Lambang Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lambang Malaysia atau Identiti Malaysia adalah lambang atau simbol yang mewakili negara Malaysia.

Bendera[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Jalur Gemilang
Jalur Gemilang
  • Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.
  • Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas negeri di Malaysia dan ibu negeri.
  • 14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negeri, Kuala Lumpur.
  • Warna biru melambangkan perpaduan.
  • Warna putih melambangkan kesucian.
  • Warna merah melambangkan keberanian.

Jata[sunting | sunting sumber]

Jata Malaysia
  • Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning melambangkan agama Islam.
  • Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.
  • Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia.
  • Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
  • Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Lagu[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Lagu Negaraku
Muzik lagu Negaraku

Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu rasmi negeri Perak berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, dan dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudian-nya telah dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Keputusan hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

Rentak lagu Negaraku telah ditukar lebih rancak oleh Dr. Mahathir. Lagu Negaraku baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003 selepas Dr. Mahathir melaungkan "Merdeka" tujuh kali. Lirik Negaraku baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan pergerakannya akan berlaju.

Rukun Negara[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Rukun Negara

Bahawasanya Negara Kita Malaysia

Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Bunga[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pokok Bunga Raya

Bunga Raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali sebagai Bunga Raya.

Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Pada akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.

Selepas perbincangan, pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut disebahagian India.

Binatang[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Harimau

Harimau merupakan lambang yang penting di negara-negara seperti Malaysia dan India. Pada lambang negara Malaysia (Jata Negara), dua ekor harimau yang berdiri di kedua-dua belah perisai melambangkan kekuatan dan keberanian. Lambang harimau juga digunakan pada logo syarikat Malaysia seperti Maybank dan PROTON.

Harimau telah dikatakan binatang kebangsaan Malaysia sedangkan ia merupakan salah satu binatang yang terawal muncul di tanah Melayu. Harimau juga melambangkan keberanian dan kekuatan.

Harimau diancam kepupusan bukan sahaja akibat pertembungan dengan manusia yang menganggap jenis kucing buas ini sebagai ancaman keselamatan kepada nyawa manusia dan binatang ternakan, malah diburu untuk memperoleh kulit belangnya untuk tujuan perhiasan, serta anggota badannya untuk dijadikan hidangan eksotik dan perubatan tradisi Asia. Kemusnahan habitat juga banyak menyumbang kepada penurunan bilangan harimau di dunia.

Sekarang dianggarkan cuma tinggal 3,000 ekor harimau daripada pelbagai sub-spesies di dunia. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk memulihara populasi harimau. Pada tahun 2005, peristiwa Nicky, seekor anak harimau yang diselamatkan daripada menjadi bahan masakan, dan sekarang ditempatkan di Zoo Melaka, telah menyayat hati ramai rakyat Malaysia dan pencinta alam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]