Landak Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Landak Batu
Landak Batu Afrika dijual untuk dagingnya di Cameroon
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Atherurus

Cuvier, 1829
Spesies

Atherurus africanus
Atherurus macrourus

Landak Batu (bahasa Inggeris: Brushtailed porcupine) ialah sekumpulan landak Dunia Lama dalam genus Atherurus.


Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Serupa dengan saudara-saudaranya, Landak Batu mempunyai tubuh berbentuk panjang bak tikus yang dilitupi oleh bulu pelepah. Bulu pelepah itu adalah lebih pendek dan tidak begitu ketara berbanding dengan genus Hystrix, tetapi jauh lebih ketara berbanding dengan Trichys. Landak Batu mempunyai sejambak bulu yang ketara pada hujung ekornya dan oleh itu, telah memperoleh nama bahasa Inggeris sebagai Brushtailed porcupine. Ekornya patah dengan mudah seperti cicak, jika diancam.

Landak Batu adalah penghuni hutan yang biasa hidup dalam kumpulan-kumpulan sosial yang terdiri daripada 6-8 ekor landak. Bersifat nokturnal, haiwan ini makan tumbuh-tumbuhan, tetapi juga boleh makan serangga dan bangkai. Rekod Landak Batu yang tertua dalam kurungan ialah hampir 23 tahun.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua spesies Atherurus, iaitu kelainan Asia dan kelainan Afrika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]