Lapangan Terbang Antarabangsa Narita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lapangan Terbang Antarabangsa Narita
成田国際空港
Narita Kokusai Kūkō
Contorol tower in Narita airport,Narita-city,Japan.jpg
Menara kawalan
IATA: NRTICAO: RJAA
Rumusan
Jenis lapangan terbang Awam
Destinasi Tokyo Raya
Lokasi Narita, Chiba, Jepun
Hab untuk
Ketinggian AMSL  m / 135 ft
Koordinat 35°45′55″U 140°23′08″T / 35.76528°U 140.38556°T / 35.76528; 140.38556Koordinat: 35°45′55″U 140°23′08″T / 35.76528°U 140.38556°T / 35.76528; 140.38556
Laman sesawang www.narita-airport.jp
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
16R/34L 4,000[1] 13,123 Asfalt/Konkrit
16L/34RA 2,500 8,202 Asfalt
Statistik (2012)
Penumpang 31,432,754
Kargo (tan metrik) 1,929,396
Pergerakan pesawat 187,238
Sumber: AIP Jepun di AIS Jepun[2]
Penumpang dan kargo daripada ACI[3][4]
:A.^ Dipanjangkan daripada 2,180 m (7,152 ka) pada musim luruh 2009.

Lapangan Terbang Antarabangsa Narita (成田国際空港 Narita Kokusai Kūkō?) (IATA: NRTICAO: RJAA) adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Tokyo Raya, Jepun. Ia terletak 57.5 km (35.7 bt) timur Stesen Tokyo dan 7 km (4.3 bt) timur-tenggara Stesen Narita[2] di bandar raya Narita, dan bandar berhampiran Shibayama.

Narita mengendali majoriti trafik penumpang antarabangsa pergi dan balik dari Jepun, dan juga satu perhubungan utama untuk trafik udara antara Asia dan Amerika. Lapangan terbang ini mengendali 35,478,146 penumpang pada 2007.[3]

Lapangan terbang ini dikenali sebagai New Tokyo International Airport (新東京国際空港 Shin-Tōkyō Kokusai Kūkō) sehingga 2004, tetapi biasanya digelar "Tokyo Narita" malah sebelum ia secara rasmi dinamakan semula untuk membezakan ia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, biasanya dipanggil "Tokyo Haneda."

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1960-an, Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo-Haneda (Haneda Airport) mula menjadi penuh sesak. Lokasinya di Teluk Tokyo menyukarkan pembesaran. Tanah perlu ditebus guna dari laut, dan mengganggu perkembangan Pelabuhan Tokyo. Ia juga terletak berhampiran pangkalan udara A.S. Pihak bertanggungjawab mengenal pasti lokasi yang paling berdaya maju ialah di Wilayah Chiba. Pelan pembangunan diumumkan kepada awam pada 1966.

Pada masa itu, gerakan sosialis masih mempunyai pengaruh di Jepun.[5] Banyak orang dalam "kiri baharu" seperti Chūkaku-ha menentang pembangunan Lapangan Terbang Narita, mendakwa tujuan sebenarnya ialah untuk membawa masuk kapitalisme dan menyediakan kemudahan lebih bagi pesawat A.S. sekiranya perang meletus dengan Kesatuan Soviet. Mereka bersekutu dengan petani tempatan konservatif yang tidak mahu melepaskan tanah mereka.[6]

Akhirnya, pada 1971, selepas bermacam kelewatan disebabkan bantahan, kerajaan Jepun mula mengekspropriasi tanah dengan paksa. Pembinaan juga mengalami kelewatan beberapa tahun. Kemudian, apabila lapangan terbang tersebut dijadualkan dibuka pada 30 Mac 1978, ia terpaksa ditangguhkan apabila sekumpulan pembantah memecah masuk ke dalam menara kawalan dan memusnahkan banyak peralatan beberapa hari sebelumnya pada 26 Mac. Kerosakan sekitar $500,000 menyebabkan pembukaan terpaksa ditangguhkan sehingga 20 Mei.[7]

Konflik di Narita menjadi faktor utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di persisiran Osaka dibina di atas tanah tebus guna, berbanding cuba mengekspropriasi tanah di kawasan yang didiami ramai orang.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Landasan utama Narita sepanjang 4,000-meter (13,123 ka) berkongsi rekod landasan terpanjang di Jepun dengan satu landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.
  2. 2.0 2.1 AIS Japan
  3. 3.0 3.1 ACI passenger statistics for 2007
  4. ACI cargo statistics for 2008
  5. Duncan McCargo, Contemporary Japan, m/s. 152-155 (Google link)
  6. David Apter and Nagayo Sawa, Against the State: Politics and Social Protest in Japan (Google link)
  7. Fighting Rages over Tokyo Airport, Nashua Telegraph, 20 Mei 1978.
  8. Japan to Open Costly But Convenient Airport, New York Times, 21 Ogos 1994.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]