Lambang Melaka
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Berikut ialah makna tanda-tanda dalam Lambang Negeri Melaka.
- Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.
- Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu.
- Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
- Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.
- Dua ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelanduklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
- "BERSATU TEGUH" ialah cogan kata negeri.
