Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.jpg
IATA: SZBICAO: WMSA
Rumusan
Jenis lapangan terbang Awam
Pengendali Malaysia Airports Holdings Berhad
Destinasi Kuala Lumpur
Lokasi Subang, Selangor, Malaysia
Ketinggian AMSL 90 ft / 27 m
Koordinat 03°07′50″U 101°32′57″T / 3.13056°U 101.54917°T / 3.13056; 101.54917
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
15/33 3,780 12,401 Asfalt
Sumber: DAFIF[1][2]

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (IATA: SZBICAO: WMSA) merupakan lapangan terbang yang terletak di Subang, Selangor. Pada masa kini lapangan terbang ini digunakan untuk penerbangan umum dan sebahagian penerbangan tempatan turboprop, dan dicadangkan sebagai hab penerbangan kos rendah.

Sebelum pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 1999, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan lapangan terbang Kuala Lumpur, Malaysia yang utama.

Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi untuk penerbangan pada 30 Ogos 1965, dan mempunyai landasan terpanjang (panjang 3.7 km, lebar 45 m) di Asia Tenggara ketika itu. Ia mempunyai 3 terminal - Terminal 1 untuk penerbangan antarabangsa, Terminal 2 khas untuk penerbangan Malaysia-Singapura dan Terminal 3 untuk penerbangan domestik.

[sunting] Penerbangan bersama destinasi

  • Berjaya Air (Koh Samui, Pangkor, Redang, Tioman)
  • Malaysia Airlines - Latihan
    • Firefly (Johor Bahru [bermula Oktober 26, 2008], Koh Samui [bermula Oktober 26, 2008], Kota Bharu, Kuala Terengganu, Langkawi (bermusim), Pekanbaru [bermula Oktober 26, 2008], Pulau Pinang)
  • Transmile Air Services, Kargo Ekspres Antarabangsa dan Domestik

[sunting] Rujukan

  1. Maklumat lapangan terbang mengenai WMSA di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  2. Maklumat lapangan terbang mengenai SZB di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain