Laluan negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laluan negeri adalah sistem jalan raya bagi setiap negeri di Malaysia yang dibiayai oleh negeri masing-masing melalui Jabatan Kerja Raya negeri masing-masing. Secara umumnya piawaian yang digunakan oleh jalan raya negeri adalah sama seperti laluan persekutuan cuma bezanya ialah laluan negeri dibiayai oleh kerajaan negeri. Hanya Sarawak dan Wilayah Persekutuan sahaja yang tiada jalan raya negeri.

Seperti jalan raya persekutuan, jalan raya negeri menggunakan papan tanda berwarna biru dengan tulisan putih dan dikodkan di dalam jata berbentuk heksagon kuning, cuma bezanya ialah jalan raya negeri dikodkan dengan kod negeri diikuti dengan kod laluan, contohnya Laluan 30px iaitu salah satu contoh jalan raya negeri Johor.

Jika jalan negeri melintasi sempadan negeri, kod negeri bagi jalan tersebut turut bertukar, misalnya seperti laluan 30px / 30px yang menghubungkan Parit Buntar, Perak dengan Bandar Baharu, Kedah di mana pada bahagian Parit Buntar jalan raya tersebut dikodkan sebagai 30px tetapi setelah memasuki sempadan negeri Kedah, jalan raya tersebut bertukar kodnya kepada 30px.

Had laju di jalan raya negeri juga adalah sama seperti di laluan persekutuan iaitu 90 km/j dan 60 km/j di kawasan bandar.

Senarai kod jalan raya negeri di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]