Langkawi Geopark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Langkawi Geopark adalah nama baru pulau peranginan Langkawi. Langkawi Geopark merupakan satu jenama terbaru bagi menggambarkan keunikan taman geologi dunia di keseluruhan pulau Langkawi. Pelancong pencinta alam semulajadi dan geologi pastinya kagum dengan geopark yang terdapat di Langkawi. Langkawi diiktiraf sebagai geopark ke-49 di dunia dan pertama di Asia Tenggara oleh UNESCO. [1]

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Langkawi Geopark telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan , Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-52.Tiga pakar geologi UNESCO dari Ireland, China dan Perancis yang membuat penilaian di Langkawi mengakui keunikan geopark di Langkawi. Mereka diketuai oleh Dr. Margarete Patzak dari Perancis, Dr. Patrick McKeever (Ireland Utara) dan Prof. Zhao Xun dari China. Antara lokasi tinjauan mereka ialah di Kilim Geoforest Park di sekitar Kilim dan Tanjung Rhu, Pulau Dayang Bunting, Wang Buluh (Pulau Tuba) serta menghadiri acara kebudayaan di Laman Artis dan Kuala Triang. Mereka berada di Langkawi dari 29 Mac - 2 April 2007.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu menjadikan jenama Langkawi Geopark dapat menarik jutaan pelancong ke Langkawi. Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Kamarulzaman Abdul Ghani menyatakan jenama ini cukup berkesan untuk menarik pelancong sebagaimana geopark di China.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Tenaga, Penerangan, Teknologi Maklumat Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Nawawi Ahmad menyatakan LADA bersiap-sedia selama 11 tahun untuk tujuan ini.

Ekspedisi Saintifik dan Khazanah Alam 2003[sunting | sunting sumber]

Ekspedisi Saintifik dan Khazanah Alam 2003 di Langkawi diketuai Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab. Seramai 150 saintis, penyelidik dan sukarelawan dari universiti tempatan menjalankan kajian dan pengumpulan data meliputi aspek geografi, sumber alam semula jadi, flora dan fauna, ekologi, tanah dan mikrobiologi.

Terdapat 35 spesies lumut dan 44 spesies rumpai mikro ditemui di sekitar kawasan Teluk Datai. 17 spesies cengkerik hidup turut direkodkan.Spesies ketam batu ( Geosesarma Foxi) yang hampir pupus telah ditemui di Gunung Raya. Ketam batu ini pernah direkodkan oleh B.H. Buxton juga di Gunung Raya pada 1914.Spesies ikan air tawar Angulia Marmorata yang dikatakan lebih 40 tahun tidak ditemui telah dijumpai di kawasan Temurun dan Telaga Tujuh.

Spesies tumbuhan yang tidak terdapat di kawasan lain di Malaysia terdapat di Langkawi. Antaranya ialah cycas clivicola (pokok bogak), paphiopedilum niveum (orkid), lagerstraemia langkawiensis (pokok bungor), globba fragilis (halia), asparagus vacemosus (asparagus liar), maxburettia gracils (pokok palm) dan hymenodictyon excelsum (kopi).Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad mengesahkan kajian tersebut.[2]

Keunikan Langkawi Geopark[sunting | sunting sumber]

Langkawi merupakan lokasi formasi batuan tertua di Asia Tenggara berusia lebih 550 juta tahun dan batu ‘dropstone’ berusia satu bilion tahun boleh didapati.Tambahan pula Langkawi mempunyai 99 buah pulau yang romantik dan diselubungi pelbagai misteri legenda . Sudah pasti Langkawi dapat menyaingi pulau Bali dan Phuket.

Pulau Langkawi seluas 478 km persegi merangkumi 99 gugusan pulau. Sebenarnya terdapat 104 buah pulau . 99 buah pulau sebagai satu gimik sahaja. Statusnya sebagai pulau bebas cukai akan merancak pemnbangunan pelancongan di zon NCER.

Sejak 1996, Lada bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkaji dan menilai keunikan warisan tinggi .

  • Machinchang Geoforest Park - kawasan kambria berusia 450 - 550 juta tahun - yang memiliki batu tertua serta bukti sejarah awal usul bumi Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Geoforest Park Kilim mempunyai landskap karst (batu kapur) yang unik dan antara yang terindah di dunia hasil hakisan serta cuaca .

Rantaian Geopark Asia Pasifik[sunting | sunting sumber]

Langkawi Geopark telah dipilih untuk mengetuai Rantaian Geopark Asia Pasifik dalam Persidangan Geopark Asia Pasifik dan Perniagaan pertama yang telah diadakan di Langkawi pada 13 hingga 15 November 2007. 20 negara telah setuju membentuk Rangkaian Geopark Asia Pasifik . Negara utama ialah Malaysia, China dan Iran. Peserta lain datang dari Turki, Australia , Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia dan Thailand.

Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo yang juga pensyarah UKM telah dilantik sebagai ahli Kumpulan Pakar Unesco dan Global Geopark Network (GGN).

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Langkawi Geopark dengan Funiushan Geopark di wilayah Heinan, China diadakan pada November 2007.[3]

Promosi[sunting | sunting sumber]

Kerajaan mengadakan promosi Langkawi Geopark di peringkat dunia di Scandinavia seperti di Oslo, Norway, Stockholm, Sweden dan Copenhagen, Denmark selaras dengan Tahun Melawat Kedah 2008. [4]

Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM2 juta menyediakan infrastruktur di geopark Langkawi untuk kemudahan pelancong termasuk membina pusat penerangan, tempat rehat dan rekreasi, laluan hutan, pelantar tinjau, papan tanda dan landskap.Sebuah hotel baru dinamakan Hotel Langkawi Geopark .

Padang golf bertaraf dunia dijangka siap 2009 dan membina hospital swasta sesuai dengan konsep pelancongan kesihatan. Acara sukan akan diteruskan seperti Le Tour de Langkawi (LTdL), Kejohanan Ironman Langkawi Malaysia Triatlon dan Kejohanan Regata Diraja Antabangsa Langkawi (RLIR).

Geopark[sunting | sunting sumber]

Geopark merupakan kawasan yang mempunyai unsur seperti sejarah batu, formasi menarik pelbagai jenis batu, landskap unik dan indah, keseluruhan kawasan yang menarik dan mempesonakan serta mempunyai nilai warisan yang boleh dihayati dan dipelihara.

Sehingga 2007, terdapat 49 buah geopark di seluruh dunia yang diktiraf oleh UNESCO.

Kuari batu kapur Langkawi[sunting | sunting sumber]

Kuari batu kapur dolomit Langkawi yang akan beroperasi pada Mac 2008 telah mendapat kelulusan undang-undang termasuk keperluan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA).Pencemaran seperti bunyi bising, habuk, gegaran dan pencemaran sumber air akan diminimakan agar status Langkawi Geopark tidak terjejas.

Perjanjian Usahasama Projek Pengeluaran dan Pemprosesan Mineral Dolomit antara Kedah Corporatian Berhad (KCB), Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dan Metro Pinnacles Sdn. Bhd. (Metro) di Wisma Darul Aman disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid .

Kuari batu kapur di Bukit Batu Putih, Pulau Dayang Bunting dan Pasir Telang Hantu akan diusahakan oleh syarikat Kuala Langat Mining Sdn. Bhd. (KLM) dengan pemegang sahamnya terdiri daripada KPS sebanyak 41 peratus dan KCB serta Metro masing-masing 20 dan 39 peratus. Ia melibatkan empat fasa dan mengambil masa selama tujuh tahun .[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]