri Rampai
Unknown BSicon "uBRÜCKEa"
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ5 Setiawangsa Parking kereta
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ6 Jelatek Parking kereta
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ7 Dato' Keramat
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ8 Damai
Unknown BSicon "uhTUNNELa"
Unknown BSicon "uexLUECKEq"
Unknown BSicon "uextSTRq" + Urban tunnel station on track + Hub
Unknown BSicon "uextBHFq" + Hub
Unknown BSicon "uextCONTl"
KJ9 Ampang Park  M2 
Urban tunnel station on track
KJ10 KLCC
Urban tunnel station on track
KJ11 Kampung Baru
Unknown BSicon "uLUECKEq"
Unknown BSicon "uhSTRq" + Unknown BSicon "utKRZ"
Unknown BSicon "uhBHFq" + Hub
Unknown BSicon "uCONTl"
MR8 Bukit Nanas  MR 
Urban tunnel station on track + Hub
Unknown BSicon "BLrf"
KJ12 Dang Wangi
Urban tunnel straight track
Unknown BSicon "uLUECKEq"
Urban tunnel station on track + Hub + Unknown BSicon "uhSTRq"
Unknown BSicon "uhBHFq" + Hub
Unknown BSicon "uCONTl"
KJ13 Masjid Jamek  AG 
Unknown BSicon "uhTUNNELe"
Unknown BSicon "uextSTRrg"
Unknown BSicon "uextSTRq" + Abbreviated in this map
Unknown BSicon "uextSTRq" + Unknown BSicon "uhBHF" + Hub
Unknown BSicon "uextBHFq" + Hub
Unknown BSicon "uextCONTl"
KJ16 Pasar Seni  M1 
Unused urban tunnel straight track
Interchange on track + Hub
Unknown BSicon "BLrf" + Unknown BSicon "uhSTR"
Kuala Lumpur KTM Antarabandar
Unknown BSicon "uextBHF" + Hub
Straight track Unknown BSicon "uhSTR" Unknown BSicon "uexLUECKE" Unknown BSicon "uCONTg"
 MR 
Unknown BSicon "BLlf" + Unknown BSicon "uexLUECKE"
Interchange on track + Hub
Unknown BSicon "uhBHF" + Hub
Head station + Hub
Unknown BSicon "uexhBHF" + Hub
Unknown BSicon "uhKBHFe" + Hub
KJ15 KL Sentral Parking kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal penerbangan tambang murah KTM Antarabandar
Continuation forward Unknown BSicon "uhSTR" Straight track Unknown BSicon "uexhSTR"
 RS:BP 
Unknown BSicon "uhBHF" Continuation forward Unknown BSicon "uexhSTR"
KJ16 Bangsar  KE:KT 
Unknown BSicon "uhBHF" + Hub
Unknown BSicon "BLlg" Unused urban continuation forward
KJ17 Abdullah Hukum  M3 
Unknown BSicon "uexLUECKEq"
Unknown BSicon "uextSTRq" + Unknown BSicon "uhSTR"
Unknown BSicon "uextBHFq" + Hub
Unknown BSicon "uextCONTl"
KL Eco City  M2 
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ18 Kerinchi
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ19 Universiti
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ20 Taman Jaya Parking kereta
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ21 Asia Jaya Parking kereta
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ22 Taman Paramount Parking kereta
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ23 Taman Bahagia Parking kereta
Unknown BSicon "uhBHF"
KJ24 Kelana Jaya Parking kereta
Unknown BSicon "uehABZlf" + Unknown BSicon "uexBHF legende"
Unknown BSicon "uexhSTRlg"
Putra Damai
Unknown BSicon "uBRÜCKEe" Unknown BSicon "uexhBHF"
Lembah Subang
Urban non-passenger end station Unknown BSicon "uexhSTR"
Lembah Subang Depot
Unknown BSicon "uexhBHF"
Kelana Indah
Transverse abbreviated in this map
Transverse track + Hub + Unknown BSicon "uexhBHF"
Station on transverse track + Hub
Continuation to right
Subang Jaya  BP 
Unknown BSicon "uexhBHF"
SS15
Unknown BSicon "uexhBHF"
SS18
Unknown BSicon "uexhBHF"
USJ7
Unknown BSicon "uexhBHF"
USJ8
Unknown BSicon "uexhBHF"
USJ14
Unknown BSicon "uexhBHF"
USJ21
Unknown BSicon "uexhBHF"
Subang Alam
Unknown BSicon "uexhBHF"
Alam Megah
Unknown BSicon "uexhKBHFe" + Hub
Unknown BSicon "uexhKBHFl" + Hub
Unknown BSicon "uexCONTl"
Putra Height  AG 

Laluan Kelana Jaya (berwarna merah jambu pada peta transit Kuala Lumpur) ialah salah satu dari dua buah laluan transit ringan di Sistem Transit Kuala Lumpur yang dikendali oleh rangkaian Rel RapidKL, di samping Laluan Ampang.

