Landasan Keretapi Hijaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Landasan Keretapi Hijaz

Landasan Keretapi Hijaz ialah landasan kereta api yang dibangun pada masa pemerintahan khilafah Turki Uthmaniyyah pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Landasan ini terbentang antara Damsyik (Syria) - Amman (Jordan) sampai ke Madinah (Arab Saudi). Landasan kereta api ini merupakan sebahagian daripada landasan kereta api yang menghubungkan antara Istanbul (Turki) - Haifa (Israel) yang merupakan salah satu projek infrastruktur pemerintahan kekhalifahan Turki Uthmaniyah selain program telekomunikasi dengan memasang kabel telegraf di seluruh wilayah kekhalifahan Turki Uthmaniyah yang saat itu meliputi wilayah sebahagian Afrika Utara, Timur Tengah sampai Balkan.

Pembangunan landasan keretapi ini sudah dilakukan pada tahun 1840 M namun baru direalisasikan pada tahun 1908. Rancangan ini dilakukan untuk lebih menyatukan wilayah kekhalifahan Turki Uthmaniyah yang luas dengan alat pengangkutan dan telekomunikasi yang memadai dimana saat itu alat pengangkutan darat yang lebih memadai adalah keretapi sekaligus sebagai salah satu program Pan Islamisme yang dilancarkan oleh Sultan Abdul Hamid II. Selain itu khusus jalur Hijaz adalah mempermudah dan meningkatkan kemudahan jamaah haji.

Pembinaan landasan keretapi ini berbeza dengan pembinaan landasan keretapi yang lain di wilayah kekhalifahan Turki Uthmaniyah yang dilakukan dengan bantuan Jerman seperti pembinaan landasan keretapi Istanbul-Baghdad. Pembinaan ini dilakukan atas perintah Sultan Abdul Hamid II yang memerintahkan segenap kaum muslimin untuk menyokong dalam pembangunan pengangkutan ini. Biaya yang diperlukan saat itu adalah sebesar 16 juta US $ dengan nilai dolar saat itu. Selain dari kaum muslimin, sumbangan datang dari pemerintah, Angkatan bersenjata, Tokoh Masyarakat serta gabenor Mesir serta pemerintahan Shah di Iran. Pembinaan ini melibatkan 5000 anggota Angkatan Darat serta penduduk awam. Rencana pembangunan ini juga melibatkan Mekkah dan pelabuhan Jeddah, namun kerana ada masalah pembiayaan dan terjadi pertentangan oleh penduduk wilayah itu, maka landasan ini hanya berakhir sampai Madinah.

Versi lain mengatakan bahawa Syarif Hussein, Amir (gabenor Mekah) saat itu memandang bahawa landasan keretapi ini mengancam kedudukannya di wilayah Hijaz sehingga menolak pembangunan landasan keretapi itu sampai ke Mekah bahkan Jeddah.