Langsat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Langsat
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Sapindales
Famili: Meliaceae
Genus: Lansium
Spesies: L. domesticum
Binomial: Lansium domesticum var pubescens


Pokok Langsat merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada hutan Semanjung Malaysia, dan kini ditumbuh secara meluas di kawasan-kawasan tropika disebabkan buahnya yang manis. Pokok ini kini juga didapati di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lansium domesticum Jack. [1] atau juga Lansium domesticum var pubescens.[2]

Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada hiris-hiris yang berasingan didedahkan. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.

Nama sub spesies lain adalah dokong, duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, duku, atau kokosan.

Penyakit[sunting | sunting sumber]

Kerumping pada tanaman langsat adalah merupakan masalah utama kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan dan pembesaran ranting, mengakibatkan keguguran daun dan kematian ranting & pucuk.Serangan selalunya bermula dari paras pangkal pokok. Serangan yang teruk pada dahan dan batang akan menjejaskan pengeluaran bunga dan buah.

Biasenya penyakit ini dikaitkan dengan dua jenis ulat pengorek kulit iaitu Doloessa viridis & Anarisia sp.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]