Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
| Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا کوتا کينابالو |
|||
|---|---|---|---|
| Bangunan Terminal 2 lapangan terbang. | |||
| IATA: BKI – ICAO: WBKK | |||
| Rumusan | |||
| Jenis lapangan terbang | Awam | ||
| Pengendali | Malaysia Airports Holdings Berhad | ||
| Destinasi | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | ||
| Ketinggian AMSL | 10 ft / 3 m | ||
| Koordinat | 05°56′13″U 116°03′04″T / 5.93694°U 116.05111°T | ||
| Peta | |||
| Lokasi di Borneo | |||
| Landasan | |||
| Arah | Panjang | Permukaan | |
| m | ft | ||
| 02/201 | 3,430 sedang dalam pembesaran:3,780 |
11,253 sedang dalam pembesaran:12,402 |
Asphalt |
| Statistik (2007) | |||
| Penumpang | 4,399,939 | ||
| Pergerakan | 52,047 | ||
| Source: official web site[1] and DAFIF[2][3] 1Landasan kapal terbang sedang di panjangkan kepada 3,780 m (12,402 ka), dan dijangka siap pada 2009. |
|||
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) (IATA: BKI, ICAO: WBKK) terletak kira-kira 8 km dari bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, Malaysia. Ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan kira-kira 4 juta orang penumpang menggunakan lapangan terbang ini setiap tahun untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia juga pintu utama bagi negeri Sabah. Dalam tahun 2006, kira-kira 2 juta pelancong melawati Sabah, dan dianggarkan bilangan pelancong meningkat melebihi 2.5 juta pada akhir 2007.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Lapangan terbang ini bermula sebagai tempat ketenteraan yang dibina oleh tentera jepun semasa Perang Dunia Kedua.[4] Ia juga diketahui sebagai Pangkalan Udara Jesselton. Menjelang berakhirnya perang, lapangan terbang ini telah rosak teruk akibat dibom oleh Allied Forces sehinggalah tentera-tentera Jepun menyerah pada 1945.[5]
Setelah perang tamat, Department of Civil Aviation (DCA) of North Borneo (Kini : Sabah) telah mengambil beberapa langkah pengoperasian dan penyelenggaraan lapangan terbang tersebut. Pada tahun 1957, landasan asal kapal terbang yang diperbuat daripada rumput telah dilapiskan dengan bitumen dan terminal baru telah dibina.[4] Pada 1959, landasan itu telah dipanjangkan kepada 1,593 meter untuk membolehkan Malaysia Airways Viscount aircraft beroperasi. Pada 1963, penambahbaikan dan landasan kapal terbang telah dipanjangkan kepada 1,921 meter untuk menampung operasi Comet 4. Penerbangan komersial dan penumpang telah bertambah dari masa ke semasa. Oleh itu, bangunan terminal yang lebih besar diperlukan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Pada 1969, satu Firma Konsultant British telah digesa untuk mencari pelan untuk pembangunan berfasa dan tersusun untuk KKIA dari 1970 sehingga 2000 serta tahun-tahun akan datang. Pelan tersebut telah dihantar kepada kerajaan dengan ciri-ciri tersebut:
- Untuk memperkuat dan memanjangkan landasan kapal terbang kepada 2,987 meter untuk menampung operasi Boeing Jet 707 dan 747.
- Untuk membina satu kompleks terminal baru dan laluan teksi yang bersambung dengan landasan kapal terbang.
- Untuk menyediakan peralatan-peralatan navigasi, fasiliti-fasiliti komunikasi dan satu sistem pencahayaan moden untuk landasan kapal terbang.
Dalam tahun 1970 ke 1980, satu bangunan terminal baru telah dibina di kawasan yang bertentangan dengan landasan kapal terbang. Hampir semua penerbangan-penerbangan komersial telah dipindah ke terminal ini. Sejak itu sehingga sekarang, terminal asal itu telah dikenali sebagai Airport Lama ("old airport"). Pada tahun 1992, DCA di Sabah telah dikoperasikan, dan Malaysia Airports Holdings Berhad telah mengambil alih pentadbiran dan operasi terminal tersebut.[4] Pembesaran selanjutnya telah dilakukan (lihat di bawah), dan pada Januari 2007, terminal yang lama telah di penjenamakan sebagai Terminal 2, dan terminal yang lain dikenali sebagai Terminal 1.
