Laluan persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lebuhraya Tun Razak (Laluan Persekutuan Jkr-ft12.png) bermula dari Segamat, Johor sehingga ke Gambang, Pahang.

Laluan Persekutuan merupakan sistem jalan raya kebangsaan di Malaysia yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kerja Raya. Sebahagian besar daripada laluan persekutuan di Malaysia telah dibina sejak dari zaman penjajahan British lagi.

Secara umumnya, jalan raya persekutuan adalah selebar 2 lorong iaitu selorong bagi setiap arah, tetapi di kawasan pergunungan pula terdapat lorong ketiga bagi membolehkan kenderaan berat yang bergerak perlahan seperti bas dan lori mendaki bukit tanpa mengganggu aliran trafik. Di kawasan bandar yang sesak, jalan raya persekutuan dilebarkan kepada antara empat hingga enam lorong untuk membolehkannya menampung kadar aliran trafik yang tinggi.

Ada juga sesetengah jalan raya persekutuan yang merupakan lebuhraya tetapi masih mengekalkan kod laluan persekutuannya seperti Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Skudai.

Sesetengah laluan persekutuan yang mempunyai kadar aliran trafik motosikal yang tinggi turut mempunyai lorong motosikal. Lorong motosikal di laluan persekutuan ditempatkan di bahagian paling kiri pada setiap arah dan hanya dipisahkan daripada laluan utama oleh garisan jalur hitam-putih (chevron) untuk membolehkan penunggang motosikal memotong motosikal lain yang lebih perlahan serta keluar dari lorong motosikal pada bila-bila masa untuk membelok ke kanan.

Jenis-jenis laluan persekutuan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga jenis utama laluan persekutuan di Malaysia iaitu laluan persekutuan utama, laluan persekutuan FELDA/FELCRA serta laluan persekutuan industri.

  • Laluan persekutuan utama - Laluan jalan raya utama yang dibiayai Kerajaan Persekutuan yang menghubungkan antara bandar-bandar utama. Kebanyakan laluan utama tertakluk kepada piawaian JKR R5 (lebar minimum lorong: 3.5 m; had laju rekabentuk: 100 km/j) atau JKR R4 (lebar minimum lorong: 3.25 m; had laju rekabentuk: 90 km/j).
  • Laluan persekutuan FELDA/FELCRA - Laluan masuk daripada jalan raya utama ke petempatan FELDA/FELCRA. Biasanya laluan ini tertakluk kepada piawaian yang lebih rendah iaitu JKR R2 (lebar minimum lorong: 2.75 m; had laju rekabentuk: 60 km/j) atau JKR R3 (lebar minimum lorong: 3.0 m; had laju rekabentuk: 70 km/j) kerana hanya melibatkan lalu lintas tempatan sahaja. Sungguhpun piawaian yang digunakan adalah lebih rendah, laluan ini tetap dianggap sebagai laluan persekutuan kerana pembinaan dan penyelenggaraannya dibiayai Kerajaan Persekutuan.
  • Laluan industri - Laluan utama di kawasan perindustrian, biasanya hasil daripada pengisytiharan semula sesebuah laluan negeri di kawasan perindustrian kepada laluan persekutuan. Laluan industri biasanya tertakluk kepada piawaian JKR U4 (lebar minimum lorong: 3.25 m; had laju rekabentuk: 80 km/j).
Contoh Maklumat Nombor digit
Jkr-ft5.png
Jkr-ft24.png
Jkr-ft222.png
Nombor laluan persekutuan utama 001 - 999
EXIT 226|EXIT 201 Nombor persimpangan keluar lebuh raya persekutuan EXIT 201 - EXIT 299
30px
30px
30px
30px
Nombor laluan persekutuan utama
(Sarawak)
01-01 - 01-59
03-01 - 03-99
1000 - 9999
Jkr-ftA1.png
Jkr-ftA3.png
Jkr-ftA22.png
Nombor laluan persekutuan utama
(Sabah)
A01 - A99
Jkr-ft1123.png Laluan persekutuan FELDA/FELCRA 1000 - 1999
Jkr-ft3214.png Laluan persekutuan industri 3000 - 3999

Reka bentuk jalan raya persekutuan[sunting | sunting sumber]

Jalan raya luar bandar[sunting | sunting sumber]

