Lanchang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lanchang ialah sebuah pekan kecil di antara bandar Karak dan Mentakab di negeri Pahang, Malaysia. Pekan Lanchang boleh dihubungkan melalui jalan lama Kuala Lumpur ke Kuantan dan juga melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah dan 'Deer Land' juga terletak di Lanchang. Ini adalah tarikan utama bandar ini selain daripada pertanian dan banyak Skim FELDA untuk tanaman getah dan kelapa sawit iaitu di Felda Lakum dan Felda Bukit Damar.

Pekan Lanchang adalah merupakan pekan kebanggaan penduduk sekitarnya. Pekan ini dihidupkan dengan pelbagai aktiviti mingguan seperti Pekan Sehari pada setiap selasa dan Pasar Malam pada malam Sabtu. Selain daripada itu pekan ini disediakan dengan kemudahan asas seperti pejabat pos, masjid, klinik, perpustakaan awam, dewan orang tamai, Dataran Bahaman, sekolah menengah dan rendah, deretan kedai-kedai, Pusat Belian Getah Skrap, balai polis dan pasar awam. Lanchang telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya di dalam sektor awam dan swasta, kebanyakan mereka telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan Lanchang yang kini dikenali sebagai Sek Men Dato Bahaman.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Destinasi-destinasi Menarik[sunting | sunting sumber]

1. Deerland

Pautan luar[sunting | sunting sumber]