Statistik[6] [sunting]
| Tahun | Pergerakan penumpang | Pergerakan kapal terbang |
|---|---|---|
| 1960 | 33,570 | - |
| 1970 | 290,575 | - |
| 1975 | 520,540 | - |
| 1980 | 1,246,130 | - |
| 1985 | 1,430,000 | - |
| 1990 | 2,040,000 | - |
| 2000 | 3,092,326 | 41,411 |
| 2001 | 3,036,196 | 40,157 |
| 2002 | 3,256,212 | 44,528 |
| 2003 | 3,302,366 | 44,748 |
| 2004 | 3,918,201 | 52,352 |
| 2005 | 3,970,000 | 51,824 |
| 2006 | 4,015,221 | 52,055 |
| 2007 | 4,399,939 | 52,047 |
| 2008 | dalam projek | dalam projek |
Masa hadapan [sunting]
Pada pertengahan 2005, kerajaan Malaysia telah meluluskan satu projek untuk mengubahsuai dan menyambung LTAKK yang bernilai RM1.4 juta yang akan menyaksikan panjang landasan sedia ada sepanjang 2,988 m ditambah ke 3,780 m dan saiz terminal utama lapangan terbang (Terminal 1) bertambah dari 34,000 m² ke 87,000 m². Terminal baru lapangan terbang ini boleh menampung empat Boeing 747, satu Airbus A330, tujuh Boeing 737, tiga Fokker 50 dan tiga Dornier pada bila-bila masa. Ia juga akan memiliki 12 jambatan udara untuk kegunaan penumpang.[7][8] Menara kawalan trafik udara sekarang yang tercantum pada bangunan terminal utama akan dirobohkan dan akan diganti oleh satu menara berasingan. Keseluruhan projek termasuk sambungan landasan terbang dijadualkan siap pada pertengahan tahun 2009.[9]
Apabila keseluruhan projek telah siap, lapangan terbang LTAKK akan dapat menampung pesawat Airbus A380, pesawat penumpang terbesar dunia. Lapangan terbang ini juga akan menjadi lapangan terbang yang kedua terbesar di Malaysia dengan satu kapasiti tahunan 12 juta orang penumpang - 9 juta dari terminal 1 dan 3 juta dari terminal 2.[10]
Terminal [sunting]
Terminal 1 [sunting]
Terminal 1 adalah terminal utama LTAKK. Ia bersambung dengan Jalan Putatan di Petagas berhampiran Kepayan. Kini, Terminal 1 mempunyai beberapa kemudahan termasuk 12 pintu, 5 jambatan, dan 4 tali sawat bagasi. Ia memiliki keupayaan bagi mengendalikan 2.5 juta penumpang setiap tahun. Ia turut mempunyai ciri kedai bebas cukai, kedai lain-lain, ruang legar lapangan terbang, agen kembara, reatauran, dan lain-lain. Ia kini ditambah dan diubahsuai secara besar-besaran (lihat di atas). Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan utama di terminal ini.[11] Terminal 1 memiliki 5 pintu (A1-A5).
