Lapisan epidermis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lapisan epidermis kulit

Lapisan epidermis adalah lapisan paling luar kulit. Lapisan ini terbentuk daripada beberapa tisu epitelium iaitu stratum korneum, stratum lusidum, stratum granulosum, stratum spinosum, stratum basal. Di bawah lapisan ini terdapat lapisan dermis.

Lapisan[sunting | sunting sumber]

Lapisan epidermis boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu lapisan bersisik atau lapisan Horny dan lapisan Janasel.

Lapisan bersisik atau Horny[sunting | sunting sumber]

Lapisan ini terdapat di bahagian terluar. Ciri-ciri sel di bahagian ini adalah leper, tertekan dan telah hilang sifat bentuk selnya. Manakala sel-sel di sebelah luar lapisan bersisik ini adalah sel-sel yang telah mati. Apbabila ia haus atau terkikis, ia akan diganti oleh sel-sel baru yang dihasilkan oleh lapisan janasel.

Lapisan Janasel[sunting | sunting sumber]

Sel di bahagian lapisan janasel adalah berbentuk bulat dan mempunyai nukleus. Sel dari lapisan ini sentiasa membiak dan membentuk sel yang baru untuk mengganti sel yang hilang kerana terkikisnya lapisan bersisik di muka kulit luar.

Epidermis tidak dibekalkan dengan salur darah. Ia menerima zat-zat makanannya melalui bendalir limfatik yang mengalir di antara sel-sel di lapisan kulit sebelah bawah. Epidermis mempunyai ketebalan lapisan yang berbeza mengikut bahagian tubuh, lapisan yang tebal sekali adalah di tapak kaki.

Bahan pewarna (pigmen), yang dikenali sebagai melanin yang didapati di dalam kulit tubuh manusia akan bertindak dalam menentukan warna kulit manusia.

Gambar tambahan[sunting | sunting sumber]