Landry N'Guémo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Landry N'Guémo
Maklumat peribadi
Nama penuh Landry Joel Tsafack N'Guémo
Tarikh lahir (1985-11-28) 28 November 1985 (umur 38)
Tempat lahir Yaoundé, Cameroon
Ketinggian 1.73 m (5 ka 8 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Ejen bebas
Kerjaya remaja
2001–2005 Nancy
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2011 Nancy 127 (4)
2009–2010Celtic (pinjaman) 30 (0)
2011–2014 Bordeaux 67 (2)
Pasukan kebangsaan
2006– Cameroon 41 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 September 2014

Landry Joel Tsafack N'Guémo (lahir 28 November 1985) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang bermain di posisi pemain tengah. Beliau kini sebagai ejen bebas.[1]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Nancy[sunting | sunting sumber]

N'Guémo membuat debut untuk Nancy pada usia 19 tahun pada Ogos 2005 menentang Lyon dalam perlawanan liga.

Pada Januari 2009, N'Guémo dikaitkan oleh media Perancis dan Inggeris untuk berpindah ke Arsenal, Sunderland dan Everton.[2]

Pada 31 Januari 2009, N'Guémo menjaringkan gol pertamanya untuk Nancy pada minit ke-90 menentang Le Havre.

Celtic (pinjaman)[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Julai 2009, N'Guémo dipinjam ke Celtic. Beliau menyarung jersi nombor 6 yang sebelum ini pernah dipakai oleh Bobo Baldé.[3] N'Guemo's membuat penampilan pertama ketika terikat seri 0-0 menentang Cardiff City dan beliau dianugerahkan sebagai pemain terbaik Celtic pada perlawanan perlawanan itu.[4]

Beliau membuat penampilan pertama di pentas Eropah ketika perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara menentang FC Dynamo Moscow, pasukannya tewas 1-0.[5]

N'Guémo telah membuat 35 penampilan untuk Celtic secara jumlahnya.

Bordeaux[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Julai 2011, N'Guémo berpindah dari Nancy ke Bordeaux dan menandatangai kontrak tiga tahun.[6] Beliau bermain 33 daripada 38 perlawanan liga pada musim pertamanya di Bordeaux dan membantu kelabnya melonjak ke tangga kelima liga dan layak ke Liga Europa.[7] Pada 3 Oktober 2013, dalam saingan Liga Europa menentang Maccabi Tel-Aviv, N'Guémo telah diserangan serangan jantung. Beliau kemudian dikeluarkan untuk dibawa ke hospital.[8] N'Guémo menulis di akaun Twitternya, "Tiada apa-apa yang serius. Saya telah keluar dari hospital selepas menjalani elektrokardiogram"[9]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

N'Guémo telah membuat 37 penampilan untuk pasukan kebangsaan Cameroon dan menjaringkan tiga gol.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Nancy

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Le Club et Landry N’Guémo ont trouvé un accord Diarkibkan 2011-07-04 di Wayback Machine girondins.com, 1 July 2011
  2. ^ Goodchild, Alex (20 January 2009). "Arsenal chase Landry N'Guemo". Eyefootball. Dicapai pada 20 January 2009.
  3. ^ "Mowbray welcomes N'Guemo signing". BBC Sport. 17 July 2009. Dicapai pada 18 July 2009.
  4. ^ "Celts continue to make progress". Celtic FC. 22 July 2009. Dicapai pada 22 July 2009.
  5. ^ http://spfl.co.uk/news/article/celtic-suffer-dynamo-defeat-at-parkhead-2009-07-29/
  6. ^ "N'Guemo signs deal with Bordeaux". BBC News. 2 July 2011.
  7. ^ McHugh, Joe (25 May 2012). "Whatever happened to loan Celt Landry N'Guemo". Video Celts. Dicapai pada 23 June 2014.
  8. ^ Bamba, Malick (4 October 2013). "Bordeaux : alerte cardiaque pour Landry Nguemo". Afrik Foot. Dicapai pada 23 June 2014.
  9. ^ Mulnago, Valentine (6 October 2013). "Cameroon Landry Nguemo confirms he is free from heart attack". Cameroon Info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-20. Dicapai pada 23 June 2014.