Terminal 2 [sunting]
Sebelum adanya Terminal 2 ia merupakan bangunan terminal asal ketika ia dibina. Ia dicapai melalui Jalan Mat Salleh di Tanjung Aru dan terletak diseberang landasan dari Terminal 1. Terminal 2 sebenarnya untuk penerbangan tambang murah dan tempahan. Kadang kala ia dipanggil sebagai LCCT. Terminal 2 baru-baru ini menjalani penambahan dan pengubahsuaian besar dan dibuka semula pada 1 Januari 2007 bersamaan Tahun Melawat Malaysia 2007. Ia disiapkan 27 bulan lebih awal. Sungguhpin diubah suai bagi mengendalikan penerbangan murah, iaitu AirAsia, ia bukannya terminal penerbangan murah ("low cost carrier terminal - LCCT") seperti terminal penerbangan murah Kuala Lumpur International Airport's LCCT, as here, other full service airlines may utilize the terminal.[12] Ia memiliki 26 kaunter pendaftaran masuk bagi penerbangan tempatan dan antarabangsa dan 6 tempat berhenti bagi pesawat B737 dan A320 termasuk juga 7 mesin x-ray bagasi, satu bilik VIP dan 13 kaunter imigration. Terminal tersebut memiliki keupayaan mengendalikan 3 juta penumpang setahun.[10] AirAsia merancang menjadikan Kota Kinabalu hub utama bagi penerbangan ke China dari Malaysia disebabkan Kota Kinabalu merupakan hub Malaysia terdekat ke China. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang ke dua yang memiliki pembahagian antara penerbangan biasa dan penerbangan tambang murah.
AirAsia dijangka mula terbang ke Guilin, Xiamen, Hong Kong dan Vietnam pada 2008. Kerajaan Sabah yakin mensasarkan lebih ramai pelawat dari Hong Kong, Taiwan, China, Korea Selatan, Jepun dan Russia.
Penerbangan bersama destinasi [sunting]
Terminal Penumpang dan Kargo [sunting]
| Syarikat penerbangan | Destinasi | Terminal |
|---|---|---|
| AirAsia | Clark, Hong Kong, Jakarta-Soekarno-Hatta, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kuching, Miri, Penang, Sandakan, Shenzhen, Singapore, Taipei-Taoyuan, Tawau | 2 |
| Arabia Intenational Airlines | Doha, Jeddah [bermula 8 Ogos 2013] | 1 |
| Asiana Airlines | Seoul-Incheon | 1 |
| Cebu Pacific | Clark, Manila | 2 |
| Dragonair | Hong Kong | 1 |
| Eastar Jet | Seoul-Incheon | 1 |
| Korean Air | Seoul-Incheon | 1 |
| Malaysia Airlines | Hong Kong, Kuala Lumpur, Kuching, Labuan, Sandakan, Tawau, Taipei-Taoyuan | 1 |
| Malaysia Airlines operated by MASwings | Bandar Seri Begawan, Bintulu, Kuching, Kudat, Labuan, Lahad Datu, Lawas, Miri, Mulu, Sandakan, Sibu, Tarakan, Tawau | 1 |
| Mandarin Airlines | Kaohsiung, Taichung | 1 |
| Royal Brunei Airlines | Bandar Seri Begawan | 1 |
| SilkAir | Singapore | 1 |
| South East Asian Airlines | Clark | 2 |
Penerbangan dan laluan yang lepas [sunting]
Penerbangan beroperasi bersama laluan yang lepas [sunting]
- AirAsia (Bangkok-Suvarnabhumi)
- Malaysia Airlines (Balikpapan, Beijing-Ibu Kota, Bintulu, Davao, Johor Bahru, Kudat, Lahad Datu, Los Angeles, Manado, Shanghai-Pudong, Sibu, Tarakan)
- MASwings (Lawas [Berakhir 29 Mac 2008], Limbang [Berakhir 29 Mac 2008])
Penerbangan yang lepas dan destinasinya [sunting]
- AirAsia
- FlyAsianXpress (Bintulu, Kudat, Lahad Datu, Miri, Mulu, Sandakan, Sibu) (Disambungi oleh MASwings)
- ThaiAirAsia (Bangkok-Suvarnabhumi) [Berakhir 22 Julai 2007]
- China Northern Airlines (Sanya)
- Cathay Pacific (Hong Kong) (Disambungi oleh Dragonair)
- EVA Air
- Uni Air (Taipei-Taoyuan)
- Far Eastern Air Transport (Taipei-Taoyuan) [Berakhir 13 Mei 2008]
- Garuda Indonesia (Tolong isikan)
- Philippine Airlines (Cebu, Manila) (Sekarang berkodkongsi dengan Malaysia Airlines)
- Qantas
- Australian Airlines (Cairns) [Berakhir 29 April 2005]
- Saeaga Airlines (Bintulu, Kuching, Layang-Layang Atoll, Miri, Mulu, Sibu) [Berakhir September 1998]
- South East Asian Airlines (Davao)
- South Phoenix Airways (Zamboanga)
- Singapore Airlines (Singapura) [Berakhir Oktober 2001] (Disambungi oleh SilkAir)
- Thai Airways International (Bangkok-Don Mueang) [Berakhir 1994]
- Xiamen Airlines (Xiamen)
Kemalangan dan Insiden [sunting]
- 6 Jun, 1976 - Sabah Air yang disewa membawa menteri terhempas berhampiran Sembulan ketika menurut untuk mendarat di lapangan terbang ini membunuh 11 penumpang termasuk Ketua menteri Sabah masa itu, Tun Fuad Stephens. Kemalangan itu dikenali sebagai "Double Six Tragedy".
