Laluan Sentral KL-Ipoh-Sentral KL
Laluan Sentral KL-Ipoh-Sentral KL merupakan sebuah perkhidmatan kereta api pergi balik KTM Antarabandar yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu. Perkhidmatan ini dimulakan pada 1 Disember 2008. Kedua-dua terminal ialah Ipoh dan KL Sentral di Kuala Lumpur.
Sebelum perkhidmatan ini dimulakan, perkhidmatan ini disalah sangka sebagai sebuah perkhidmatan KTM Komuter. Sebenarnya pada asalnya terdapat rancangan menyediakan perkhidmatan Komuter pada laluan ini sempena projek pengembaran landasan Rawang-Ipoh, namun Slim River tidak termasuk dalam rancangan ini. Kini masih boleh dilihati bahawa mesin penjual tiket Komuter di stesen-stesen Komuter Lembah Klang mempunyai butang-butang Tanjung Malim, Sungkai, Tapah Road, Kampar, Batu Gajah, dan Ipoh. Tetapi kesemua butang ini dilitupi dengan pita pelindung (Bahasa Inggeris: masking tape) kecuali butang Tanjung Malim. Malah dalam pengumuman awal pelancaran perkhidmatan antarabandar ini, stesen Slim River tidak disebut.
Keretapi dari utara ke selatan (Ipoh ke Sentral KL) bernombor kod 51, 53, 55, 57, dan 59, manakala yang sebaliknya bernombor kod 52, 54, 56, 58, dan 60. Keretapi yang bernombor kod 51 dan 52 tidak berkhidmat pada hari Sabtu dan Ahad.
Pada bulan Disember 2008, terdapat satu promosi tiket RM1 bagi perjalanan pertama dan terakhir pada setiap hari, antara Ipoh dan stesen lama KL.
Pada asalnya perkhidmatan ini hanya disediakan pada hari Isnin hingga Jumaat. Perkhidmatan keretapi bernombor kod 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, dan 60 untuk hari Sabtu dan Ahad dimulakan pada 24 Januari 2009.
Mulai pada 1 April 2009, keretapi yang bernombor kod 53, 54, 55, dan 56 diubahkan rancangan perjalanannya supaya hanya berhenti pada 6 stesen, iaitu Sentral Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Tanjung Malim, Kampar, Batu Gajah, dan Ipoh, setiap Isnin hingga Jumaat. Untuk hari Sabtu dan Ahad, keempat-empat keretapi ini masih berhenti pada kesemua 12 stesen.
Isi kandungan |
Senarai stesen [sunting]
IPOH-KLS [sunting]
Nombor kod bagi keretapi ini ialah 51, 53, 55, 57, dan 59
Perkhidmatan hentian semua [sunting]
Berikut merupakan senarai stesen yang dihenti bagi keretapi bernombor 51, 57, dan 59 pada hari Isnin hingga Jumaat dan keretapi bernombor 53, 55, 57, dan 59 pada hari Sabtu dan Ahad.
| Stesen | Lokasi stesen | Catatan |
|---|---|---|
| Stesen keretapi Ipoh | Ipoh, Perak | Terminal |
| Stesen keretapi Batu Gajah | Batu Gajah, Perak | |
| Stesen keretapi Kampar | Kampar, Perak | |
| Stesen keretapi Tapah Road | Tapah Road, Perak | |
| Stesen keretapi Sungkai | Sungkai, Perak | |
| Stesen keretapi Slim River | Slim River, Perak | |
| Stesen keretapi Tanjung Malim | Tanjung Malim, Perak | |
| Stesen keretapi Kuala Kubu Bharu | Kuala Kubu Bharu, Selangor | |
| Stesen keretapi Sungai Buloh | Sungai Buloh, Selangor | |
| Stesen keretapi Kepong Sentral | Kepong, Kuala Lumpur | |
| Stesen keretapi Kuala Lumpur | Bandaraya Kuala Lumpur | Juga dikenali sebagai "Stesen lama Kuala Lumpur" atau "KLO" |
| Sentral Kuala Lumpur | Brickfields, Kuala Lumpur | Terminal |
Perkhidmatan hentian terhad [sunting]
Berikut merupakan senarai stesen yang dihenti bagi keretapi bernombor 53 dan 55 pada hari Isnin hingga Jumaat.
| Stesen | Lokasi stesen | Catatan |
|---|---|---|
| Stesen keretapi Ipoh | Ipoh, Perak | Terminal |
| Stesen keretapi Batu Gajah | Batu Gajah, Perak | |
| Stesen keretapi Kampar | Kampar, Perak | |
| Stesen keretapi Tanjung Malim | Tanjung Malim, Perak | |
| Stesen keretapi Sungai Buloh | Sungai Buloh, Selangor | |
| Sentral Kuala Lumpur | Brickfields, Kuala Lumpur | Terminal |
KLS-IPOH [sunting]
Nombor kod bagi keretapi ini ialah 52, 54, 56, 58, dan 60.
Perkhidmatan hentian semua [sunting]
Berikut merupakan senarai stesen yang dihenti bagi keretapi bernombor 51, 57, dan 59 pada hari Isnin hingga Jumaat dan keretapi bernombor 53, 55, 57, dan 59 pada hari Sabtu dan Ahad.
| Stesen | Lokasi stesen | Catatan |
|---|---|---|
| Sentral Kuala Lumpur | Brickfields, Kuala Lumpur | Terminal |
| Stesen Keretapi Kuala Lumpur | Bandaraya Kuala Lumpur | Juga dikenali sebagai "Stesen lama Kuala Lumpur" atau "KLO" |