Piawaian Had laju
reka bentuk
maksimum (km/j)
Lebar minimum
(m)
Kawalan capaian Aplikasi
JKR R6 120 3.5 Penuh Lebuh raya ekspres di bawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia
JKR R5 100 3.5 Separa Jalan raya utama serta lebuh raya capaian separa di bawah kuasa JKR Persekutuan
JKR R4 90 3.25 Separa Jalan raya utama / sekunder
JKR R3 70 3.0 Separa Jalan raya sekunder
JKR R2 60 2.75 Tiada Jalan raya kecil

Nota: JKR R2 adalah piawaian geometri terendah bagi jalan raya dua lorong
JKR R1 40 (5.0)* Tiada Jalan raya kecil selorong (jalan raya kampung)
JKR R1a 40 (4.5)* Tiada Jalan raya kecil selorong (jalan raya ke kawasan larangan seperti kuari)

Jalan raya perbandaran[sunting | sunting sumber]

Piawaian Had laju
reka bentuk
maksimum (km/j)
Lebar minimum
(m)
Kawalan capaian Aplikasi
JKR U6 100 3.5 Penuh Lebuh raya ekspres di bawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia
JKR U5 80 3.5 Separa Jalan raya arterial serta lebuh raya perbandaran capaian separa
JKR U4 70 3.25 Separa Jalan raya arterial / pengumpul
JKR U3 60 3.0 Separa Jalan raya pengumpul / jalan tempatan
JKR U2 50 2.75 Tiada Jalan tempatan

Nota: JKR U2 adalah piawaian geometri terendah bagi jalan raya dua lorong
JKR U1 40 (5.0)* Tiada Jalan raya kecil selorong
JKR U1a 40 (4.5)* Tiada Jalan raya kecil selorong (seperti di kawasan perumahan kos rendah)

* - Lebar keseluruhan jalan dua hala

(Sumber: Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - A Guide on Geometric Design of Roads, Jabatan Kerja Raya Malaysia)

Sistem pengekodan jalan raya persekutuan[sunting | sunting sumber]

Semenanjung Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kod jalan raya di Malaysia ditandakan pada simbol berbentuk heksagon berwarna kuning yang menjadi lambang bagi Jabatan Kerja Raya dan papan tanda yang digunakan berwarna biru serta menggunakan tulisan berwarna putih. Semua jalan raya di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor sahaja bagi sistem pengekodan laluan persekutuan.

Sabah[sunting | sunting sumber]

Jalan raya persekutuan di Sabah pula bermula dengan huruf A (Di Semenanjung Malaysia, laluan yang bermula dengan huruf A adalah laluan negeri Perak.)

Sarawak[sunting | sunting sumber]

Sebelum Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia, jalan raya hanya dibina di kawasan bandar sahaja oleh kerajaan Brooke dan tiada jalan raya yang dibina antara bandar-bandar di Sarawak. Selepas kemasukan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia, Kerajaan Pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membina sistem jaringan jalan raya di Sarawak. Oleh itu, semua jalan raya di Sarawak adalah laluan persekutuan.

Sistem pengekodan jalan raya persekutuan di Sarawak adalah sama seperti di Semenanjung Malaysia, tetapi bagi jalan raya paling utama di Sarawak iaitu Lebuhraya Pan Borneo (Laluan Persekutuan 30px), format pengekodan jalan berkenaan adalah dalam bentuk 30px, di mana xx adalah kod bagi bahagian jalan berkenaan.

Had laju[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya had laju di jalan persekutuan adalah 90 km/j tetapi di kawasan bandar pula had laju diturunkan kepada 60 km/j (had laju kawasan bandar di Negeri Sembilan pula ialah 70 km/j).

Keselamatan di jalan raya persekutuan[sunting | sunting sumber]

Keselamatan di laluan persekutuan dan laluan negeri sering menjadi isu besar terutamanya pada musim perayaan disebabkan kadar kemalangan jalan raya yang sangat tinggi di jalan raya berkenaan jika dibandingkan dengan di lebuhraya. Sebahagian besar kes kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada salah laku pengguna jalan raya sendiri seperti memandu dengan laju dan secara berbahaya, memotong secara melulu, tidak mematuhi lampu isyarat, tidak mengikuti aturan keluar masuk simpang, berlumba haram dan sebagainya.

Setiap tahun, kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit bagi menyedarkan pemandu-pemandu di jalan raya tetapi masihnya masih ramai pemandu yang berdegil dan akibatnya kadar kemalangan di laluan persekutuan dan laluan negeri tetap berada di tahap yang membimbangkan. Labih malang lagi, pihak berkuasa lebih banyak mengadakan operasi di lebuhraya yang sememangnya mempunyai kadar kemalangan yang jauh lebih rendah berbanding di jalan raya persekutuan dan jalan raya negeri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]