- 6 September 1991 - Jet esekutif peribadi dengan 10 orang Amerika dan 2 rakyat British terhempas ke dalam hutan berhampiran Hulu Kimanis, Papar, sekitar 50 km dari sini.
- 16 November 1991 - Tiga orang polis terbunuh apabila Pilatus Porter 11 tempat duduk milik Tentera DiRaja Malaysia terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
- 18 September 1993 - Lekukan 13.5 meter persegi terbentuk di hujung landasan menyebabkan lapangan terbang ditutup selama 70 minit.
- 18 Julai 2003 - Dragonair penerbangan KA060, A330-342 daripada Hong Kong ke Kota Kinabalu mengalami turbulence teruk berkait dengan Ribut Tropika Koni di Laut China Selatan. 12 anak kapal dan tiga penumpang cedera, yang mana 2 anak kapal mengalami kecederaan teruk. Pesawat tersebut mendarat dengan selamat di Lapangan terbang Antarabangsa Hong Kong.
- 8 November 2004 - Penerbangan AirAsia 104, iaitu pesawat Boeing 737 yang membawa 111 penumpang dan lima anak kapal tergelincir semasa mendarat. Tiga penumpang - seorang lima tahun perempuan dan dua wanita - telah tercedera semasa keluar dari pesawat dan dapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth.
- 14 Disember 2005 - Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah ditutup untuk beberapa jam selepas sebuah kapal terbang AirAsia meletupkan sebuah tayar semasa mendarat. Tiada yang tercedera pada insiden 10.30pm tersebut.
Rujukan [sunting]
- ↑ Kota Kinabalu International Airport at Malaysia Airports Holdings Berhad
- ↑ Maklumat lapangan terbang mengenai WBKK di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
- ↑ Maklumat lapangan terbang mengenai BKI di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
- ↑ 4.0 4.1 4.2 Profile, Department of Civil Aviation, Sabah. Accessed April 10, 2007.
- ↑ USAAF Chronology
- ↑ "Malaysia Airports Statistics 2006". Malaysia Airports Holdings Berhad. http://www.malaysiaairports.com.my/index.php?ch=22&pg=116. Capaian 2007-11-07.
- ↑ "Airport expansion of national interest: CM", Daily Express News, April 12, 2006.
- ↑ Design and Build Contract - Upgrading of the Kota Kinabalu International Airport Project (Package 1 - Terminal Building and Landside Infrastructure & Facilities), WCT Engineering Berhad. Accessed May 11, 2007.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanbernamatidak disediakan - ↑ 10.0 10.1 "LCC terminal ready year end", Daily Express News, May 23, 2006.
- ↑ Kota Kinabalu International Airport, A-Z World Airports Online. Accessed May 11, 2007.
- ↑ "MAHB targets 45.5 m in passenger traffic", The Edge Daily, February 26, 2007.
Pautan Luar [sunting]
- Maklumat lapangan terbang mengenai WBKK di Data Aero Dunia
- Kota Kinabalu International Airport at Borneo Trade
- Information from A-Z World Airports
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
|
||||||||
|
||||||||||||||