Laluan Kelana Jaya asalnya dikenali sebagai atau PUTRA LRT ("PUTRA" ialah singkatan bagi Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, syarikat yang membina sistem ini). Beriutan penstrukturan semula pemilikan dan pengurusan, aliran ini kini dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (SPNB) dan dikendali oleh RapidKL.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

  • 15 Februari 1994 – Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) diperbadankan.
  • 1 September 1998 – Skesyen 1 dari Depoh Subang ke Pasar Seni mula beroperasi.
  • 1 Jun 1999 – Seluruh sistem Putra LRT beroperasi sempena pembukaan Seksyen 2 dari Pasar Seni ke Terminal Putra yang merangkumi landasan bawah tanah pertama di Malaysia.
  • 1 September 2002 – Pengurusan Putra LRT diserahkan kepada [[Syarikat Prasarana Negara] (SPNB) dan dinamakan Putraline mengikut fasa pertama penstrukturan semula sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB turut mengambil alih Star LRT dan menamakannya Starline.
  • November 2004 – Aspek-aspek pengendalian kedua-dua sistem LRT diserahkan kepada syarikat milik kerajaan Rapid KL yang baru diasaskan mengikut fasa kedua proses penstrukturan semula, sementara aset masih dimiliki oleh SPNB.
  • Julai 2005 –Nama ditukar dari Putraline ke Aliran Kelana Jaya.
  • 24 Julai 2006 – Kegagalan komputer sandar berfungsi menyebabkan sistem tergendala pada waktu sibuk petang. Para penumpang terkandas dalam tren sampai ada yang memaksa pintu terbuka untuk keluar.
  • 29 Ogos 2006 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan aliran ini akan dipanjangkan dari Lembah Subang ke Subang Jaya dan USJ.
  • 6 Oktober 2006 – "Masalah teknikal" menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan antara stesen Dato Keramat dan Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.
  • 13 Oktober 2006 – SPNB menandatangani perjanjian bersama Konsortium Bombardier-Hartasuma Consortium (BHC) untuk membeli 22 set tren empat gerabak untuk Aliran Kelana Jaya beserta pilihan membeli 13 lagi set untuk RM1.2 bilion. Tren-tren tersebut dijangka sampai pada tahun 2008.
  • 12 Disember 2006 – Apabila menghampiri stesen Pasar Seni pada waktu kesibukan, sebuah tren terhenti tiba-tiba seolah-olah terhentak sesuatu. Tiada kecederaan dilaporkan.
  • 8 Oktober 2007 – SPNB membeli 13 lagi set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II (52 gerabak) dengan harga 71 juta untuk Aliran Kelana Jaya. Penghantaran set tren berkenaan dijangka pada tahun 2010.[1]
  • 27 Julai 2009 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan 35 tren empat gerabak baru akan beroperasi mulai akhir tahun 2012.[2] (Pada Julai 2009, laluan ini masih dijalani oleh tren dua gerabak walaupun dijanjikan tren empat gerabak pada tahun 2008).
  • September 2009 – SPNB memulakan pameran usaha memanjangkan Aliran Kelana Jaya (dan Aliran Ampang) di lokasi terpilih selama tiga bulan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas awam.[3][4]
  • 24 Disember 2010 – Stesen LRT Sri Rampai akhirnya dibuka kepada umum, setelah pembinaannya terbengkalai selama 11 tahun semenjak seluruh aliran ini disiapkan.

[sunting] Sistem

[sunting] Landasan dan stesen

Stesen KLCC adalah salah satu dari lima buah stesen bawah tanah sepanjang Laluan Kelana Jaya. Stesen bawah tanah ini dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan.
Stesen Universiti pada waktu malam.

Laluan Kelana Jaya terdiri daripada sebatang laluan tunggal yang didirikan dari Kelana Jaya hingga ke Gombak yang berkhidmat di kawasan Petaling Jaya di selatan; kawasan barat daya dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di tengah; dan beberapa kawasan perumahan berkepadatan rendah di utara Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 29 km ini ialah sistem alihan laju tanpa pemandu automatik sepenuhnya ketiga terpanjang di dunia, di belakang SkyTrain di Vancouver, Kanada (49.5 km) dan Lille Metro VAL di Lille, Perancis (32 km).

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya diatur mengikut arah utara-selatan. Terdapat 24 buah stesen kesemuanya, 16 daripadanya ternaik, dan 5 lagi di antara Pasar Seni dan Ampang Park di bawah tanah.

Begitu juga dengan Laluan Ampang, stesen-stesen ini bergayakan pelbagai reka bina. Kebanyakan stesen struktur ternaik dibina mengikut empat gaya utama yang menampilkan rekabentuk bumbung berbeza untuk bahagian-bahagian laluan yang tertentu. Stesen KL Sentral pula menampakkan reka bina yang lebih sejajar dengan seluruh bangunan Stesen Sentral. Stesen bawah tanah pula berupa susun atur ruang legar dan vestibul yang unik, serta dilengkapi pintu tabir platform lantai ke siling untuk mengelakkan pencerobohan antara platform dan landasan. 13 stesen (termasuk dua stesen terminal dan kelima-lima stesen bawah tanah) berplatform tengah (island), sementara 11 yang lain pula dilengkapi dua platform sisi (side) setiap satu. Stesen-stesen yang berplatform tengah memudahkan pertukaran antara tren arah utara dan tren arah selatan tanpa perlu berjalan naik/turun ke aras ruang legar.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya direka khas untuk menampung keperluan orang kurang upaya, termasuk lif dan lif kerusi roda di samping tangga bergerak dan tangga biasa di setiap stesen, di samping juga sela antara platform dan tren kurang dari 5 cm untuk membolehkan warga kurang upaya memasuki dan keluar dari tren. Antara yang lain:

  • Landasan tidak berbalast, agar menggeserkan pergerakan landasan dan tren.
  • Tren dilengkapi ampaian getah langsung, agar mengurangkan pergerakan badan tren.
  • Tren tidak melangkau stesen.
  • Stesen dibina dengan platform lurus.

Stesen-stesen ini adalah satu-satunya sistem transit aliran ringan di Lembah Kelang direkabentuk untuk menyediakan kemudahan khas untuk pengguna kurang upaya.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya juga dilengkapi kamera keselamatan litar tertutup terhad untuk menjaga keselamatan.

Demi menampung 13 stesen baru menjelang tahun 2012, kod stesen dinama semula dari KJ1 hingga KJ37, iaitu stesen terminus Kelana Jaya dan Gombak masing-masing diberi kod KJ14 dan KJ 37.


Nombor Stesen Nama Stesen Jenis platform Pertukaran/Nota
 KJ1  Gombak Terminal
 KJ2  Taman Melati Sisi
 KJ3  Wangsa Maju Tengah
 KJ4  Sri Rampai Sisi Dibuka pada 24 Disember 2010
 KJ5  Setiawangsa Tengah
 KJ6  Jelatek Sisi
 KJ7  Dato' Keramat Sisi
 KJ8  Damai Tengah
 KJ9  Ampang Park Tengah Bawah tanah
 KJ10  KLCC Tengah Bawah tanah, hubungan ke Hab Bas RapidKL
 KJ11  Kampung Baru Tengah Bawah tanah
 KJ12  Dang Wangi Tengah Bawah tanah, jarak berjalan kaki ke KL Monorail
 KJ13   ST5  Masjid Jamek Tengah Bawah tanah
Stesen pertukaran ke Laluan Ampang
 KJ14  Pasar Seni Tengah Hubungan ke Hab Bas Rapid KL, jarak berjalan kaki ke KTM Komuter dan hab Metrobus
 KJ15   MR1  KL Sentral Sisi Stesen pertukaran ke KLIA Ekspres, KLIA Transit, KTM Komuter, KTM Antarabandar dan KL Monorail dan Hab Bas Rapid KL
 KJ16  Bangsar Sisi
 KJ17  Abdullah Hukum Sisi
 KJ18  Kerinchi Sisi
 KJ19  Universiti Sisi Hubungan ke Hab Bas Rapid KL
 KJ20  Taman Jaya Sisi
 KJ21  Asia Jaya Tengah
 KJ32  Taman Paramount Sisi
 KJ23  Taman Bahagia Sisi
 KJ24  Kelana Jaya Terminal Hubungan ke Hab Bas Rapid KL

[sunting] Tren

Laluan ini menggunakan tren berteknologi Bombardier Advanced Rapid Transit (Mark II) yang menggunakan motor linear.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Rangkaian Transit Rapid KL