Lamarckisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lamarckism (atau Warisan Lamarckian) merupakan idea bahawa sesuatu organisma mampu menurunkan ciri-ciri yang ia dapati semasa hayatnya kepada keturunannya (juga dikenali sebagai warisan ciri-ciri yang didapati atau warisan lembut). Ia dinamakan sempena pakar biologi Perancis Jean-Baptiste Lamarck (1744–1829), yang memasukkan aksi warisan lembut dalam teori evolusinya sebagai tambahan pada konsep warisan berterusan cenderung mendorong organisma ke arah lebih rumit, dalam jurai keturunan selari tetapi berasingan tanpa kepupusan. Lamarck tidak mencipta idea pewarisan lembut, yang mencadangkan bahawa usaha individual semasa tempoh hayat organisma merupakan mekanisma utama yang mendorong organisma ke arah penyesuaian, disebabkan mereka dipercayai akan mendapat perubahan penyesuaian dan menurunkan ia pada keturunannya.

Apabila Charles Darwin menerbitkan teori evolusinya melalui pemilihan semula jadi dalam On the Origin of Species, dia terus memberikan kepercayaan pada apa yang dia gelar "warisan berguna dan tidak berguna", tetapi menolak aspek lain bagi teori Lamarck. Kemudian, ilmu genetik Mendel menggantikan pendapat warisan melalui trait diperolehi, akhirnya membawa pada perkembangan sintesis evolusi moden, dan penyingkiran umum bagi teori Lamarckian mengenai evolusi dalam biologi. Disebalik penyingkiran ini, minat pada Lamarckism berterusan (2009) ketika kajian dalam bidang epigenetik telah menonjolkan kemungkinan warisan trait tingkah laku yang diperolehi oleh generasi sebelumnya.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Roth, Tania L.; Lubin, Farah D.; Funk, Adam J.; Sweatt, J. David (2009). "Lasting Epigenetic Influence of Early-Life Adversity on the BDNF Gene". Biological Psychiatry 65 (9): 760–9. doi:10.1016/j.biopsych.2008.11.028. PMC 3056389. PMID 19150054. //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3056389/. 
  2. Arai, J. A.; Li, S.; Hartley, D. M.; Feig, L. A. (2009). "Transgenerational Rescue of a Genetic Defect in Long-Term Potentiation and Memory Formation by Juvenile Enrichment". Journal of Neuroscience 29 (5): 1496–502. doi:10.1523/JNEUROSCI.5057-08.2009. PMC 3408235. PMID 19193896. //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3408235/. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]